Tuesday 14 July 2009

Peratusan Keluar Mengundi Antara Tertinggi


Peratusan keluar mengundi setakat jam 4 petang ini memperlihatkan peratus yang tinggi dalam sejarah pilihanraya kecil semenjak setahun yang lalu. Hampir 86.44 peratus daripada 12293 pengundi Manek Urai telah keluar mengundi walaupun tempoh masa untuk mengundi masih ada sejam lagi.
Temalir 89.2 %, Sg Perial 83.5%, Manek Urai lama 85%, Manek Urai baru 86.1%, Sg Sok 89.1 %, Chuchuh puteri 87.4%, Lata Rek 91.86%, Manjor 85.7% dan Laloh 83%. Tertinggi adalah di Lata Rek seramai 91.86%.
BN dilihat berusaha keras untuk membawa pengundinya keluar mengundi bagi mengatasi pengundi-pengundi hantu PAS yang telah dibawa daripada Thailand dengan dibawayar RM1,000 seorang. Mengata dulang paku serpih....Inilah yang diperjuangkan oleh sebuah parti Islam....memalukan.

No comments: