Pengumuman pembinaan lebuh raya Husam Musa antara Kota Bharu-Kuala Krai
dan majlis pecah tanah yang dibuat oleh Nik Aziz, dilihat
kurang menarik minat rakyat Kelantan. Cuti sekolah diambil peluang bagi
rata-rata rakyat Kelantan yang berada diperantauan kembali untuk melihat sejauh
mana kebenaran kerajaan Pas Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Bharu-Kuala
Krai.
Namun rata-rata anak Kelantan yang merantau termasuk yang bermastautin
di Kelantan sangsi dengan pengumuman berkenaan. Pertamanya kerajaan Pas
Kelantan tidak pun umumkan laluan sebenar lebuh raya berkenaan. Keduanya,
kerajaan negeri tidak pernah membuat ‘public display’ berhubung pembinaan lebuh
raya berkenaan. Kerana ‘public display’ ini adalah penting bagi kerajaan negeri
untuk mendapatkan maklum balas orang awam terutamanya menerangkan dari segi
laluan sebenar yang akan dilalui sepanjang lebuh raya, jika laluan tersebut
melibatkan pengambilan tanah orang awam kerajaan negeri perlu menerangkan
jumlah pampasan dan saluran yang perlu dilalui oleh pemilik tanah berkenaan,
selain jika terdapat bantahan.
Selain itu, kerajaan negeri juga tidak mendedahkan pada umum adakah
sebelum pembinaan lebuh raya diumumkan satu kajian teliti telah dibuat dan jika
telah di buat berapa lama ia telah dilaksanakan dan kena nyatakan jumlah wang
yang telah dibelanjakan untuk kajian berkenaan serta siapkah yang membuat
kajian berkenaan. Ini adalah antara persoalan dibangkitkan oleh rakyat Kelantan
berhubung hasrat membina lebuh raya berkenaan. Sebaliknya media kerajaan negeri
heboh mencanang kononnya hampir RM 1 juta derma orang ramai diperolehi untuk
membina lebuh raya berkenaan dan bagi meraih simpati dan strategi politik Pas, sebab
itulah mereka istiharkannya sebagai lebuh raya rakyat.
Persoalannya, dengan jumlah derma sebanyak RM 1 juta, sebaliknya dengan
anggaran pembinaan lebuh raya berkenaan berjumlah ratusan billion ringgit,
mampukah kerajaan negeri membina lebuh raya berkenaan. Ini kerana janji
kerajaan negeri untuk membina jambatan bermula di kampung Cina di Kota Bharu
merentasi sungai Kelantan ke Kampung Laut, Tumpat yang kosnya menelan belanja
billion ringgit sehingga kini tidak ada riak untuk membinannya. Kerajaan negeri
terus membisu dan menutup mata serta telinga mereka berhubung janji untuk
membina jambatan berkenaan.
Sebaliknya Kerajaan Pusat terus menghulurkan bantuan dalam memastikan keselesaan rakyat diutamakan dengan membina beberapa jambatan seperti jambatan Tendong di Tumpat, jambatan Pasir Mas –Salor dan terkini dalam pembinaan, jambatan dari Pasir Pekan merentasi Sungai Kelantan sehingga Jalan Dusun Muda. Pembinaan jambatan ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kota Bharu.
Sebaliknya Kerajaan Pusat terus menghulurkan bantuan dalam memastikan keselesaan rakyat diutamakan dengan membina beberapa jambatan seperti jambatan Tendong di Tumpat, jambatan Pasir Mas –Salor dan terkini dalam pembinaan, jambatan dari Pasir Pekan merentasi Sungai Kelantan sehingga Jalan Dusun Muda. Pembinaan jambatan ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kota Bharu.
Selain itu, Kerajaan Pusat
melalui ICU dan JKR telah berbelanja sehingga ratusan billion ringgit dari tahun
2008 hingga 2011 dalam memastikan sepanjang jalan dari Gua Musang –Kota Bharu sentiasa diturap untuk memastikan
kelesaan dan keselamatan rakyat semasa menggunakan jalan raya tersebut.
Semua sumbangan dan jasa Kerajaan Persekutuan ini dinafikan oleh
kerajaan Pas Kelantan sebaliknya mereka hanya mencanang janji kosong mereka
tanpa segan silu untuk meraih sokongan menjelang pilihanraya. Pemimpin-pemimpin
BN negeri juga tidak mencanang bantuan besar Kerajaan Persekutuan ini kepada
orang awam dalam sesi ceramah mereka berbanding dengan pentas ceramah Pas,
walaupun janji kosong yang ditabur, mereka terus tanpa segan dan malu memperjuangkan
janji kosong mereka hanya untuk menyakinkan rakyat ketika menjelangnya
pilihanraya.
Cerita-cerita sembang oleh pelangan Warta Citra Cafe mengatakan jajaran lebih raya ini akan dibuat melalui hutan simpan dan tidak melibatkan pengambilan tanah penduduk tempatan. Nyatalah bahawa jika ini benar, hasil balak dihutan simpan berkenaan yang menjadi matlamat, barangkali untuk dapatkan dana bagi menghadapi pilihanraya umum kelak. Wallahualam.
Dikalangan pemerhati, derma rakyat untuk Lebuh Raya Husam Musa ini adalah lawak terbaik abad ke 21 yang dipersembahkan oleh PAS.
3 comments:
lagi lawak dgn baca ayat dlm blog nie.
-kerajaan daa umun kan laluan yg akn d bina.
-lps tu sejak bila jambatan tendong d tumpat??
-'terkini dalam pembinaan, jambatan dari Pasir Pekan merentasi Sungai Kelantan sehingga Jalan Dusun Muda'. terkini ke daa 4 tahun x siap?
- daa buat bancian ke rata2 rakyat kelantan x yakin dpt buat jln nie?
if4 mu gilo babi ke gilo bewok? bakpo mu tak ulas apo yg husang musang buat dan buat bannner besar2 tp hampeh tu? sbb tu majoriti rakyat kelate mempertikaikannya, kecuali org gila babi serupo mu..........natte babi kena sembelih meme tak reti mmikir ........ptuiiihhhh
adoi. gano naik angin molek tuh. tau2 mroh2. ore suh wak bancian x wak pon. tau2 kata majoriti... ye ke majoriti x suka? aku bkn komen yg menyokong lebuhraya rakyat tu sgt okeyh.
gilo gapo nya??? cu jwb molek gop. ore gilo mne gop duk oyap jambatan tendong d tumpat? ore gilo mno yg duk oyap projek terkini buat jambatan dari Pasir Pekan merentasi Sungai Kelantan sehingga Jalan Dusun Muda?? jambatan tu pm ke 5, paklah yg lancar. skrg paklah jdi pm agi ke???
Post a Comment