Tuesday 14 July 2009

Lagi Sentimen Perkauman!



Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kota Alam Shah, M.Manoharan merasa kurang senang melihat Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim memakai songkok semasa persidangan itu kerana beliau menganggap mereka berjuang atas prinsip bahawa tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera.

Manoharan juga tidak gembira dengan pemakaian songkok kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status Bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan yang berbeza. Beliau turut mengulas prinsip 1Malaysia oleh Perdana Menteri dimana melalui konsep itu PM patut menimbang memberikan status Bumiputera kepada bukan Melayu.

Di samping itu, Manoharan menyatakan bahawa buat masa sekarang bukan Melayu tidak merasa bangga untuk memakai songkok dan baju Melayu kerana mereka tidak dilayan sebagai Bumiputera. Malahan status Bumiputera perlu diberi kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Ini pemikiran yang akan merosakkan perpaduan kaum dinegara kita. Beliau seharusnya menghormati dan menjunjung Perlembagaan.

No comments: