Monday 3 August 2009

TUN MAHATHIR DAN ASMAH PENGANTI BARU.



Oleh Munsyhi Abdullah.





Saya melihat di beberapa majlis perkahwinan yang saya hadhiri , mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan isteri sebagai tetamu menjadi tumpuan anak anak muda dari berbilang kaum untuk bergambar dengannya, ibarat seorang seniman pujaan.

Mungkin ini berlaku juga ditempat tempat lain tetapi suasana di majlis perkhawinan lebih menampakkan tumpuan kepadanya kerana turut hadhir lain lain menteri termasuk bekas perdana dan menteri menteri lain yang lebih muda dan artis artis popular.

Lebih dari itu yang sewajarnya yang menjadi tumpuan ialah pengantin baru tetapi seolah olah Mahathir dan Asmah pengantin baru.

Kesimpulannya ialah Mahathir dan Asmah sudah lebih tua dari UMNO, tetapi tetap diagung agungkan oleh generasi muda yang memberikan gambaran tidak sahaja generasi tua yang mengenangkan segala jasanya tetapi anak anak muda juga telah dijiwai oleh zamannya yang dipenuhi tidak sahaja dengan pengucapan pengucapan besar tetapi dengan projek projek yang menjadi ikon negara.

Seorang bukan Melayu yang juga bekas seorang pemimpin yang terkenal pada suatu masa dahulu yang duduk disamping saya di dalam suatu majlis perkahwinan memberitahu bahawa dia telah bertanya seorang anak muda Cina yang berjaya dalam perniagaannya semasa penerbangan pulang bersamanya dari Beijing ke Kuala Lumpur, siapakah yang akan dipilihnya dalam pilihanraya akan datang?

Anak muda ini menjawab bahawa “apabila saya bangun pagi saya melihat pencakar langit petronas tower, saya memijak KLIA, saya memandu diatas lebuh raya yang indah, saya ingat Mahathir”.

Dia yang memulakan perniagaannya dalam masa Mahathir seterusnya memberitahu bahawa selepas era Mahahtir dia hanya mendengar banyak pengumuman projek berbilion billion ringgit tetapi dia tidak turut merasakannya tempiasnya.

Ini bukan pertama kali saya dengar cerita seperti ini dari seorang Cina tetapi telah banyak kali sebelumnya.

Artinya di sebalik kempen untuk menonjolkan Mahathir sebagai seorang rasis, disamping adanya usaha untuk menandingi F1 dengan Monsoon Cup , Koridor Utara dan Selatan dengan Putra Jaya, Pertanian lawan Perindustrian namun yang tetap dikenangkan adalah apa yang ditinggalkan oleh Mahathir dalam eranya.

Di awal pemerintahannya pun beliau telah membangunkan perasaan kebesaran bangsanya dengan mengambil alih Carcossa dan membangunkan bangsanya lebih awal dari tidur dengan mempercepatkan waktu.

Sekalipun projeknya yang mempunyai inspirasi dan visi dibatalkan dalam masa persaraannya tetapi tidak berjaya untuk memadamkan inspirasinya. Jika jambatan bengkok diteruskan pasti pada akhirnya akan dipandang sebagai jambatan lurus dan betul oleh rakyat kerana akan menjadi lambang kehormatan dan keberanian suatu bangsa yang diperkecil dan dihina oleh suatu bangsa lain dipintu masuknya.

Kesimpulannya ialah kiranya Mahathir yang sudah lebih tua dari UMNO dan BN masih di terima, maka UMNO dan BN akan tetap diterima oleh rakyat termasuk generasi muda kiranya kepimpinan parti berkeupayaan untuk terus memberikan wajah baru kepada rakyat dengan projek yang bervisi sesuai dengan mimpi dan inspirasi mereka.




No comments: