Kekalahan UMNO/BN dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sedikit sebanyak mengambarkan sokongan rakyat terhadap BN. Boleh dikatakan apa yang berlaku pada BN hari ini lebih mirip kepada apa yang menimpa pakatan pembangkang sebelum ini. Hari ini, apa saja yang dibuat oleh BN semua tidak menjadi. Rakyat lebih dikatakan lebih ‘mendengar’ apa yang dikatakan oleh pembangkang berbanding BN walaupun sebenarnya Kerajaan BN lah yang bersusah payah pada hari ini mewujudkan kestabilan dan pembangunan Negara.
Sejak Mac 2008, sebanyak 5 pilihanraya kecil telah diadakan dan BN hanya menang satu saja iaitu di Batang Ai. Berbanding 4 yang dimenangi oleh PR iaitu di Permatang Pau, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dalam setiap pilihanraya kecil ini juga melihatkan pola majoriti kemenangan setiap calon dalam pilihanraya kecil ini meningkat. Pilihanraya 3 pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai melihat sedikit pertambahan undi kepada BN terutama oleh orang-orang Melayu dan juga penduduk di luar bandar.
Walau bagaimanapun pola pengundi masyarakat Cina dan India serta para belia lebih memihak kepada pembangkang. Jadi para pemimpin BN harus meneliti perkara ini dan mengkaji serta mengambil pendekatan yang segera untuk mengatasi masalah ini dan bukannya masih berbulan madu di awan biru.
Walaupun pertambahan pengundi dikalangan masyarakat Melayu dan luar bandar, BN seharusnya kerja lebih keras untuk menambah lagi jumlah pengundi Melayu. Namun harus diingat komponen BN seperti MIC, MCA dan lain-lain harus memikirkan sesuatu dalam memastikan pengundi bukan Melayu kembali kepada BN. boleh dikatakan undi bukan Melayu akan menjadi penentu bagi mana-mana pilihanraya terutama pengundi Cina dan India serta pengundi kaum bumiputra lain.
Tetapi yang lebih perlu diberi perhatian ialah pengundi masyarakat Cina berbanding pengundi masyarakat India yang dilihat peratusannya mula meningkat walaupun sebanyak 10% dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kenapa jumlah pengundi Cina peratusannya semakin meningkat memihak kepada pembakang? Apakah yang dilakukan oleh MCA dan Gerakan semasa kempen pilihanraya kecil baru-baru ini? Jika selepas PUR 12 MCA dan Gerakan meminta supaya UMNO membuat perubahan supaya rakyat kembali menyokong BN, tapi apa yang dilihat sekarang MCA dan Gerakan semakin dipinggirkan oleh pengundi Cina berbanding UMNO peratusan Melayu pengundi Melayu semakin bertambah.
Para pemimpin BN seharusnya duduk semeja berbincang akan perancangan, strategi dan hala tuju BN setelah 5 pilihanraya kecil tidak memihak kepada mereka. Bukannya membiarkan parti masing-masing menterjemahkan strategi parti untuk memikat kembali pengundi. Sebagai sebuah organisasi, para pengarah dan pengatur strategi haruslah duduk semeja berbincang untuk menyusun strategi, barulah tidak dilihat parti dalam BN tidak memperjuangkan agenda masing-masing.
Kita harus sedar ‘mood’ pengundi hari ini memihak kepada pembangkang baik Melayu, Cina, India dan sebagainya. Apa yang Kerajaan atau BN laksanakan mereka akan menafikan dan sebaliknya apa yang dikatakan atau diutarakan oleh pembangkang mendapat tempat di hati pengundi atau rakyat. BN harus memikirkan apa yang sebenarnya telah mengubah hati dan pendirian pengundi Melayu, Cina, India dan lain-lain yang memihak kepada pembangkang. Perkara ini harus dibongkar dan diterjemahkan agar tindakan susulan untuk ‘merawat’ penyakit ini berjaya.
Atau kemungkinan terdapat agenda sesuatu pihak dalam komponen BN yang sebenarnya ‘talam dua muka’ dan menikam dari belakang. Yang pasti golongan belia ramai yang memihak kepada pembangkang dan adanya pegawai-pegawai Kerajaan yang menikam Kerajaan dari belakang. Ada dakwaan yang dikatakan terdapat pegawai-pegawai Kerajaan yang menyebelahi pembangkang menyalurkan maklumat kepada pembangkang dan sebab itulah pembangkang dengan senang membongkar kelemahan Kerajaan BN. Itu hanyalah satu dakwaan tetapi realitinya ada kebenarannya tidak perlu dipersoalkan.
Apa jua strategi, penyusunan dan perancangan BN untuk mengembalikan kegemilangannya harus dilakukan dengan segera. Walaupun tempoh 4 tahun masih ada, tidak jika para pemimpin BN masih berbulan madu di awan biru nescaya BN akan terus tersungkur pembangkang akan terus maju. Pernah Tun Mahathir menyatakan, jika dalam tempoh 2 tahun BN tidak melakukan apa-apa perubahan nescaya hati rakyat akan semakin terpaut pada pembangkang dan jika ini sudah berlaku amat susah untuk BN menarik kembali.
Tun Mahathir hanya mengambil contoh pada negeri Kelantan yang sudah hampir 20 tahun di bawah pentadbiran Pas. Apabila rakyat sudah terpikat dengan apa yang kita laksanakan, amat susah untuk memikat mereka kembali. Ditambah lagi dengan isu-isu seperti amalan rasuah dan segalanya akan menjauhkan lagi rakyat pada BN. Jika barisan Kabinet Najib dapat menghindari semua ini, sudah pasti rakyat akan menilai semula dan jika malan turun padang dan para barisan Kabinetnya mempunyai sikap ‘mesra rakyat’ sudah pasti pembangkang umpama cacing kepanasan.
Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Najib, para barisan Kabinetnya hendaklah bangun dan bukannya masih dalam bulan madu di awan biru. Mereka hendaklah berkerja keras dan memenangi hati rakyat dan bukannya ‘berlagak’ pada mata rakyat. Kuasa hanyalah sementara tetapi rakyat adalah buat selama-lamanya.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment