Thursday 16 July 2009

DEWAN BAHASA MEMERLUKAN PEMBEDAHAN BESAR



Oleh MUNSYI ABDULLAH.


Keputusan kerajaan untuk kembali kepada Bahasa Malaysia bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik telah memuaskan nafsu fanatik bahasa dari kaum Cina dan Melayu di negara ini dan bukannya kehendak rasional masyarakat Malaysia.

Saya dapat memahami kekecewaan Mantan Perdana Tun Dr.Mahathir dalam hal ini yang mempunyai visi dan stratiji terhadap masa depan Sekolah Kebangsaan dalam melaksanakan dasar itu sekalipun menghadapi tentangan besar dari orang Melayu yang tidak dapat membaca matlamatnya tetapi kepimpinan Najib yang dalam keadaan terdesak telah membuat keputusan yang bersifat politik untuk mencari populariti di kalangan Melayu dan bukan Melayu.

Dalam pengunduran dasar PPSMI ini, kerajaan tidak sahaja memenohi tuntutan gulongan chauvanis Melayu tetapi juga Cauvanis Cina kerana jika dasar ini diteruskan maka yang akan terserlah kelak ialah kemajuan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan akan menjadi sekolah yang mundur. Inilah yang ditakuti oleh orang Cina.

Fanatik bahasa yang mahu mengekalkan pengajaran dalam Bahasa Cina bagi kedua mata pelajaran tersebut kebanyakannya terdiri dari gulongan yang mendapat pendidikan Cina dari awal sekalipun telah menguasai Bahasa Inggeris tetapi kalangan Melayu dijuarai oleh kebanyakannya mereka yang berpendidikan Inggeris dari sejak sekolah rendah hingga ke universiti.

Mereka ini seperti Hassan Haji Ahmad , Nik Safiah atau A. Samad Said tidak menghadapi masalah “perasaan tertekan” kerana tidak tahu bahasa Inggeris seperti kebanyakan orang Melayu di kampong dan juga di bandar dan demikian juga anak mereka tidak merasa rendah diri atau terpinggir malah merekalah yang menjadi gulongan elit generasi baru sebagai profesional dalam bank,koporat,institusi perniagaan antarabangsa, syarikat petrolium dan sebagainya.

Sikap,taraf pemikiran, gelagat dan keyakinan diri mereka adalah jauh lebih mantap dan tinggi dari anak yang mendapat pendidikan dalam Bahasa Malaysia.

Dalam hasrat memulihkan imej Sekolah Kebangsaan menerusi strateji yang halus itu, Tun Mahathir tidak bermaksud untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan seperti yang dihasratkan oleh gulongan Cina yang tidak dapat menerim status Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara.

Inilah yang dikehendaki oleh Akhbar The Star didalam rencana Ketua Pengarangnya Datuk Wong Chun Wai dan juga aktivis masyrakat Lee Lam Thye dalam tulisan mereka di Sunday Star 12 Julai.

Sekalipun alasan mereka dengan mengujudkan hanya Sekolah Pengantar Bahasa Inggeris tidak akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi tetapi lama kelamaan Bahasa Melayu akan terkesamping terus. Kiranya sekolah pengantar Melayu tidak ada lagi maka janganlah diharapkan Bahasa Melayu akan terus dinilai, minat terhadapnya pasti akan jatuh, akhbar bahasa Malayu, buku Melayu, sastera dan penulisan Melayu tidak lagi akan mempunyai pasaran di negara ini.

..

Sebaliknya pula fanatik Bahasa Melayu tidak menyedari bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan Sekolah Kebangsaan akan bertambah mantap, yang akan menerima akibat buruk ialah sekolah jenis kebangsaan Cina kerana sekolah ini akan menjadi sekolah yang ketinggalan dalam aliran perdana negara.
Masyarakat Cina practical minded akan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan dari peringkat rendah lagi kerana tidak mahu anak mereka menghadapi masalah penguasaan Bahasa Inggeris apabila memasuki universiti kelak atau bila belajar keluar negara. Ini akan memulihkan keyakinan kepada sekolah aliran kebangsaan. Malangnya strateji dan visi bijak Dr.Mahathir ini tidak dapat dikongsi oleh pelampau pelampau Melayu.

Pemimpin besar sebuah parti politik Cina didalam komponen BN memberitahu saya “sekiranya dasar PPSMI diteruskan maka habislah sekolah Cina”.

Dalam beberapa hal ketidakyakinan Tun Dr.Mahatrhir kepada Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah mendorongkannya membuat keputusan untuk menjalankan dasar PPSMI kerana perkembangan istilah Sains dan Matematik yang begitu pantas dan pesat yang tidak mungkin akan dapat dikejar dengan terjemahan Dewan Bahawa dan Pustaka yang merangak macam kura kura.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaan harus menyedari hakikat bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebuah institusi Melayu yang tebal dengan sifat sifat kemelayuan yang tidak lagi sesuai dengan zaman sekarang . Ia merasa selesa kerana sentiasa berada dipersekitran Melayu.

Dalam keadaan sekarang Dewan Bahasa adalah merupakan sebuah institusi Melayu yang bubruk , tidak berdisplin, tidak produktif, malas, kakitangan rajin ponteng kerja , datang lewat balik awal dan lain- lain sifat yang tidak sewajarnya wujud dalam keadaan bangsa dan negara menghadapi cabaran persaingan.

Bagaimanapun keburukan dan kelemahan Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah ditutupi dari masa kemasa dan sesiapapun yang diberikan tugas untuk mendinamikkan pusat ini akan menghadapi tentangan keras dari golongan Melayu pasif yang menguasai dewan ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka bukan sahaja sekadarkan memerlukan rawatan biasa tetapi pembedahan besar dan demikian juga Institut Terjemahan Negara perlu disusun semula atau diswastakan sekiranya kerajaan benar- benar hendak menjayakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Sains dan Tekonologi dari peringkat rendah hingga ke universiti.

Tan Sri Muhyuddin mesti mendapatkan cerita sebenar tentang Dewan Bahasa dan Pustaka jika tidak mahu namanya tercemar kerana kagagalan dalam menjayakan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu menguasai Sains dan Teknologi.

No comments: