Tuesday, 24 July 2012

RAMADHAN MEMBESARKAN GELOMBANG MERUNTUHKAN PAS KELANTAN



Senario kehangatan PRU13 dan semangat rakyat Kelantan yang ingin beralih kepada suatu kuasa politik baru semakin kuat geloranya. Istiqamah yang dilakukan oleh rakyat Kelantan yang ingin membawa rakyat negeri ini menuju cahaya harapan yang lebih bersinar bagi generasi masa depan sungguh mengujakan. Kegembiraan dan kehangatan rakyat Kelantan menyambut Bulan Ramadhan disusuli dengan semangat berkobar-kobar untuk mengubah kerajaan negeri yang ada. Kehangatan gelombang dan kuasa politik baru ini yang semakin menular dan terasa bahangnya di seluruh pelusuk negeri Kelantan.

Tanpa dipaksa atau diberi upah, rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan kerajaan negeri baru. Tindakan rakyat Kelantan di sekitar dana pelusuk negeri menaikan bendera BN di kawasan dan hadapan rumah mereka dikatakan tanda gelombang kebangkitan dan keinginan rakyat Kelantan untuk melihat pembaharuan. Ini kerana, rata-rata rakyat Kelantan sudah puluhan tahun menagih janji yang tidak ditetapi. Kata mereka, saban tahun kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz selalu menabur janji, tetapi tidak pernah ditepati. Berbanding dengan BN, walaupun tidak memerintah Kelantan tetapi apa yang dijanjikan semua dipenuhi.  

Ini saatnya, rakyat Kelantan perlu ubah kerajaan negeri dan perlu sedar yang mereka selama ini telah dibohongi oleh kerajaan Pas. Janji senang di tabur, untuk tepatinya bila tiba PRU mereka akan renew janji yang telah dibuat oleh mereka semasa PRU sebelum ini.
       
 

1 comment:

Anonymous said...

salam.......
admin kau tulis ni dari pandangan kacamata kau sediri ke atau melalui pembacaan blog blog....atau kau ni org klate???