Wednesday 7 March 2012

SIRI JELAJAH BADROLAMIN MENEGAK BENANG BASAH


Nampaknya Badrolamin bersama PR sedang merancang dan akan menggerakan siri jelajah bagi menerangkan secara terperinci aksi-aksinya kepada pengikut mereka disekitar Pandan, Ampang, Gombak dan kawasan-kawasan sekitar dan sewaktu dengannya.

Dalam siri jelajah tersebut beliau akan menjelaskan kepada umum jumlah isteri yang telah dinikahinya dan harap-harap akan juga perjelaskan kepada umum isteri orang dan janda yang telah beliau kahwin tanpa pengetahuan isteri-isteri yang dinikahinya. Dalam siri jelajah ini juga beliau akan menjelaskan kenapa Zatiwani hanya inginkan kaunseling dari Badrolamin serta mendapat perlindungan istimewa diawal jam 3 pagi dan bukan di siang hari.

Juga akan dijelaskan oleh Badrolamin, kenapa sesi kaunseling dan sesi perlindungan itu hanya boleh dikerjakan bilik dan bukannya di lobi hotel. Alasan yang akan diberikan jika sesi kerja dan kaunseling untuk Zatiwani di lobi hotel susahlah beliau nak memfitnah UMNO dan menjadi JAIP ‘keldai’ UMNO.

Selain itu, beliau juga akan menjelaskan kenapa Zatiwani bermati-matian tetap mencari beliau dan bukannya ibubapanya atau si mertuanya walaupun diawal pagi. Beliau juga akan menerangkan terperinci apa yang berlaku semasa dalam bilik berkenaan yang menyebabkan beliau mengambil masa yang agak lama untuk membuka pintu apabila diketuk oleh JAIP.

Beliau juga akan melemparkan fitnah dan menuduh bagaimana UMNO dan JAIP merencana semua kejadian di Swiss Garden termasuk 20 pondan yang bertindak memukul beliau sehingga ‘lembik’ dan ‘lebam’ di tengkok dan celah kangkangnya.

Nampaknya tak lama lagi ramai lah pemimpin-pemimpin PKR akan memakai 2 gelaran sekaligus seperti Badrolamin, iaitu ustaz dan doktor. Sebab apa? Sebabnya jika ada Ustaz kat depan orang segan dengan kita, hormat sebab ‘itu ustaz tu’ alim. Sekurangnya kalau kena tangkap duduk berduaan dalam bilik atau tengah tunggang bini orang atau janda pun, orang percaya bukan ‘ustaz’ yang buat. Itu semua fitnah dan konspirasi fulan si fulan.

Keduanya dengan memakai gelaran Doktor, maka senanglah kalau nak dapatkan bini orang atau si janda sebabnya tunjuk saja jarum sudah pasti si bini orang dan si janda akan datang ‘hulur’. Maklumlah ubat dari doktor dan juga ‘ustaz’ mesti mujarab sebab orangnya alim dan ulamak.

Jadi kalau dibiarkan si ‘usztaz’ dan ‘doktor’ Badrolamin terus berkuasa dan menguasai Negara, takutnya semua bini orang dan si janda akan menjadi hak miliknya.


1 comment:

Anonymous said...

datang tempat aku,aku ludah muka dia bersama kahak sekali