Wednesday 13 June 2012

LEBUH RAYA HUSAM MUSA LAWAK ABAD KE 21


Pengumuman pembinaan lebuh raya Husam Musa antara Kota Bharu-Kuala Krai dan majlis pecah tanah yang dibuat oleh Nik Aziz,  dilihat kurang menarik minat rakyat Kelantan. Cuti sekolah diambil peluang bagi rata-rata rakyat Kelantan yang berada diperantauan kembali untuk melihat sejauh mana kebenaran kerajaan Pas Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Namun rata-rata anak Kelantan yang merantau termasuk yang bermastautin di Kelantan sangsi dengan pengumuman berkenaan. Pertamanya kerajaan Pas Kelantan tidak pun umumkan laluan sebenar lebuh raya berkenaan. Keduanya, kerajaan negeri tidak pernah membuat ‘public display’ berhubung pembinaan lebuh raya berkenaan. Kerana ‘public display’ ini adalah penting bagi kerajaan negeri untuk mendapatkan maklum balas orang awam terutamanya menerangkan dari segi laluan sebenar yang akan dilalui sepanjang lebuh raya, jika laluan tersebut melibatkan pengambilan tanah orang awam kerajaan negeri perlu menerangkan jumlah pampasan dan saluran yang perlu dilalui oleh pemilik tanah berkenaan, selain jika terdapat bantahan.

Selain itu, kerajaan negeri juga tidak mendedahkan pada umum adakah sebelum pembinaan lebuh raya diumumkan satu kajian teliti telah dibuat dan jika telah di buat berapa lama ia telah dilaksanakan dan kena nyatakan jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk kajian berkenaan serta siapkah yang membuat kajian berkenaan. Ini adalah antara persoalan dibangkitkan oleh rakyat Kelantan berhubung hasrat membina lebuh raya berkenaan. Sebaliknya media kerajaan negeri heboh mencanang kononnya hampir RM 1 juta derma orang ramai diperolehi untuk membina lebuh raya berkenaan dan bagi meraih simpati dan strategi politik Pas, sebab itulah mereka istiharkannya sebagai lebuh raya rakyat.

Persoalannya, dengan jumlah derma sebanyak RM 1 juta, sebaliknya dengan anggaran pembinaan lebuh raya berkenaan berjumlah ratusan billion ringgit, mampukah kerajaan negeri membina lebuh raya berkenaan. Ini kerana janji kerajaan negeri untuk membina jambatan bermula di kampung Cina di Kota Bharu merentasi sungai Kelantan ke Kampung Laut, Tumpat yang kosnya menelan belanja billion ringgit sehingga kini tidak ada riak untuk membinannya. Kerajaan negeri terus membisu dan menutup mata serta telinga mereka berhubung janji untuk membina jambatan berkenaan.

Sebaliknya Kerajaan Pusat terus menghulurkan bantuan dalam memastikan keselesaan rakyat diutamakan dengan membina beberapa jambatan seperti jambatan Tendong di Tumpat, jambatan Pasir Mas –Salor dan terkini dalam pembinaan, jambatan dari Pasir Pekan merentasi Sungai Kelantan sehingga Jalan Dusun Muda. Pembinaan jambatan ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kota Bharu.

Selain itu, Kerajaan Pusat melalui ICU dan JKR telah berbelanja sehingga ratusan billion ringgit dari tahun 2008 hingga 2011 dalam memastikan sepanjang jalan dari Gua Musang –Kota Bharu  sentiasa diturap untuk memastikan kelesaan dan keselamatan rakyat semasa menggunakan jalan raya tersebut.

Semua sumbangan dan jasa Kerajaan Persekutuan ini dinafikan oleh kerajaan Pas Kelantan sebaliknya mereka hanya mencanang janji kosong mereka tanpa segan silu untuk meraih sokongan menjelang pilihanraya. Pemimpin-pemimpin BN negeri juga tidak mencanang bantuan besar Kerajaan Persekutuan ini kepada orang awam dalam sesi ceramah mereka berbanding dengan pentas ceramah Pas, walaupun janji kosong yang ditabur, mereka terus tanpa segan dan malu memperjuangkan janji kosong mereka hanya untuk menyakinkan rakyat ketika menjelangnya pilihanraya.

Cerita-cerita sembang oleh pelangan Warta Citra Cafe mengatakan jajaran lebih raya ini akan dibuat melalui hutan simpan dan tidak melibatkan pengambilan tanah penduduk tempatan. Nyatalah bahawa jika ini benar, hasil balak dihutan simpan berkenaan yang menjadi matlamat, barangkali untuk dapatkan dana bagi menghadapi pilihanraya umum kelak. Wallahualam. 

Dikalangan pemerhati, derma rakyat untuk Lebuh Raya Husam Musa ini adalah lawak terbaik abad ke 21 yang dipersembahkan oleh PAS.


Saturday 2 June 2012

KERAJAAN NEGERI KELANTAN PERLU PENTADBIRAN BARU


Semakin dekat dengan PRU 13 maka semakin kencanglah janji-janji kosong Pas Kelantan didendangkan untuk meraih sokongan. Pelbagai janji yang ditabur sejak tahun 1990 tidak ditunaikan oleh Pas Kelantan dan sekali lagi mereka tidak segan dan tidak malu terus menabur janjinya. Sebaliknya, ia berbeza dengan BN dimana setiap janji sentiasa ditunaikan. Slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan terus dilaksanakan dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam memastikan rakyat hidup dalam kesempurnaan.

Setiap masalah rakyat cuba diselesaikan, yang miskin dihulurkan bantuan dan sumbangan, masalah rakyat diselesaikan. Bantuan BR1M, KR1M, PR1MA dan banyak lagi telah disalurkan. Pertengahan Jun, kerajaan BN sekali lagi akan menunaikan janji slogannya iaitu rakyat dahulukan dengan menghulurkan bantuan yang akan dipanggil TR1Ma untuk pemandu teksi seluruh Malaysia. Tapi bagi kerajaan PR terutamnya Pas Kelantan, satu apapun tidak ditunaikan sebaliknya mula kembali dengan janji bohongnya untuk meraih simpati rakyat.