Senario kehangatan
PRU13 dan semangat rakyat Kelantan yang ingin beralih kepada suatu kuasa
politik baru semakin kuat geloranya. Istiqamah yang dilakukan oleh rakyat
Kelantan yang ingin membawa rakyat negeri ini menuju cahaya harapan yang lebih
bersinar bagi generasi masa depan sungguh mengujakan. Kegembiraan dan
kehangatan rakyat Kelantan menyambut Bulan Ramadhan disusuli dengan semangat
berkobar-kobar untuk mengubah kerajaan negeri yang ada. Kehangatan gelombang
dan kuasa politik baru ini yang semakin menular dan terasa bahangnya di seluruh
pelusuk negeri Kelantan.
Tanpa dipaksa atau
diberi upah, rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan
kerajaan negeri baru. Tindakan rakyat Kelantan di sekitar dana pelusuk negeri
menaikan bendera BN di kawasan dan hadapan rumah mereka dikatakan tanda
gelombang kebangkitan dan keinginan rakyat Kelantan untuk melihat pembaharuan.
Ini kerana, rata-rata rakyat Kelantan sudah puluhan tahun menagih janji yang
tidak ditetapi. Kata mereka, saban tahun kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz
selalu menabur janji, tetapi tidak pernah ditepati. Berbanding dengan BN,
walaupun tidak memerintah Kelantan tetapi apa yang dijanjikan semua dipenuhi.
Ini saatnya, rakyat
Kelantan perlu ubah kerajaan negeri dan perlu sedar yang mereka selama ini
telah dibohongi oleh kerajaan Pas. Janji senang di tabur, untuk tepatinya bila
tiba PRU mereka akan renew janji yang telah dibuat oleh mereka semasa PRU
sebelum ini.
1 comment:
salam.......
admin kau tulis ni dari pandangan kacamata kau sediri ke atau melalui pembacaan blog blog....atau kau ni org klate???
Post a Comment