Tuesday 28 July 2009

KEMATIAN TEOH BENG HOCK ANGKARA SIAPA?

BAHAGIAN III


Nampaknya ‘syaitan bisu’ semakin tersempit apabila strategi yang mereka rangka di atas kematian Teoh dengan menuding jari kepada SPRM dan BN semakin terbongkar kebenarannya. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh sebuah laman blog (http://www.t4tbh.blogspot.com) yang membela kematian Teoh membuatkan Exco Dap Selangor tidak lena tidur malam. Pelbagai dokumen dan angka-angka yang jelas menunjukkan berlakunya penguasaan dan pengagihan projek kepada invidu tertentu untuk mengaut kekayaan.

Teoh seorang yang berjiwa murni dan jujur dalam melaksanakan tugasannya. Teoh juga dikatakan sudah menjangkakan sesuatu buruk seperti apa yang berlaku hari ini akan menimpanya dan sebab itulah beliau membuat salinan hampir semua dokumen mengenai projek-projek yang disalah guna oleh Exco Dap Selangor. Apabila Teoh disoal siasat dan takut semua dokumen-dokumen berkenaan projek-projek tersebut didedahkan, cara terakhir ialah dengan menamatkan riwayat Teoh.

Bersandarkan populariti PR semakin meningkat sejak PUR umum lalu dan Kerajaan BN serta badan-badan penguatkuasaan Kerajaan sentiasa dipersoalkan oleh rakyat, maka strategi pembunuhan Teoh adalah jalan paling mudah. Kerajaan BN dan SPRM serta polis akan dipertanggungjawabkan. Secara teorinya strategi ‘syaitan bisu’ itu mengena kerana Teoh disiasat oleh SPRM dan kematian Teoh juga dengan sendirinya boleh dikaitkan dengan strategi BN untuk menjatuhkan PR.

Disokong oleh Pas dan PKR yang majoritinya orang Melayu dan Islam, maka ‘syaitan bisu’ ini menggunakan sepenuhnya strateginya untuk menguatkan lagi hasutan supaya Kerajaan BN dan SPRM serta polis dipersalahkan. Apa yang mereka lakukan sebelum ini contohnya dalam setiap pilihanraya umum dan kecil, propaganda yang mereka selalu gunakan ialah mempertikaikan kreadibiliti pihak polis, SPR dan juga dalam apa jua siasatan, Polis dan SPRM sentiasa akan dipersoalkan kreadibilitnya. Tujuannya ialah untuk mewujudkan ketidakpercayaan rakyat kepada Kerajaan disamping menutup kerakusan mereka membolot segala kekayaan dinegeri yang mereka kuasai.

Setelah dokumen dan jumlah peruntukan yang disamun oleh Exco Selangor didedah, maka Exco-Exco Dap Selangor yang dikaitkan dengan salahguna wang itu mula mengorak langkah dengan membuat laporan polis. Tindakan membuat laporan polis hanya untuk menutup buat sementara kesalahan yang telah mereka lakukan dan lebih biadap ialah mereka tetap mendakwa pembongkaran dari laman blog tersebut mengenai kerakusan ‘syaitan bisu’ mengumpul harta adalah pembohongan dan semua ini adalah satu taktik kotor yang dimainkan oleh BN untuk memburukkan imej wakil rakyat PR. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ean Yong Hian dan Ronnie Liu ketika mereka membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam yang turut diiringi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. (Utusan Malaysia Online: 26.7.2009)

‘Syaitan bisu’ akan kekal menggunakan ‘spin’ media mereka dengan konsisten menyalahkan BN di atas segala apa yang berlaku. Hari ini juga Menteri Besar Selangor, membuka mulutnya dengan meminta supaya semua pengendali blog lebih beretika dalam membuat sebarang laporan mereka. Kenapa baru hari ini si Khalid meminta pengendali laman blog lebih beretika dalam membuat laporan? kenapa hanya apabila pembongkaran mengenai salahguna wang oleh Exco Selangor didedahkan baru mereka minta pengendali blog lebih beretika?

Kalau mana-mana laman blog menyiarkan atau mendedah serta membuat tohmahan dan dakyah ke atas Kerajaan BN, seperti Polis, Badan Kehakiman, SPR dan mana-mana badan penguatkuasaan Kerajaan beliau akan diam seribu bahasa. Sebaliknya apabila terkena hidung sendiri barulah beliau sedar dan terasa bahangnya.

Apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan PR di Selangor hari ini adalah bukti kerakusan dan ‘kuasa’ yang ada pada ‘syaitan bisu’. Mustahil rakan-rakan dalam PR seperti PKR dan Pas tidak tahu menahu penyelewengan yang berlaku kerana ia melibatkan ratusan projek dengan jutaan ringgit wang rakyat. Lebih menakutkan lagi ialah semuanya ini berlaku dalam tempoh setahun berkuasa dan bayangkanlah jika ‘syaitan bisu’ ini terus berkuasa dan seterusnya menguasai Negara. Jika di satu negeri dengan beberapa Exco mengaut untung luar biasa dan ini belum lagi apa yang berlaku di Pulau Pinang untuk dibongkarkan, bayangkanlah jika ‘syaitan bisu’ ini berkuasa atas satu negara? Bukan saja projek mereka akan sapu bahkan juga segala peruntukan termasuk wang dari pusat zakat dan baitulmal akan mereka ‘sapu’ sepenuhnya.

Ini ada kebenarannya kerana kerajaan Selangor akan membuka lebaran baru dalam pentadbiran sesebuah kerajaan kerana didakwa akan menggunakan wang Baitulmal untuk menguruskan pembangunan Selangor. Dimanakah keuntungan berbilion ringgit peninggalan Kerajaan BN digunakan? Jika sebelum ini kerajaan Selangor gagal untuk mendapatkan wang dari Zakat Selangor kerana di bantah dengan keras oleh pengurusan tertinggi Zakat Selangor dan dibantah oleh rakyat, kini mereka mula mengintai untuk menggunakan wang Baitulmal.

Inilah natijahnya apabila kuasa ditangan ‘syaitan bisu’, semuanya akan dibinasakan dan mereka akan pastikan kita akan melukut meminta bantuan mereka dan disitulah mereka akan gunakan kebijaksanaan merampas segala hak kita. Rakyat Perak harus bersyukur kerana bebas dari cengkaman ‘syaitan bisu’ jika tidak, segala harta kekayaan negeri akan di ‘sapu’.

Janganlah kita menggadai maruah dan negara sendiri hanya terpengaruh dengan perjuangan yang sia-sia. Ambilah ikhtibar dari kejatuhan Iraq dan Afghanistan di tangan zionis. Mengikut pendedahan oleh CIA, wujudnya kumpulan Al-Qaeeda adalah hasil dari sokongan Amerika yang pada ketika itu berusaha untuk mengurangkan kuasa dan menghuru-harakan Rusia. Amerikalah yang mengatur supaya Rusia menyerang Afghanistan dan akhirnya Amerikalah yang menyalurkan sokongan kententeraan dan senjata kepada Afghanistan untuk mempertahankan bumi mereka dari Rusia. Akhirnya, Amerikalah juga yang menghancurkan bumi Afghanistan.

Pengajarannya ialah jika mereka yang bersekedudukkan dengan ‘syaitan bisu’ masih tidak buka mata dan telinga tidak mustahil pendedahan CIA itu akan terjadi juga pada kita. Semuanya sudah ada, cuma kita saja perlu lebih halus menelitinya agar tidak mudah terpedaya dan tidak merugikan bangsa dan keturunan kita.


Akok@Baulu














No comments: