Sunday 9 August 2009

ARAK: LAWAK BODOH KERAJAAN SELANGOR


Seperti sudah dijangka satu sandiwara dan lawak bodoh sedang berlaku di Selangor mengenai isu arak. Walaupun dibantah dan kenyataan Menteri Besar Selangor yang memihak kepada Dap, tapi ia sebenarnya menonjolkan dengan jelas bagaimana sebuah sandiwara dan lawak bodoh ini digunakan untuk menutup isu-isu tertentu yang melanda dan menimpa para pemimpin PR.

Sejak isu arak dan bantahan oleh pemimpin Pas Selangor ke atas Ronnie Liu, media-media dan laman blog pembangkang seperti Harakah Daily langsung tidak menyentuh isu tersebut. Kenapa media rasmi Pas itu mengambil sikap berdiam diri mengenai isu arak ini? Sebaliknya hanya membiarkan media arus perdana saja memutarkan isu tersebut? Tidakkah isu ini merupakan antara prinsip sebenar perjuangan media Pas iaitu menegakkan syiar Islam antaranya melarang penjualan arak secara berleluasa? Tapi kali ini media Pas memilih untuk berdiam diri atau mempunyai agenda tersendiri dalam isu ini?

Lebih mendengkilkan lagi apabila ada juak-juak dalam Pas menuding jari kepada BN di atas apa yang berlaku. Perkara ini bukan sekali dan bukan hanya pada isu arak, tetapi dalam setiap isu apabila terkena batang hidung mereka, jika tidak dapat ditutup maka mereka akan menyalahkan petadbiran lama. Kenyataan Timbalan Pemuda Pas, Ahmad Zaidy Abd. Mutalib amat memualkan berhubung isu arak dan Ronnie Liu. Beliau dengan sekeras-kerasnya menafikan yang Pemuda Pas Selangor akan mengadakan demontrasi di masjid negeri Selangor Jumaat lalu bagi membantah dan mendesak kerajaan Selangor melucutkan portfolio Ronnie Liu.

Sebaliknya beliau melontarkan dan mendakwa demontrasi itu hanyalah tindakan UMNO untuk mengeruhkan hubungan antara Pas dalam PR. “Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya. Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat” (HarakahDaily.Net 6 Ogos 2009).

Inilah sikap juak-juak dalam Pas dan nampak kejahilan mereka dan tunduknya Pas di atas kuasa Dap. Kenapa mereka takut dan menafikan ingin mengadakan demontrasi bagi menegakkan syiar Islam supaya arak tidak dijual di Selangor? Kenapa jika isu ISA mereka sanggup bersekang mata dan mengerahkan tenaga mengadakan demontrasi jalanan? Tapi bila sampai pada perjuangan agama dan menegakkan syiar Islam, mereka tidak pula sanggup membuat demontrasi, kenapa?.

Kenapa wujudnya keadaan ini? Jawapannya paling mudah, kerana apa yang mereka lakukan sebelum ini hanyalah perjuangan politik dan keduniaan semata-mata. Perjuangkan Islam yang dilaungkan itu hanyalah simbolik untuk menarik sokongan dan undi orang-orang Melayu ketika menjelang pilihanraya.

Jika kita lihat sebelum Selangor di bawah petadbiran PR, Pas mengguna dan melabelkan Kerajaan Selangor di bawah BN dengan pelbagai kata. Seperti memanggil Selangor sebagai negeri Darul Babi, negeri Darul Arak dan sebagainya. Selain itu, mereka juga mendakwa Islam di Selangor tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya dan pemimpin-pemimpin BN dilabelkan dengan pelbagai kata-kata hina. Akhirnya, apabila berkuasa dan mentadbir Selangor, tidak pula mereka melakukan seperti apa yang mereka kata. Gejala sosial semakin meningkat, bertambahnya rumah urut, pub, dan sebagainya hanya dilihat tanpa sebarang tindak dibuat oleh pemimpin Pas. Sebaliknya mereka hanya pandai menuding jari kepada Kerajaan terdahulu dalam setiap kali isu timbul.

"Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Melayu," tegasnya. Ini kerana tambah beliau, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan perkara tersebut walaupun baru setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah” Timbalan Pemuda Pas, Ahmad Zaidy Abd. Mutalib (HarakahDaily.Net 6 Ogos 2009).

Jika ia berpunca dari UMNO, kenapa pemimpin-pemimpin Pas tidak membetulkan keadaan? Bukankah itu tugas para pemimpin Pas untuk memgubah keadaan menurut hukum Islam setelah mereka mengambil ali pentadbiran? Apabila Khalid mengeluarkan kenyataan, kenapa pemimpin-pemimpin Pas hanya berdiam diri dan menerima saja kenyataan Khalid berhubung isu penjualan arak di Selangor? Apakah beza konsep self regulation dengan kebenaran menjual arak yang diamalkan sebelum ini, apa bezanya kedua-dua ini? Kenapa pemimpin-pemimpin Pas tidak berdemontrasi? Bukankah Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam? Kenapa hanya berdiam diri apabila cadangan untuk melarang jualan arak di premis 7eleven itu ditolak oleh Khalid?

Bukan itu saja, jika benarlah Pas memperjuangkan Islam, kenapa mereka tidak perjuangkan supaya ditutup semua kelab, pub dan yang mengundang gejala sosial di Selangor? Kenapa Pas sanggup memperjuangkan Exconya yang terlibat dalam kehidupan moral yang begitu rendah sekali apabila bersedudukan tanpa ikatan perkahwinan? Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas lebih suka dan senang menuding jari kepada orang lain.

Apakah motif sandiwara yang dimainkan oleh PR di Selangor oleh Pas? Kenyataan Khalid sedikit sebanyak menonjolkan satu lawak bodoh dalam petadbirannya di Selangor. Begitu juga dengan lakonan Nik Aziz sejak kebelakangan ini yang dilihat agak sopan santun, lembut dan lebih berbudi bahasa. Kenapa semua ini berlaku dalam tempoh yang begitu mendadak? Atau Nik Aziz dan Pas sudah nampak, gaya pendtadbiran dan cara Najib mula mendapat sokongan rakyat? Kemenangan tipis di Manek Urai mungkin alasan kuat untuk Nik Aziz dan Pas Selangor kembali meraih simpati rakyat? Sebab semua tahu, Permatang Pasir bakal menjelang tiba, sudah pasti Pas tidak mahu bala menimpa.



2 comments:

Anonymous said...

'Tak Beer'..itulah slogan baru utk Pas Selangor.. 'tak beer'

Anonymous said...

Pemimpin Pas udah jumuk dan taksud dgn ajaran Dap. Sebab tu mereka sokong penjualan arak di Selangor. Kami rakyat Selangor akan menerima bala akibat kedajalan Pas terhadap umat Islam Selangor. Khalid si dungu sebijik macam dugong terminum racun, takut dengan Dap.