Sunday 5 July 2009

PILIHANRAYA MANEK URAI:STRATEGI PR

Tumpuan dan perhatian sekarang ini lebih kepada pilihanraya kecil Dun Manek Urai yang mana sudah semakin menghampiri detiknya terutama menjelang hari penamaan calon pada 6 Julai nanti. Jika kita amati, sejak hasrat diadakan musyawarah berhubung Kerajaan Perpaduan ditolak oleh PR, semakin menjelang pilihanraya Manek Urai semakin timbul masalah dalam PR.

Namun, jika diamati juga, masalah yang wujud dan yang diwar-warkan oleh media ialah masalah Dap dengan Pas dan juga penduduk kaum India dan juga Hindraf. Apa sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh PR menjelang pilihanraya Manek Urai ini? Kenapa semakin dekat dengan pilihanraya, semakin banyak isu yang timbul melibatkan mereka?

Ia mungkin strategi PR dalam memastikan momentum sokongan pengundi kepada calon mereka dalam mana-mana pilihanraya akan berterusan. Ia juga bertujuan untuk melihatkan sokongan pengundi, tetap pada parti yang mereka pilih. Isu-isu yang mendapat perhatian dan bualan umum ialah berhubung Dap Kedah bertindak keluar dari Kerajaan PR di Kedah dan juga masalah penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang tidak puas hati dengan pentadbiran Ketua Menterinya.

Tapi jika amanati juga ia hanyalah sekadar mainan politik PR untuk menjerat BN supaya terpedaya dan terikut dengan permainan mereka. Kumpulan Endorgan yang menguasai PR sedar pengaruh mereka semakin tergugat jika sikap keras yang mereka tunjukkan seperti isu Kerajaan Perpaduan. Jadi, bagi menarik kembali sokongan dan menunjukan mereka juga akur dengan keputusan kumpulan Ulamak, jadi mereka mengatur strategi dengan mengistiharkan Dap Kedah keluar PR.

Secara logiknya, Dap Kedah hanya mempunyai satu kerusi saja dalam di Dun Kedah dan jika mereka keluar dari PR pun ia tidak menjejaskan kedudukan PR untuk terus mentadbir Kedah. Jadi apa yang mereka lakukan hanyalah strategi untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terutama yang setia dengan kumpulan Ulamak dan bertujuan untuk menafikan dakwaan bahawa Pas akur dengan Dap dan PKR. Dengan kata lain ia menunjukan Pas tidak mengikut telunjuka Dap seperti yang dikatakan sebelum ini.

Begitu juga apa yang berlaku bagi penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Ia hanya sekadar untuk menutup ‘kuasa’ Dap keatas rakan-rakan mereka dalam PR. Kerana semua orang tahu bahawa Kampung Buah Pala adalah antara kubu kuat Dap yang berjaya membawa kemenangan untuk mentadbir Pulau Pinang.

Kalau dilihat secara mata kasar mungkin ia menunjukan masalah yang melanda PR merebak semakin parah dan sehingga pemimpin tertinggi PR mula rasa bahang keresahan sehingga terpaksa menubuhkan Jawatankuasa Parlimen yang ibaratkan sebagai Kabinet bayangan PR sama seperti Menteri Kabinet di bawah BN. Cuma ia hanya bayangan ketakutan PR setelah mereka sedar rakyat mula kembali kepada BN.

Ia dilakukan hanya semata-mata apabila rakyat kembali sedar bahawa pengaruh Dap dan PKR telah mendominasikan dan menafikan hak pemimpin-pemimpin Pas. Pemimpin-pemimpin kumpulan Endorgan sedar hakikat ini setelah signal yang diberikan semasa Muktamar Pas yang lalu. Diikuti dengan hasrat dan ketegasan diperingkat awal Presiden Pas dan timbalannya untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan BN. Bila hasrat Haji Hadi disekat, maka semakin benarlah apa yang dikatakan bahawa kumpulan Endorgan berkuasa menentukan segalanya.

Jadi untuk menutup segala kepincangan dan masalah dalaman serta dakwaan Pas ‘dikeldaikan’ oleh Dap dan PKR, jadi strategi diatur dan disusun untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada PR. Secara logiknya tidak masuk akal jika Dap Kedah mengambil keputusan keluar PR di Kedah tanpa mengadakan perbincangan atau memaklumkan terlebih dahulu kepada Dap Pusat. Semua ini tidak masuk akal dan memang ia sengaja direka dan dicipta hanya untuk ‘counter’ semula dakwaan pengaruh Dap dan PKR yang telah ‘mengkeldaikan’ Pas.

Sedikit sebanyak ia dapat memberi kenyakinan buat pengundi Pas di Manek Urai bahawa Pas bukannya di dominasikan oleh Dap dan PKR. Namun hakikatnya, semua sudah sedar, segala keputusan dan tindakan yang dibuat memangnya datang dari strategi Dap dan PKR atau lebih tepat kumpulan Endorgan. Kumpulan Ulamak di bawah pimpinan Haji Hadi sebenarnya telah di ‘zip’ mulut mereka dari berkata apa-apa.

Mereka hanya sekadar mengikut apa yang diarahkan saja dan sesuailah apa yang dikatakan oleh pengikut PKR bahawa ada kumpulan dalam Pas tidak tahu langsung buat kerja, sebaliknya hanya pandai dan petah berbicara atas pentas membentangkan berhujah dan hurian pasal agama. Tapi dalam pentadbiran langsung tidak tahu cara nak buat kerja.

Inilah yang didengar dan dikatakan oleh pengikut setia kumpulan Endorgan yang memang tidak senang hati dengan kumpulan Ulamak. Dengan kata lain kedua-dua kumpulan ini masing-masing ingin nak tunjuk pandai dan tunjuk bijak. Tapi bagi pilihanraya Dun Manek Urai, BN harus cari strategi untuk mententeramkan atau menjelaskan kepada orang Kelantan berhubung isu Petroleum di sempadan Thailand.


Akok@Baulu

No comments: