Wednesday, 22 May 2013

RAKYAT KELANTAN NAK PERUBAHAN, UMNO KELANTAN?

 
Bahang PRU 13 semakin terasa dan kenyataan nakal Menteri Besar Selangor menampakan kebodohan berterusan kerana sebarang pembubaran DUN mestilah mendapat berkenan  Sultan.  Pastinya PRU 13 akan berlangsung dan kemungkinan Dun akan dibubarkan pada April dan PRU 13 akan diadakan ada bulan Mei.

Boleh dikatakan semua parti yang akan bertanding dalam PRU nanti sudah bersiap siaga dan rakyat juga sudah tidak sabar untuk melakukan suatu perubahan sesudah melihat kepincangan dan pembohongan yang dilakukan oleh parti yang tidak bertanggungjawab. Di Kelantan, dikatakan gelombang merah semakin membara dan rakyat di seluruh negeri Kelantan sudah tidak sabar inginkan perubahan. Melalui beberapa program yang dilaksanakan oleh BN nampaknya rakyat Kelantan sudah bangkit dan ramai yang mula mengibar bendera BN samada di perkarangan rumah atau menghadiri program anjuran BN.

Kenapa rakyat Kelantan inginkan perubahan? Sebabnya sesudah 20 tahun lebih Pas memerintah Kelantan, taraf hidup rakyat Kelantan tetap sama. Masih ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar negeri mencari pekerjaan, pembangunan masih ditahap lama hasil peningalan Kerajaan BN, masalah sosial seperti dadah dan maksiat tidak dapat di atasinya sebaliknya setiap tahun peningkatan yang begitu ketara.

Dalam 20 tahun memerintah, tidak ada satupun pembangunan yang dilakukan oleh Pas Kelantan bagi memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Projek pembinaan Bazaar Tok Guru dan Bazaar Tengku Anis lebih kepada suatu bentuk projek bagi mengkayakan kroni semata-mata. Rakyat menolak pembinaan kedua-dua bazaar ini kerana ruang niaga yang amat sempit dan sewa yang terlalu tinggi. Keadaan ini menyebabkan rakyat menilainya sebagai suatu projek pembaziran kerana banyak ruang yang tidak diisi oleh peniaga dan terbiar kosong seperti rumah puaka.


Begitu juga dengan pembinaan kawasan perniagaan di Lembah Sireh. Rakyat sudah sedar dan buka mata, walaupun berkopiah dan berjanggut hingga ke pusat pun, apabila disogok dengan wang dan kuasa mereka ini boleh menjadi seumpama anjing gila. Penduduk Lembah Sireh ditipu dan dianiayai oleh pak lebai berkopiah dan berjanggut Pas agar menyerah dan membenarkan kawasan tersebut dibangunkan dengan alasan untuk masa depan. Penduduk Lembah Sireh dijanjikan dengan peluang untuk menjalankan perniagaan dan pemilikan premis atau bangunan dengan harga dan sewa berpatutan.

Akhirnya, semua pembohongan itu terserlah jua, yang mampu memiliki premis dan menyewa ruang perniagaan di kawasan perniagaan berkenaan di manapoli oleh orang-orang Cina dan pemimpin Pas durjana. Penduduk Lembah Sireh yang rata-rata berpendapatan di bawah RM1000 sebulan hanya mengigit jari kerana mana mereka nak patkan wang untuk membeli premis dengan harga RM 400 ribu ke atas dan sewa ruang niaga RM 500 hingga RM2000 sebulan.

Bukan itu saja, rakyat Kelantan juga tidak rela lebih banyak tanah diserahkan atau diagihkan kepada orang luar. Tindakan mengundi dan menyokong Pas seumpama menghalalkan usaha Pas menyerahkan lebih banyak tanah kepada kroni politik mereka dari luar Kelantan. Pemberian tanah hampir 4,000 hektar di Gua Musang oleh Pas kepada pemimpin Dap Perak perlu dijadikan pengajaran buat seluruh rakyat Kelantan. Bukan itu saja, Pas Kelantan terus menyerahkan tanah secara pajakan selama 99 tahun kepada orang luar yang kononnya bagi projek ladang rakyat.

Memang rakyat Kelantan dilihat inginkan perubahan dan sokongan ini dilihat semakin berterusan. Cuma adakah keinginan rakyat Kelantan ini dapat diterima oleh UMNO Kelantan? Dari sembang-sembang kedia kopi, ada yang sudah merancang untuk mengelak BN Kelantan mencapai kemenangan. Sebabnya jika BN memang maka susahlah UMNO Kelantan mencari makan. Ini kerana, segala wang projek akan dikawal sepenuhnya oleh Ketua Perhubungan Negeri dan ia berbeza dengan hari ini kerana segalanya diuruskan oleh ICU, JPM.

UMNO Kelantan beranggapan, jika Kelantan terus di bawah Pas, maka Kerajaan Pusat akan membawa turun seguni atau sekarung wang untuk diagihkan kepada UMNO Kelantan. Ia berbeza jika BN menjadi pemerintah di Kelantan. Inilah perangai yang perlu diubah oleh UMNO Kelantan. Rakyat sememangnya sudah bersedia untuk mengubah kerajaan negeri tetapi juak-juak UMNO yang hanya berjuang kerana wang akan berusaha untuk mengagalkan usaha BN Pusat. Jika ini benar, maknanya, Pas Kelantan tidak perlu gusar kerana ada orang bekerja secara percuma untuk mereka dan sekaligus akan lebih banyak tanah di Kelantan akan diserahkan kepada orang luar.

ISLAM YANG DIPERJUANGKAN TIADA DALAM JANJI 100 HARI


BN semasa mengadakan konvensyennya tidak menjanjikan bulan dan bintang. Sebaliknya PR semasa konvensyennya bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang telah menawarkan pelbagai janji kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya PR rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU 13. Dalam tempoh 100 hari jika berjaya menawan Putrajaya, antara janji melangit PR adalah seperti menghapuskan Akta ISA, memberi imbuhan RM500 sebulan kepada guru, tubuh Suruhanjaya Diraja untuk pulihkan sistem kehakiman, naikkan 20% royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak, struktur semula pinjaman PTPTN dan banyak lagi.

Inilah antara janji melangit PR untuk seluruh rakyat Malaysia setelah semangat 1Malaysia dan segala gerak kerja BN mendapat tempat di hati rakyat. Janji melangit ini juga sebenarnya adalah untuk menutup segala kelemahan dan kemelut yang sedang melanda PR lebih-lebih lagi pendedahan oleh Wikileaks mengenai isu seks Anwar Ibrahim.
Secara logiknya, jika janji PR seperti memberi imbuhan RM500 sebulan kepada guru bagaimana pula dengan imbuhan untuk kakitangan Kerajaan yang lain? Kenapa PR hanya prihatin kepada guru? Adakah kakitangan Kerajaan lain tidak penting seperti guru? Adakah ini bermakna ramai guru di dalam negara adalah penyokong kuat mereka? tapi apa pun, PR sedang giat turun padang menerangkan janji 100 hari jika Putrajaya dapat mereka tawan.
Gerakan turun padang turut disertai oleh pemimpin Pas, tapi lebih malang dalam janji-janji 100 hari PR tidak ada satu pun janji untuk menegakkan negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh Pas sebelum ini. Namun, pemimpin Pas seperti buat ‘buta tuli’ demi menjaga hati rakan-rakan dalam PR isu negara Islam langsung tidak dimasukkan dalam janji 100 hari. 

Jika Anwar mampu membohongi rakyat mengenai 16 September, janji 100 hari jika berjaya menawan Putrajaya apalah sangatnya. Namun, lebih menyedihkan mimbar Jumaat hari ini (31 Disember 2010) memperkecilkan dan memperlekeh keikhlasan pemimpin negara memberikan cuti umum di atas kejayaan pasukan Harimau Malaya berjaya merangkul kejuaraan. Kata-kata khatib di Masjid Al-Islah Tamak Kajang Mewah, Kajang lebih kurang berbunyi begini “ .. apalah sangat dengan kejayaan bola sepak sehinggakan pemimpin mengumumkan cuti umum, padahal kemenangan tersebut bukannya diperingkat antarabangsa mana pun ...”. 

Apa saja yang dibuat oleh BN, semua salah, sedangkan mereka terutama pemimpin Pas ‘buta dan tuli’ kerana dalam 100 hari janji PR tiada satu pun dibangkitkan mengenai negara Islam.

Wednesday, 13 February 2013

 KONSPIRASI PKR DAN PAS KE ATAS RONNIE LIU

Tidak dinafikan seluruh rakyat Selangor kenal dan tahu perangai Ronnie Liu dan Dap dalam pentadbiran kerajaan negeri. Walaupun hanya memegang jawatan sebagai Exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan Selangor, Ronnie Liu di lihat berkuasa dan kuasanya ke atas pentadbiran kerajaan negeri amat luar biasa. Kuasa Ronnie ke atas pentadbiran Selangor  jelas dilihat apabila menteri besar Selangor, Khalid menjadi gagap setiap kali menerima arahan Ronnie.


Isu arak, pembukaan rumat-rumah urut dan menularnya gejala maksiat semakin tersebar kerana Ronnie berkuasa penuh ke atasnya. Walaupun ia mendapat bantahan rakyat Selangor, Khalid terus gagap tidak berani berkata-kata sebaliknya menuruti saja kemahuan dan arahan Ronnie.

Kemuncak kebiadapan dan kesamsengan Ronnie dalam politik dan pentadbiran negeri apabila Khalid gagap dan Pas terpaksa akur kehendak Ronnie dan Dap untuk memecat Hassan Ali dalam kerajaan negeri dan juga Pas.

Menyedari rakyat mula meluat dan benci pada PR akibat tindakan dan sikap Ronnie dalam semua perkara, PKR dan Pas mula mengambil strategi untuk menghapuskan Ronnie dalam politik Selangor. Pemimpin PKR dan Pas sedar, kemuncak kemarahan rakyat Selangor ke atas PR apabila tindakan kejam di ambil ke atas Hassan Ali. Bagi membetulkan keadaan dan menarik kembali sokongan rakyat menjelang PRU 13, maka Ronnie Liu perlu dikorbankan.

Dengan isu Khalimah Allah, arak, rumat urut, masalah maksiat, pemecatan Hassan Ali dan sebagainya menyebabkan Pas semakin sedar sokongan rakyat semakin merosot. Begitu juga dengan PKR, isu seks melibatkan pemimpin PR, rasuah, pasir, air, rumah ibadat, ladang babi, isu kilang arak dan sebagainya gagal dilaksanakan oleh Khalid Gagap berbanding cakap besar mereka semasa berkempen semasa PRU 12 dahulu.


Tiada perubahan atau pembangunan yang di buat oleh Khalid dalam tempoh 5 tahun, sebaliknya meneruskan apa yang telah dirancang oleh kerajaan BNsebelumm ini. Yang berjaya dilakukan oleh Khalid gagap adalah menuruti segala kehendak dan arahan Ronnie dan Dap.


Atas kesedaran inilah, pemimpin PKR dan Pas memulakan langkah untuk ‘mengusir’ Ronnie dalam politik Selangor. Langkah pertama adalah dengan mendedahkan konspirasi Ronnie dan Dap untuk menguasai Selangor. Pendedahan yang dibuat Jafrie Nordin, bekas pegawai khas Ronnie Liu yang meletak jawatannya pada 7 Feb lalu amaran awal supaya Ronnie dan Dap ‘kurangkan’ kuasa di Selangor. Dakwaan Jafrie bahawa Ronnie pernah mengeluarkan kenyataan serius atau memburukan keadaan fizikal Khalid dan isu moral yang melibatkan Azmin dan Anwar.

  
Bukan itu saja, Ronnie dan Dap juga dikatakan telah mengadakan perjumpaan sulit dengan beberapa pemimpin politik Dap dalam mencatur calon Melayu dari Dap menjelang PRU 13 bagi menggantikan calon dari PKR dan Pas.

Pas dan PKR berharap dengan pendedahan oleh bekas pegawai khasnya Ronnie ini, ia sedikit sebanyak akan dapat mengembalikan semula sokongan rakyat Selangor ke atas PKR dan Pas. Tapi adakah Ronnie akan berdiam diri? Setakat ini, Ronnie masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di atas dakwaan bekas pegawai khasnya tersebut. Sebaliknya Setiausaha Kanannya memaklumkan bahawa Ronnie tidak pernah mempunyai pegawai bernama Jafrie Nordin?




Jadi kesimpulannya, jika semasa di bawah pentadbiran BN, pemimpin Pas dan PKR mengelar Selangor sebagai Selangor Darul Babi dan Darul Arak, kini, di bawah Ronnie, usaha sedang dibuat untuk  menukar Selangor Darul Ehsan kepada Selangor Darul Dap.

 

Monday, 24 September 2012

Owner of the Private Jet Exposed

Excerpt from a comment with regard to Anuar's lavish Jet setting.

New York charter company, New York-based operations, New York owner.

Close to the Washington-based National Endowment for Democracy (NED) that gave money to Suaram, Mkini Dotcom Sdn Bhd, Southeast Asia Centre for e-Media, Southeast Asian Press Alliance and the Centre for Independent Journalism, Bersih, Merdeka Center for Opinion Research, Lawyers for Liberty, Liberal Banter Sdn Bhd, International Republican Institute (see NST recent report) … Washington is only 40 minutes flight away from New York.

And New York-based Open Society Institute, the administrator for programmes under the Open Society Institute founded by Jewish currency speculator George Soros.
Well, the connections are there. Those are more likely the bastards who arranged for the jet, rather than a rich Malaysian bugger who’d risk his wings, if not his head, chopped when discovered and Anwar doesn’t get to Putrajaya at PRU13. Don’t underestimate the ability of our security agencies in tracing those buggers, though they may leave the matter of what action to be taken on the culprits to the political masters.

So, let us make as much noise as possible, so that some action will be taken. At least in terms of exposing in a big way their working in cahout with nasty foreign groups interested in destabilizing this country and/or in helping Anwar Al Juburi bring this country under the direct influence and control of the Jewish Zionists. Huge press conference, all MSM and foreign press agencies present, Bernama splashing the hot news everywhere – “interference in Malaysia’s internal affairs”, etc.

Sunday, 23 September 2012

Anwar Kencing PAS


Dipetik Dari Blog Apa kecoh-kecoh:

Aku kesian betul tengok nasib PAS dalam Pakatan pembangkang ni. Walaupun mereka kononnya parti yang memperjuangkan Islam, tapi di Selangor dan Pulau Pinang, Exco Agama Islam di pegang oleh PKR. Hatta, jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun dipegang oleh PKR.

Bila nak buat hudud pun DAP selamba je kutuk dan PAS langsung tak berani nak balas penghinaan DAP.

Nampak sangat PAS ni langsung tak dihormati oleh parti-parti lain dalam Pakatan pembangkang.

Dan terkini di Labuan, PAS terus dikencing oleh Anwar Ibrahim.

Sebelum ini pada 6 September, PAS WP dah umumkan bahawa calon PAS akan bertanding di Labuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua komponen Pakatan.

It’s decided – PAS for Labuan


LABUAN 6 Sept: PAS will contest in the duty free Labuan parliamentary constituency and the decision is ‘final’.

Speaking to reporters here, Federal Territories PAS Commissioner Mohamad Noor Mohamad said – in no uncertain terms – that the Presidential Council of Pakatan Rakyat “had decided on this”.

He said the party will field a candidate for the Labuan parliamentary constituency in the 13th general election and that the name of the individual will be submitted to the party president soon for approval.

“The Presidential Council of PR (Pakatan Rakyat) has decided that for state seats, the State PR (Pakatan) Councils will decide.

“The three leaders of the council from PAS, PKR and DAP had agreed for the Labuan seat to be contested by PAS,” he said.

Mohamad reiterated that the decision by the Presidential Council was made on Aug 18 and that a letter to effect was issued regarding the seat distribution.

“So it is clear that PAS will stand here in Labuan,” Mohamad said.

Muktamad - PAS akan bertanding di Labuan

LABUAN 6 Sept: PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan dan keputusan itu adalah 'muktamad'.

Bercakap kepada pemberita di sini, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata – dengan penuh kepastian - bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat "telah membuat keputusan mengenai perkara ini".

Beliau berkata parti itu akan meletakkan calon untuk kerusi Parlimen Labuan dalam pilihan raya umum ke-13 dan nama individu akan diserahkan kepada presiden parti tidak lama lagi untuk kelulusan.

"Majlis Presiden PR (Pakatan Rakyat) telah memutuskan bahawa bagi kerusi negeri, Majlis PR (Pakatan) Negeri akan menentukan pembahagian kerusi.

"Ketiga-tiga pemimpin majlis dari PAS, PKR dan DAP telah bersetuju kerusi Parlimen Labuan akan dipertandingkan oleh PAS," katanya.

Mohamad mengulangi pendirian beliau bahawa keputusan oleh Majlis Presiden mengenai perkara ini telah dibuat pada 18 Ogos dan surat yang mengesahkan mengenai pengagihan kerusi telahpun dikeluarkan.

"Jadi jelas bahawa PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan," kata Mohamad.

Tapi yang lawaknya, bila Anwar turun ke Labuan pada 15 September baru-baru ni, dia telah mengumumkan bahawa Ibrahim Menudin yang baru menyertai PKR adalah calon yang bakal bertanding kerusi Parlimen Labuan.

Haiiii…. Pada 6 September, beria-ia PAS bertegas bahawa mereka akan bertanding di Labuan. Kononnya perkara ini telah diputuskan oleh pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri, surat pengesahan pembahagian kerusi pun dah dikeluarkan, cuma tunggu pengesahan nama calon sahaja.

Tapi seminggu selepas tu, bila Anwar turun Labuan, lain pula jadinya. Orang PKR yang bakal jadi calon, bukannya orang PAS!!!

Kena kencing lagi PAS!! Dah bersetuju semasa perbincangan, dah keluar surat pengesahan tapi akhirnya ikut suka Anwar lah siapa dia nak jadikan sebagai calon. PAS jangan bising-bising, dok diam-diam cukup.

Mengikut sumber aku di Labuan, semasa Anwar buat pengumuman ni, berubah muka pemimpin PAS tempatan yang turut hadir dalam majlis tu. Geng-geng PAS yang tengah syok dengar ceramah pun ramai-ramai keluar sebagai tanda tak puas hati.

Berat nampaknya peluang Pakatan di Labuan. Nak pilih calon pun bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan rekod baik Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang sering turun padang ke Labuan.

Sekarang aku nak tengok, apa tindakan pimpinan PAS Pusat terhadap Anwar Ibrahim yang jelas langsung tidak menghormati kedudukan PAS sebagai rakan kongsi dalam Pakatan.

Kalau ikut rekod sebelum ni, aku yakin pimpinan PAS Pusat akan terus bersikap bacul dan berdiam diri sahaja.

Dan Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh akan terus ketawa besar melihat tingkahlaku PAS yang bagaikan lembu dicucuk hidung, sentiasa patuh dengan arahan PKR & DAP.

Politik Keterlaluan Menghancurkan Negara


Semakin hampir dengan PRU 13 semakin biadab strategi pembangkang menghuru-harakan negara. Jika strategi isu Hudud bagi memancing dan menguatkan sokongan kaum Cina ke atas PR, kali ini sekali lagi kerajaan Selangor sengaja mewujudkan suasana tegang pengundi Melayu dengan menafikan Sultan dalam sambutan Kemerdekaan di Selangor.  Apabila isu ini mendapat perhatian maka media dan ultra Melayu dari BN akan terus menyerang PR dan sekali lagi semangat Kemelayuan akan dibangkitkan dan Dap dikaitkan.

Akhirnya, PR beranggapan strategi mereka mengena dan sudah pasti sokongan kaum bukan Melayu akan meningkat menjelang pilihanraya. Ini kerana mereka mendakwa sokongan kaum Melayu 50% dalam gengaman mereka dan dengan menakutkan kaum bukan Melayu dengan isu-isu tersebut, mereka berharap supaya mendapat 90% sokongan bukan Melayu memihak mereka.

Sebab itulah mereka meneruskan agenda ‘jahat’ mereka. Di mana pada saat mengira detik kemerdekaan negara, PR sengaja merangka strateginya bagi menjerat BN. Mereka telah mengupah beberapa ekor sang keldai membawa kain rentang yang memaparkan hasrat mereka menukar Jalur Gemilang. Selain itu, ada segelintir sang keldai memperlakukan kelakuan biadab ke atas gambar Najib dan beberapa pemimpin BN.



Perhimpunan Bershit dijadikan modal mereka menimbulkan huru-hara tetapi strategi mereka tidak ‘mengena’ kerana Kerajaan BN lebih bijaksana menangganinya.  Tidak mustahil juga, isu pengibaran Jalur Gemilang di Selatan Thailand adalah hasil usaha dan strategi PR bagi menimbulkan huru-hura dan persengketaan dengan negara jiran tetangga. Jika di Indonesia sudah terbukti mereka cuba mempengaruhi dan mendapat sokongan pemimpin politik di sana. Tetapi mungkin di Tahiland mereka tidak mendapat perhatian akhirnya, mungkin mereka mengupah pihak-pihak tertentu mengibarkan Jalur Gemilang di Selatan Thailand. Dengan harapan, supaya mewujudkan ketengangan antara kedua-dua negara.



Jika ini berlaku sudah pasti rakyat akan resah dan akan menyalahkan Kerajaan BN. Kita perlu ingat, Singapura sudah lama menunggu saatnya, Indonesia pula sentiasa ada isu yang tidak kena antara kedua-dua belah negara. Kali ini Thailand pula cuba diherat sama dan Kerajaan BN perlu berhati-hati. Tidak mustahil ini adalah rangka dan strategi PR yang dibelakangnya adalah pihak-pihak yang ingin menghancurkan negara.Dap dari perilakunya sememangnya dilihat licik dalam agenda politik mereka. Singapura adalah kiblatnya dan Zionis adalah sifunya.

AGENDA ANWAR DAN DAP KANTOI

Setelah melihat reaksi kurang senang rakyat atas hasrat PR ingin menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera yang seakan-akan bendera Indonesia, Singapura dan komunis (Sang Saka Malaya), nampaknya pemimpin-pemimpin PR kini terkebil-kebil cuba mencari alasan bagi menjelaskan tindakan tersebut

Walaupun pada mulanya pemimpin PR menafikan ia bukan rancangan untuk menukar bendera Malaysia tetapi di masa yang sama, sebaliknya mereka langsung tidak mengecam tindakan kurang ajar dan biadab membawa bendera yang lain dari Jalur Gemilang ke sambutan Hari Merdeka. Menyakinkan lagi ia sememangnya adalah agenda dan niat PR, Anwar dengan bangga dan angkuhnya bertindak membela tindakan pengkhianat dan biadad tersebut dengan menyatakan pendirianya bahawatiada salahnya kerana ia adalah kononnya bendera Sang Saka Malaya. Bukankah kenyataan Anwar ini lagi kurang ajar?

Bagi seorang pemimpin yang tergila-gila mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri, meng"tidak-apa"kan perbuatan mengibar bendera lain selain Jalur Gemilangdi Hari sambutan Hari Kemerdekaan Negara adalah pelik sekali.  Hari Kemerdekaan adalah hari keramat di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat secara rasminya. Apa lagi yang boleh menjadi simbol utama kedaulatan itu selain dari Jalur Gemilang?

Hasrat dan niat sebenar PR yang diketuai oleh Anwar amat jelas, bukan hanya bendera Sang Saka Malaya dikibarkan malah ia disokong pula dengan risalah yang diedarkan menghasut rakyat menolak Jalur Gemilang. Persoalannya kini ialah, kenapa Anwarcuba menafikan niat sebenar mereka untuk menukar bendera ‘berdaulat’ yang menjadi lambang Malaysia adalah negara Merdeka? Kenapa mereka tidak mengakuinya saja sedangkan seluruh rakyat sedia maklum akan niat tersebut melalui tindakan pemimpin mereka sebelum ini yang menghina Jalur Gemilang. 

Kenapa Anwar dan PR perlu gusar apabila bendera yand dikibarkan oleh pengkhianat dan biadab tersebut dikaitkan dengan komunis, Indonesia dan Singapura ? Sedangkan seluruh rakyat tahu bagaimana Anwar dan pemimpin Dap membela Mat Indera, malah Chin Peng sebagai wira mereka

Nampaknya Anwar dan PR ingin terus berdolak dalih mengenai agenda mereka sendiri.  Seharusnya, mereka berani menyatakan secara terus terang niat sebenar mengenai rancangan mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia.  PR wajib menyatakan ideologi dan hala tuju sebenar perjuangan mereka dan tidak perlu lagi berselindung di sebalik perjuangan ‘hak asasi’‘kesamarataan’ atau pun ‘Negara Islam’.

Kini, Anwar dan Dap merangka strategi baru untuk menutup niat sebenar merekadengan tindakan biadab dan kurang ajar pengikut di amalam sambutan kemerdekaan. Arang yang tercalit dalam PR sedikit sebanyak menghantui Pas yang semakin resah akibat perbuatan penyokong PR dan Dap. Akibatnya kini Pas jenuh memikirkan hujah dan mencari dalil untuk membela apa jua penjelasan Anwar dan Dap  mengenai isu bendera dan aksi ‘punggung’ di malam sambutan kemerdekaan

Orang Bodoh Sekali Lagi Berkata-Kata

Orang Bodoh Sekali Lagi Berkata-Kata
Harakahdaily,
16 Sep 2012
KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu. “Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sekali lagi Idris Ahmad menjadi ‘badut’ dengan mengeluarkan kenyataan  ‘membodohkan’ diri sendiri dan parti PasKenyataan Idris ini ternyata bodohsombong dan tak pakai akal. Hakikatnya dia cuba menafikan dan malu dengan jasa dan bakti UMNO/BN yang telah membawa kemajuan dan kemakmuran kepada Malaysia serta melahirkan Melayu cerdik pandai. Idris Ahmad juga sedar bahawa kehidupan dan kemakmuran yang beliau kecapi adalah hasil titik peluh dan keringatperjuangan UMNO/BN dan bukannya Pas, PKR atau Dap.
Jika dibandingkan dengan Pas yang telah memerintah Kelantan selama hampir 22 tahun lamanyatiada apa yang boleh dibanggakan, sebaliknya pembangunan di Kelantan terus ketinggalan. Bangunan-bangunan tinggi yang ada di Kelantan pada hari ini adalah hasil peninggalan  dan penat lelah oleh pemimpin UMNO/BN.
Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.
Idris Ahmad hanya pandai memutarbelitkan kenyataan dan beliau cuba menafikan sumbangan dan penyaluran sumber kewangan oleh Kerajaan Persekutuan bagipembangunaKelantan. Sebaliknya Idris cuba menutup kejahatan Pas yang telah merampas sumber pendapatan hampir 70 penduduk Lembah Sireh dengan membina pusat perniagaan yang dikenali sebagai Dataran Tesco. Petani-petani yang telah puluhan tahun mengusaha tanah pertanian di Lembah Sireh ditipu oleh ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ tanpa diperdulikan masa depan mereka. Bukan setakat itu saja, ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini juga telah menyempitkan periuk nasi peniaga-peniaga di Bangunan MPKB dan Bazar Uda dengan memindahkan peniaga ini ke ‘lubang kubur’ iaitu Bazar Tok Guru.
Ramai peniaga yang telah sekian lama meniaga di Bangunan MPKB dan Bazar Uda dinafikan hak mereka untuk mendapatkan ruang niaga di Bazar Tok Guru. Sebaliknya mereka yang mendapat ruang niaga berkenaan adalah yang terdiri dari penyokong Pas dan PKR. Akhirnya kejahatan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini dibalas oleh Allah yang Maha kuasa, apabila didedahkan penyelewengan dan rasuah dalam pembinaan Bazar Tok Guru. Bukan itu saja, ruang niaga atau‘lubang kubur’ di Bazar Tok Guru juga sehingga sekarang tidak mendapat sambutan.Bukan hanya kurang pembeli, ruang niaga tingkat 2 dan 3 kosong seperti rumah hantu.
Bukan itu saja, ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini juga tanpa segan terussilu menipu dan membohongi rakyat Kelantan. Jambatan kedua dari Kampung Laut ke Kota Bharu tidak tahu di mana bayangnya dan hari ini dijanjikan pula lebuh raya rakyat yang tiada penghujungnya.
Jika Pas dan Idris boleh membela orang Melayu, ramai yang bertanya kenapa kes jenayah dan buang bayi terus berlaku di Kelantan. Lebih menjijikan, Kelantan adalah ‘raja’ dalam penyalahgunaan dadah. Apakah yang dibuat dan dilakukan oleh Pas dan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini untuk membela anak Melayu? Apa yang mereka bela? Kalau bukan hanya periuk nasi mereka sendiri.
Selain itu, jika semasa di bawah pentadbiran UMNO/BN, orang luar dari Kelantan termasuk bukan Islam tidak boleh memiliki tanah atau bangunan di Kelantan. Tetapi sejak Idris dan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ memerintah Kelantan, beratus ribu hektar tanah anak negeri di serata negeri dan hak milik kerajaan negeri telah tergadai kepada orang luar dan bukan Melayu. Ini tidak pernah berlaku semasa pemerintahan UMNO/BN. Idris dan Pas serta ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ bukan hanya sanggup menggadai tanah dan maruah bangsa, agama pun mereka sanggup gadai hanya kerana kuasa dan pangkat.
Bagaimana Idris dan Pas hendak membela bangsa Melayu, sedangkan merekalah yang menjadi batu api mewujudkan perbalahan dikalangan orang Melayu. Semua orang tahu, Pas lah yang mewujudkan sembahyang 2 iman, Pas lah yangmengistiharkan neraka dan syurga dalam politik, Pas lah yang menyebabkan laki bini bercerai berai, pemimpin Pas lah yang paling ramai ditangkap melakukan hubungan seks dan suka makan luar dengan bini orang.

Jadi tak perlulah Idris mengeluarkan kenyataan bodoh sedemikian, kerana seluruh rakyat Malaysia tahu dan sedar yang mana intan dan yang mana pelesit atau syaitan. 55 tahun negara merdeka, kita dapat mengecapi nikmat kehidupan dengan penuh aman dan kemakmuran. Pembangunan negara diteruskan oleh UMNO/BN bagi memastikan rakyat mengecapi dan menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan selesa. Sebaliknya sejak puak Idris dan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ berkawan dengan kumpulan ‘gila kuasa’ maka negara yang aman dan harmoni dikucar-kacirkan oleh mereka.

Bersatulah PAS dan UMNO Demi Ugama dan Bangsa

PAS DISERU BUKA MATA

Alangkah bertuahnya bumi Malaysia ini jika para pemimpin dan penyokong Pas dan UMNO dapat duduk semeja membincangkan masa hadapan dan hala tuju bagi membina dan memperkukuhkan persaudaraan Islam dan ekonomi negara secara bersama. Jika beberapa perkara Pas dan UMNO mempunyai kesepakatan mengenainya dan beberapa program Pas dan UMNO boleh duduk bersama, apalah salahnya demi masa depan Islam dan bangsa Melayu, Pas dan UMNO bersatu menentang anasir subversif yang sedang menghakis ikatan persaudaraan sesama Islam, meruntuhkan ekonomi negara dan mengheret negara kekancah pergolakan.

Inilah antara luahan rakyat yang telah buka mata hatinya dengan apa yang sedang melanda dalam negara. Hanya kerana kerakusan mencapai cita-cita politik, ada sesetengah pihak sanggup menggadai maruah agama, bangsa dan negara. selama lebih 50 tahun hidup kita aman sejahtera dengan kaum yang berbilang bangsa, kini telah ada bibit-bibit gerakan untuk menghuru-harakan dan seterusnya menghancurkan negara.

Rakyat berfikiran waras melahirkan rasa resah, bimbang dan ketakutan dengan budaya berpolitik songsang yang di bawa masuk oleh pihak-pihak tertentu yang bermatlamat hanya untuk menjadi pemerintah.

Sepatutnya Pas memikirkan semula kerjasama yang terjalin dengan PKR dan Dap yang ternyata perjuangan mereka tidak sekata dengan Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Pas yang memperjuangkan Islam harus sedar bahawa rejim zionis adalah musuh utama Islam dan inilah yang diperjuangkan Pas sejak dahulu lagi. Sebaliknya apabila media dan seluruh negara didedahkan dengan jalinan kerjasama antara pemimpin PKR dengan pihak Zionis bagi mendapat dana dan bantuan kewangan untuk ‘menghuru-harakan negara’ Pas dilihat masih menutup mata mereka.

Hari ini juga, media mendedahkan bagaimana NGO yang ditaja PKR seperti SUARAM mendapat dana dan sumbangan dari pertubuhan luar negara seperti Soros bagi membiayai segala aktiviti dan gerakan menghancurkan negara. Tidakkah kita rasa takut dengan tindakan pemimpin PKR yang secara terangan mengundang malapetaka besar kepada kemakmuran dan keharmonian negara. Apakah janji yang telah dipersetujui oleh pemimpin PKR dengan pemimpin Zionis dan penyangak mata wang ini dalam usaha membantu mereka mencapai cita-cita menjadi pemerintah negara.

Mana ada orang yang sanggup bagi wang berbillion dollar jika tidak mendapat habuan yang setimpal dengan pelaburan yang dilakukan oleh mereka. Jika apa yang dipersetui dan dijanji tidak ditetapi, maka sudah pasti sesuatu akan dilakukan untuk mendapatkan kembali pelaburan mereka. Negara-negara yang telah menerima bantuan dari pertubuhan antarabangsa yang dibiayai oleh rejim Zionis jika tidak memenuhi kehendak mereka maka hancurlah negara, bangsa dan tambah-tambah lagi Islam adalah musuh utama Zionis.

Begitu juga dengan Dap, dari mana sumber kewangan yang mereka perolehi bagi membiayai gerakan politik mereka. Tetapi yang paling penting, Pas harus angkat kaki dari menjalinkan kerjasama dengan Dap kerana Dap terang lagi bersuluh menentang Hudud yang diperjuangkan oleh Pas. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Dap yang sanggup ‘mempelajari’ Islam hanya semata-mata sebagai helah menarik sokongan Melayu demi kepentingan politik mereka. Hari ini, sekali lagi pemimpin Dap Perak mempersenda perjuangan Islam dengan menyatakan bantahan umat Islam ke atas filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W adalah buang masa.

Jadi Pas dan UMNO harus duduk semeja, buang yang keruh kembalikan Islam ke landasan perjuangan. Rakyat sudah buka mata dan meluat dengan agenda politik yang busuk lagi meloyakan.

Tuesday, 24 July 2012

RAMADHAN MEMBESARKAN GELOMBANG MERUNTUHKAN PAS KELANTAN



Senario kehangatan PRU13 dan semangat rakyat Kelantan yang ingin beralih kepada suatu kuasa politik baru semakin kuat geloranya. Istiqamah yang dilakukan oleh rakyat Kelantan yang ingin membawa rakyat negeri ini menuju cahaya harapan yang lebih bersinar bagi generasi masa depan sungguh mengujakan. Kegembiraan dan kehangatan rakyat Kelantan menyambut Bulan Ramadhan disusuli dengan semangat berkobar-kobar untuk mengubah kerajaan negeri yang ada. Kehangatan gelombang dan kuasa politik baru ini yang semakin menular dan terasa bahangnya di seluruh pelusuk negeri Kelantan.

Tanpa dipaksa atau diberi upah, rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan kerajaan negeri baru. Tindakan rakyat Kelantan di sekitar dana pelusuk negeri menaikan bendera BN di kawasan dan hadapan rumah mereka dikatakan tanda gelombang kebangkitan dan keinginan rakyat Kelantan untuk melihat pembaharuan. Ini kerana, rata-rata rakyat Kelantan sudah puluhan tahun menagih janji yang tidak ditetapi. Kata mereka, saban tahun kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz selalu menabur janji, tetapi tidak pernah ditepati. Berbanding dengan BN, walaupun tidak memerintah Kelantan tetapi apa yang dijanjikan semua dipenuhi.  

Ini saatnya, rakyat Kelantan perlu ubah kerajaan negeri dan perlu sedar yang mereka selama ini telah dibohongi oleh kerajaan Pas. Janji senang di tabur, untuk tepatinya bila tiba PRU mereka akan renew janji yang telah dibuat oleh mereka semasa PRU sebelum ini.
       
 

Wednesday, 13 June 2012

LEBUH RAYA HUSAM MUSA LAWAK ABAD KE 21


Pengumuman pembinaan lebuh raya Husam Musa antara Kota Bharu-Kuala Krai dan majlis pecah tanah yang dibuat oleh Nik Aziz,  dilihat kurang menarik minat rakyat Kelantan. Cuti sekolah diambil peluang bagi rata-rata rakyat Kelantan yang berada diperantauan kembali untuk melihat sejauh mana kebenaran kerajaan Pas Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Namun rata-rata anak Kelantan yang merantau termasuk yang bermastautin di Kelantan sangsi dengan pengumuman berkenaan. Pertamanya kerajaan Pas Kelantan tidak pun umumkan laluan sebenar lebuh raya berkenaan. Keduanya, kerajaan negeri tidak pernah membuat ‘public display’ berhubung pembinaan lebuh raya berkenaan. Kerana ‘public display’ ini adalah penting bagi kerajaan negeri untuk mendapatkan maklum balas orang awam terutamanya menerangkan dari segi laluan sebenar yang akan dilalui sepanjang lebuh raya, jika laluan tersebut melibatkan pengambilan tanah orang awam kerajaan negeri perlu menerangkan jumlah pampasan dan saluran yang perlu dilalui oleh pemilik tanah berkenaan, selain jika terdapat bantahan.

Selain itu, kerajaan negeri juga tidak mendedahkan pada umum adakah sebelum pembinaan lebuh raya diumumkan satu kajian teliti telah dibuat dan jika telah di buat berapa lama ia telah dilaksanakan dan kena nyatakan jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk kajian berkenaan serta siapkah yang membuat kajian berkenaan. Ini adalah antara persoalan dibangkitkan oleh rakyat Kelantan berhubung hasrat membina lebuh raya berkenaan. Sebaliknya media kerajaan negeri heboh mencanang kononnya hampir RM 1 juta derma orang ramai diperolehi untuk membina lebuh raya berkenaan dan bagi meraih simpati dan strategi politik Pas, sebab itulah mereka istiharkannya sebagai lebuh raya rakyat.

Persoalannya, dengan jumlah derma sebanyak RM 1 juta, sebaliknya dengan anggaran pembinaan lebuh raya berkenaan berjumlah ratusan billion ringgit, mampukah kerajaan negeri membina lebuh raya berkenaan. Ini kerana janji kerajaan negeri untuk membina jambatan bermula di kampung Cina di Kota Bharu merentasi sungai Kelantan ke Kampung Laut, Tumpat yang kosnya menelan belanja billion ringgit sehingga kini tidak ada riak untuk membinannya. Kerajaan negeri terus membisu dan menutup mata serta telinga mereka berhubung janji untuk membina jambatan berkenaan.

Sebaliknya Kerajaan Pusat terus menghulurkan bantuan dalam memastikan keselesaan rakyat diutamakan dengan membina beberapa jambatan seperti jambatan Tendong di Tumpat, jambatan Pasir Mas –Salor dan terkini dalam pembinaan, jambatan dari Pasir Pekan merentasi Sungai Kelantan sehingga Jalan Dusun Muda. Pembinaan jambatan ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kota Bharu.

Selain itu, Kerajaan Pusat melalui ICU dan JKR telah berbelanja sehingga ratusan billion ringgit dari tahun 2008 hingga 2011 dalam memastikan sepanjang jalan dari Gua Musang –Kota Bharu  sentiasa diturap untuk memastikan kelesaan dan keselamatan rakyat semasa menggunakan jalan raya tersebut.

Semua sumbangan dan jasa Kerajaan Persekutuan ini dinafikan oleh kerajaan Pas Kelantan sebaliknya mereka hanya mencanang janji kosong mereka tanpa segan silu untuk meraih sokongan menjelang pilihanraya. Pemimpin-pemimpin BN negeri juga tidak mencanang bantuan besar Kerajaan Persekutuan ini kepada orang awam dalam sesi ceramah mereka berbanding dengan pentas ceramah Pas, walaupun janji kosong yang ditabur, mereka terus tanpa segan dan malu memperjuangkan janji kosong mereka hanya untuk menyakinkan rakyat ketika menjelangnya pilihanraya.

Cerita-cerita sembang oleh pelangan Warta Citra Cafe mengatakan jajaran lebih raya ini akan dibuat melalui hutan simpan dan tidak melibatkan pengambilan tanah penduduk tempatan. Nyatalah bahawa jika ini benar, hasil balak dihutan simpan berkenaan yang menjadi matlamat, barangkali untuk dapatkan dana bagi menghadapi pilihanraya umum kelak. Wallahualam. 

Dikalangan pemerhati, derma rakyat untuk Lebuh Raya Husam Musa ini adalah lawak terbaik abad ke 21 yang dipersembahkan oleh PAS.