Sunday 4 January 2009

Warta Citra dibuka Semula

Selamat Tahun Baru. Sunan Muria mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca. Maaf kerana tidak update post untuk beberapa hari kerana kesibukan dan kesuntukan masa. Diwaktu kebanyakan orang bercuti Sunan juga bercuti ke Amerika khususnya ke Chicago dan Kalamazoo atas urusan peribadi. Disini amat dingin dan diliputi salji yang tebal menyukarkan pergerakan.

Sewaktu saya samapai di Chicago, saya telah diperiksa dan disiasat dengan amat teliti. Segala pergerakan saya selama setahun lalu ditanya. Hampir dua jam saya disoalsiasat hanya semata-mata saya dari Malaysia, berugama Islam dan mempunyai "a common name". Salepas lebih dari 7 tahun tragedi 9/11, orang Amerika masih paranoid.. prasangka terhadap orang Islam masih menebal. Di serata tempat khususnya dilapangan terbang di gantung notis agar orang ramai melaporkan kegiatan, perbuatan dan percakapan yang mencurigakan khususnya daripada orang-orang yang berjambang daripada timur tengah, berkulit hitam dan "other color" bagi lelaki dan bertudung dan berjubah bagi wanita.

Semalam, dua kelaurga orang Amerika berketurunan Arab telah diarahkan keluar dan tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana ada laporan daripada penumpang lain mengatakan perbuatan, tingkahlaku dan percakapan mereka mencurigakan. Dari laporan media, percakapan mereka hanya berkisar kepada dimana tempat duduk yang selamat dalam kapalterbang kerana mereka diberikan tempat duduk dibelakang sekali dan hampir dengan tandas. Si isteri meminta suami agar dapat berpindah kehadapan sedikit bagi mengelakkan bau busuk dari tandas dan dijawab oleh suami bahawa tidak mengapa kerana dibelakang sekali adalah tempat duduk yang paling selamat jika berlaku kecemasan.

Atas percakapan yang sedemikian sahaja, kedua-dua suami isteri ini telah dilaporkan kepada pramugari yang kemudiannya melaporkan kepada pilot dan seterusnya melaporkan kepada pihak keselamatan lapangan terbang dan seterusnya melaporkan kepada FBI. Ini menyebabkan pesawat itu tergendala selama lebih dua jam dan pasangan tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat tersebut dan mereka telah disoalsiasat selama lebih dari 4 jam. Akhirnya baru dipastikan bahawa kesemua ini adalah akibat dari salah faham dan perasaan ketakutan daripada penumpang lain apabila melihat pasangan berjambang dan berjubah menaiki pesawat dan bercakap tentang tempat yang paling selamat untuk duduk.

Ini adalah satu daripada peristiwa yang dialami oleh orang Islam di Amerika.

No comments: