Saturday 2 June 2012

KERAJAAN NEGERI KELANTAN PERLU PENTADBIRAN BARU


Semakin dekat dengan PRU 13 maka semakin kencanglah janji-janji kosong Pas Kelantan didendangkan untuk meraih sokongan. Pelbagai janji yang ditabur sejak tahun 1990 tidak ditunaikan oleh Pas Kelantan dan sekali lagi mereka tidak segan dan tidak malu terus menabur janjinya. Sebaliknya, ia berbeza dengan BN dimana setiap janji sentiasa ditunaikan. Slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan terus dilaksanakan dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam memastikan rakyat hidup dalam kesempurnaan.

Setiap masalah rakyat cuba diselesaikan, yang miskin dihulurkan bantuan dan sumbangan, masalah rakyat diselesaikan. Bantuan BR1M, KR1M, PR1MA dan banyak lagi telah disalurkan. Pertengahan Jun, kerajaan BN sekali lagi akan menunaikan janji slogannya iaitu rakyat dahulukan dengan menghulurkan bantuan yang akan dipanggil TR1Ma untuk pemandu teksi seluruh Malaysia. Tapi bagi kerajaan PR terutamnya Pas Kelantan, satu apapun tidak ditunaikan sebaliknya mula kembali dengan janji bohongnya untuk meraih simpati rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

kesian ore kelate, tak reti2 dan tak paham2 yg mereka dah lama kena tipu dgn nicky ajis dan husang musang berbulu ore tu.........dah berapa puluh projek yg mereka tipu??????????????????????????/TAK RETI2 LAGI KERRRRR