Berdasarkan laporan media hampir 10,000 penyokong PR berhimpun sekitar Kuala Lumpur berarak mendesak Kerajaan memansuhkan ISA. Walaupun amaran demi amaran dan teguran dikeluarkan oleh pihak berkuasa, nampaknya mereka meneruskan perhimpunan kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong supaya ISA dimansuhkan.
Walaupun puluhan ribu warga kota termasuk para peniaga melahirkan rasa marah dan kecewa dengan sikap penganjur demontrasi iaitu Gerakan Mansuh ISA (GMI) tapi para pemimpin GMI termasuk pemimpin politik PR gembira dan berasa bangga kerana berjaya menghimpun penyokong untuk mewujudkan huru-hara.
Mereka juga langsung tidak memikirkan akan nasib para peniaga dan penjaja disekitar Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan kedai-kedai sekitarnya. Boleh dikatakan para peniaga dan penjaja terpaksa menanggung kerugian akibat kedegilan pihak tersebut, sedangkan hari minggulah hari buat para peniaga mendapatkan sedikit keuntungan.
Mereka mendakwa demontrasi hari ini berjaya dan Tian Chua ketika menyampaikan ucapannya berkata dengan angkuhnya bahawa demontrasi sebegini akan diulang lagi hinggalah ISA dimansuhkan. Ada Tian Chua atau rakan-rakan dalam PR yang mengadakan demontrasi meluahkan rasa simpati terhadap para peniaga dan penjaja disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan sekitarnya? Siapa yang akan menanggung kerugian yang dialami oleh mereka?
Mereka yang kononnya berjuang untuk keadilan langsung ‘tidak guna otak’ dalam tindakan mereka. Kalau mereka ini waras atau menggunakan ‘otak’ sudah pasti mereka akan mencari tempat yang sesuai seperti di stadium, tempat tertutup atau tempat yang jauh dari orang ramai untuk mengadakan demontrasi dan perhimpunan agar tidak menyusahkan rakyat atau penduduk yang ingin bersiar-siar bersama keluarga di bandaraya Kuala Lumpur.
Sebaliknya mereka memilih jalanan untuk mengadakan demontrasi dan tindakan mereka ini menimbulkan seribu pertanyaan dan persoalan apakah motif dan tujuan sebenar disebalik hasrat mereka untuk memansuhkan ISA. Siapakah yang sebenarnya inginkan ISA dimansuhkan? Dalam demontrasi jalanan untuk mansuhkan ISA tersebut kaum manakah paling ramai? Dimanakah kaum India dan Cina? Dimana mereka berada sedang orang-orang Melayu dari PR sanggup bermandi air dari trak water canon pihak polis? Kalau ada pun hanya pemimpin politik saja dari dua kaum tersebut tapi penyokong-penyokong mereka semuanya bersenang-senang dan hanya menunggu waktu dan ketika saja jika negara huru-hara. Kenapa mereka ini takut dengan ISA? Adakah ISA ini ancaman buat kita sebagai rakyat biasa yang inginkan kehidupan yang aman dan selesa tanpa takut dengan anasir-anasir yang mampu mengugat dan mengancam keselamatan negara? Kalau kita tidak buat salah dan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan buat apa kita takut dengan ISA atau undang-undang serta peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.
ISA tidak akan tangkap mana-mana rakyat atau individu jika rakyat atau individu itu tidak melakukan kesalahan atau perkara yang membolehkan wujudnya kekacauan dalam negara. Tapi jika seseorang itu mempunyai kepentingan dan ingin menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak tenteram dalam negara, sudah pasti pilihan mereka ialah supaya ISA dimansuhkan. Agar senang mereka melakukan perkara melampaui batasan dan boleh menghancurkan negara maka senanglah mereka bermaharajalela merampas segala harta kekayaan milik kita.
Yang diperalatkan ialah para penyokong PR terutama orang Melayu dari PKR dan Pas. Mereka ini ‘diperbodohkan’ supaya mengadakan demontrasi dengan umpan ISA dimansuhkan. Apabila ‘diperbodohkan’, maka beramai-ramailah penyokong PKR dan Pas keluar mengadakan demontrasi kononnya berjuang supaya ISA dimansuhkan. Akhirnya mereka ditangkap dan sumbat dalam tahanan, maka mula lah mereka menyalahkan Kerajaan terutamanya pihak berkuasa kerana bertindak ganas dan keterlaluan.
Sengketa antara sama bangsa dan agama akan wujud kerana Melayu sama Melayu sudah tidak percaya satu sama lain. Mereka bergaduh, bertekak dan tidak mempunyai semangat persaudaraan lagi. Tapi satu pihak tersenyum lebar dan gembira apabila strategi mereka sudah mengena. Inilah yang mereka inginkan, apabila Melayu sama Melayu sudah bergaduh dan tidak lagi boleh duduk semeja untuk berbincang maka mudahlah bagi mereka merampas apa yang ada. Jadi apabila ‘umpan’ sudah mengena, mereka hanya mencuci tangan sambil berkata, ‘dunia ini ana yang punya’. Melayu sama Melayu sudah tidak dapat hidup bersama, Melayu sama Melayu sudah hilang punca dan tiada lagi kerjasama. Yang akan sengsara ialah anak cucu kita, kerana jika tidak ada langkah tegas diambil kepada perancang utama yang cuba mewujudkan suasana huru-hara, maka menangislah anak cucu kita kerana kealpaan datuk nenek moyang mereka.
Mereka yang berniaga terutama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan sekitarnya melahirkan rasa kecewa kerana kerugian barangan yang mereka niaga akibat sikap manusia yang tidak menggunakan akal yang sempurna walaupun dianugerahkan Tuhan sebaik-baik dan semulia kejadiannya. Maka, slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ haruslah dihayati dengan para pemimpin BN terutama Menteri Wilayah Persekutuan atau PM atau Timbalannya hendaklah turun padang mendengar keluhan dan tanamkan keyakinan akan kejadian sama tidak akan berulang.
Akok@Baulu

No comments:
Post a Comment