Alhamdullilah kita telah mula memasuki bulan Ramadhan dan seperti diketahui bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kerberkatan dan kerahmatan. Dalam bulan yang mulia ini juga satu pilihanraya kecil bakal menjelma dan kali ini di Permatang Pasir gelanggang UMNO dan Pas sekali lagi menjadi pertaruhan satu lawan satu.
Jika di Manek Urai Pas hampir tersungkur akan kebangkitan UMNO yang telah mendapat semula sokongan rakyat. Majoriti undi sebanyak 65 undi adalah ukuran buat sokongan rakyat semakin bertambah pada UMNO kerana memasuki pertandingan di kubu kuat Pas. Sama juga dengan Permatang Pasir, ia boleh dijadikan satu medan buat UMNO dan BN untuk membuktikan sokongan rakyat semakin bertambah jika dapat mengurangkan majoriti undi calon Pas. Tapi kalau memperolehi kemenangan lagi bermakna buat UMNO/BN apatah lagi di saat-saat pergolakan dalam parti Pakatan rakyat dan isu-isu penyelewengan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Dap di Pulau Pinang dan Selangor sedang hangat di perkatakan.
Namun situasi berbeza antara pilihanraya Manek Urai dan Permatang Pasir, jika di Manek Urai pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua parti semasa berkempen lebih tumpu pada pembangunan dan hasrat untuk membina masa depan Dun tersebut. Sebaliknya di Permatang Pasir, serangan peribadi calon menjadi bahan utama kempen dan tiada ungkapan dari mana-mana parti bertanding untuk membawa pembangunan kepada Permatang Pasir.
Kenapa kempen di Permatang Pasir berlaku sebegini? Adakah strategi utama PR sememangnya untuk mengelak rakyat terpengaruh akan bahan kempen pembangunan yang di bawa oleh UMNO/BN kepada rakyat seperti di Manek Urai. Pemimpin PR terutama MP Permatang Pauh, tahu rakyat dahagakan pembangunan setelah sekian lama dan sehingga Dun Permatang Pasir masih ketinggalan dari arus pembangunan dan tidak dihiraukan oleh pejuang keadilan yang juga MP Permatang Pauh.
Serangan peribadi semakin menjadi-jadi, calon Pas dituduh melenyapkan wang peruntukan parti manakala calon UMNO pula dituduh dengan pelbagai tuduhan dan terbaru dikatakan telah mengahwini seorang wanita secara sulit pada 2005 dan kini bekas isterinya itu diabaikan. Kenapa serangan peribadi calon berlaku di Permatang Pasir? Benarkah seperti apa yang dicakapkan oleh sesetengah pihak pemilihan calon UMNO ini hanyalah tindakan untuk mensabotaj UMNO dari dalam?
Jika benar sikap laknat ini masih wujud dalam UMNO sampai bilapun UMNO/BN akan kalah dan kalah dalam mana-mana pilihanraya kecil atau umum. Kenapa sabotaj dalam UMNO masih wujud? Tidakkah pimpinan tertinggi parti sudah berulangkali menyatakan dan berpesan agar semua kembali menghulur tangan dan membanting tulang maju kehadapan bukan lagi mundur kebelakang? Tapi jika benar apa yang berlaku di Permatang Pasir ini, sememangnya ada pemimpin dalam UMNO yang mahu lihat UMNO terus tersungkur.
UMNO/BN kembali semula untuk bangkit di kawasan-kawasan kuat PR dan contohnya bagaimana di Manek Urai Pas tersungkur, tapi nampaknya pendedahan demi pendedahan akan kelemahan calon UMNO di paparkan dan ini akan membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti. Sepatutnya apa yang berlaku di Kuala Terengganu dijadikan ikhtibar dan pengajaran buat UMNO, namun ia sebaliknya juga berlaku.
Adakah Ketua Perhubungan UMNO di Pulau Pinang yang juga Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Pertahanan tidak mengkaji perkara ini? Adakah beliau tidak berkerja dengan hanya menyerahkan pada pemimpin negeri? Atau adakah dia masih ‘setia’ pada ketuanya yang lama dan tidak mahu menyapu arang di muka bekas ketuanya jika UMNO menang selesa di Permatang Pasir? Semuanya ada kemungkinan, kerana sebelum PUR lalu beliau antara yang memaklum awal kepada bekas ketuanya tarikh bubarnya Parlimen yang lalu dan beliau juga lah yang disoal siasat oleh polis kerana dikatakan menyalurkan peruntukan kepada bekas ketuanya.
Betul atau tidak hanya tuhan saja yang tahu, tapi dari segi cakap-cakap politik inilah yang berkumandang dan jika benar ada sebotaj dalam UMNO dari dalam, apa yang dikatakan ada kemungkinan. Kerana dalam politik semuanya boleh terjadi, untuk berkuasa, mendapat pangkat dan kedudukan, kawan boleh menjadi lawan, lawan juga boleh menjadi kawan. Selamat berpuasa.
Akok@Baulu
No comments:
Post a Comment