Hari ini bermula lah para penyokong PR terdiri dari Pas dan PKR diperbodohkan oleh pemimpin DAP dengan melancarkan mogok lapar. Sejak petang tadi hampir 20 orang ditangkap termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang juga ahli Parlimen dan Adun negeri Perak kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di luar Wisma DAP. Tapi rata-rata rakyat Perak yang ditemui dan ditanya berhubung mogok lapar anjuran DAP mengatakan mereka masih waras dan sedar apa motif dan agenda DAP menganjurkan mogok lapar tersebut.
Ada yang berkata pemimpin DAP sanggup berlapar kerana mereka sudah kenyang ‘meratah’ hasil bumi Perak selama Perak diterajui oleh si ‘keldai’. Ketika meninjau dan mendapatkan reaksi umum dari rakyat Perak, penulis singgah di sebuah warung untuk membasah tekak yang haus kerana cuaca yang agak panas. Termenung seketika memikirkan dengan cuaca sedemikian, kenapa mereka sanggup mengadakan mogok lapar atau hanya semata-mata kecewa tidak dapat lagi ‘meratah’ hasil bumi Perak.
Ketika melabuh punggung di atas kerusi, terpandang sekumpulan lelaki dan ada 2 atau 3 orang di antara meraka yang sudah berumur dan mereka memanggilnya Pak Haji dan Tuan Sheikh. Mereka mengatakan mogok lapar itu bukan satu bentuk protes yang cerdik, tetapi ia adalah tindakan seseorang yang cetek pengetahuan agama dan akibat kecewa, minda mereka tertutup rapat untuk menerima hakikat keputusan mahkamah yang mengistiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.
Hakikatnya dalam Islam perbuatan mogok lapar tapi boleh makan dan minum ini adalah syirik dan berdosa serta dianggap satu bentuk perbuatan yang sia-sia sahaja kerana ia hanya memudaratkan kesihatan dan tidak memberi apa-apa kebaikan. Sebab itulah, untuk tidak terjerat, Nizar si ‘keldai’ kata dia berpuasa sunat. Tapi hakikat dan tujuannya adalah kerana ‘menghalalkan’ mogok lapar anjuran DAP.
Seperti diduga, Nga Kor Ming telah mengumumkan bahawa tujuan diadakan mogok lapar tidak lain tidak bukan hanya untuk mendesak Sultan Perak supaya di bubarkan DUN Perak. Tindakan Kor Ming mendesak Sultan Perak sebenarnya adalah satu tindakan biadab dan tidak menghormati institusi Raja Melayu. Rakyat Perak semakin mual dan meluat dengan tindakan biadab para pemimpin DAP sejak kebelakangan ini yang terengan cuba mengugat institusi Raja Melayu.
Tindakan mogok lapar ini hanyalah satu kerja yang sia-sia dan jelas menunjukan betapa daifnya dan kurang ajarnya pemimpin DAP mempersenda undang-undang dan institusi Raja-Raja Melayu.
Pengunjung di warung itu berkata, jika nak buat mogok lapar bukan susah, tetapi untuk benar-benar berlapar tidak semudah mengajak orang berlapar. Para pemimpin DAP boleh ajak pengikutnya mogok lapar, tapi mereka juga boleh secara senyap menyusup ke dalam Wisma DAP untuk makan dan minum hingga membutal kenyang, siapa yang tahu? Yang menjadi mangsa ialah penyokong yang termakan dengan hasutan dan dakyah DAP yang mungkin juga akan menerima penyakit, tapi para pemimpin DAP sentiasa segar dan bertenaga kerana mereka masih boleh ‘melalak’ menyampaikan berceramah walaupun ‘tidak minum dan makan’.
Sinis mereka berkata, mungkin ramai akan ‘bersimpati’ pada mereka yang menyertai mogok lapar, tetapi bukanlah bersimpati sebab mereka sanggup berlapar tetapi bersimpati kerana sedih melihat mereka sanggup memilih jalan singkat dan langsung tidak cerdik kerana memudaratkan kesihatan diri sendiri.
Penulis ada menerima SMS yang dikatakan datangnya dari ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyatakan “suka hati merekalah jika mereka memilih untuk berlapar sehingga menemui ajal sekali pun dan rakyat sedia menabur bunga di pusara mereka nanti sebagai satu penghargaan terhadap perjuangan mereka”. Jadi bolehlah nanti satu lagi plak demokrasi di letakkan di hadapan Wisma DAP sebagai tanda kenangan dan mengingati kedangkalan manusia yang berfikiran sempit.
Akok@Baulu
Monday, 25 May 2009
Sunday, 24 May 2009
SI LUNCAI TERLUPA BAWA LABUNYA
Oleh kerana keputusan mahkamah tidak memihak kepada PR, DAP lantas mengajak semua penyokong mereka mengadakan mogok lapar selama 3 hari yang akan bermula pada 26 Mei nanti sebagai tanda membantah keputusan mahkamah. Sebenarnya budaya mogok lapar ini ditiru oleh DAP dari amalam rakayat Thailand, India dan dengan kata lain ia dilakukan oleh rakyat atau Negara bukan Islam.
Oleh kerana terdesak, manakala hidung sudah diikat macam lembu, Nizar yang telah ‘dikeldaikan’ oleh DAP dikatakan akan merasmikan mogok lapar tersebut bersama-sama V. Sivakumar. DAP menggunakan Nizar kerana si ‘keldai’ ini sememangnya tidak ada kuasa tapi hanya untuk meraih sokongan orang Melayu, manakala V. Sivakumar adalah ‘hero Tamil’ yang baru menerima oskar pelakon terbaik dalam drama panjang Persidangan DUN Perak, 7 Mei lalu.
Bukankah Nizar tahu, bahawa dalam Islam, kita diajar berpuasa dan doa orang yang berpuasa, insyaAllah akan dimakbulkan Allah. Tetapi mogok lapar yang dianjurkan oleh DAP amat berbeza, dari sumber terdekat, mogok lapar anjuran DAP ini membolehkan mereka minum air apabila terasa haus dan amat menyedihkan lah apabila Nizar dan juga beberapa pemimpin Pas dan PKR yang beragama Islam akan turut sama menyertai mogok lapar anjuran DAP ini. Seperti yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik Nizar dan penyokong Pas serta PKR puasa sunat dari menyertai mogok ‘minum air bila haus’ ini. Kalau benar-benar nak mogok lapar, buat apa minum dan tak perlu makan, barulah di namakan mogok lapar.
Hakikatnya mogok lapar ini dianjurkan oleh DAP hanyalah kerana keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Sebaliknya jika keputusan menyebelahi mereka seperti keputusan sebelum ini, mungkin mereka akan mengadakan parti sembelih ‘babi’ simbolik kepada Nizar yang mereka ‘keldaikan’. Tujuan adalah menghina orang Islam, sama seperti Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh semasa meraikan kemenangan DAP semasa PUR ke-13 telah ‘memanggang 5 ekor babi’ simbolik kepada negeri-negeri yang di tawan oleh PR melalui startegi DAP.
Tujuan mogok lapar ini juga adalah untuk menagih simpati rakyat dengan menyebarkan dakyah yang kononnya demokrasi di Negara ini sudah mati. Selain itu, tujuan mogok lapar ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendesak Kerajaan BN di bawah Zambry membubarkan Dun. Sejak keputusan mahkamah diumumkan dan memihak kepada BN, media-media PR dengan tanpa segan malu dan tidak bertamadun menidakkan keputusan mahkamah. Mereka seperti manusia yang hilang kewarasan fikiran sanggup melacurkan bangsa dan maruah diri hanya semata-mata keputusan yang tidak menyebelahi mereka.
Sebab itulah, Nga Kor Ming tanpa menggunakan akal fikiran waras terus menerus bercakap soal apa yang berlaku di Perak sebagai rampasan kuasa. Hakikatnya beliau perlu faham bahawa dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP meninggalkan parti masing-masing dan menyokong BN dengan rela hati dan inilah bukti tiadanya rampasan kuasa.
Hakikatnya DAP lah sebenarnya tidak dapat menerima hakikat kerana kecewa apabila BN dapat merampas kembali Perak, dan DAP tidak sempat untuk melebarkan agenda ‘Malaysian Malaysia’ untuk merampas hak-hak orang Melayu di Perak. Nga Kor Ming harus sedar, rakyat Perak bukan mudah untuk diperbodohkan dan rakyat Perak serta rakyat seluruh Negara sedar bahawa apa yang berlaku di Perak bukannya rampasan kuasa. Sebaliknya ia hanyalah permainan politik DAP untuk menjayakan agenda ‘Malaysian Malaysia’ mereka setelah ‘mengkeldaikan’ Nizar serta Pas dan PKR.
Kalau penyokong DAP, PKR dan Pas tidak tahu, mungkin kita semua boleh maafkan mereka, kerana mereka kalau boleh mahu membutakan mata mereka untuk dicinakan melihat kebenaran, memekakkan telinga mereka untuk mendengar kebenaran dan mereka akan menolak segala-galanya, kecuali dari, Nga Kor Ming.
Kalaulah rakyat Perak masih tidak faham permainan politik DAP, selama itulah sentimen rakyat ini akan dimainkan. Mereka menamakan pakatan tidak terikat mereka sebagai PR sedangkan pakatan mereka itu adalah pakatan pembangkang yang tidak layak menerima atau menggunakan nama PR. Tidak ada rakyat yang mahu berpakat untuk memusnahkan keharmonian, menyalakan lilin dan menentang polis yang mahu mengekalkan keamanan. Jadi, pihak polis perlu bertegas dan menguatkuasakan undang-undang, agar DAP tidak bermaharajalela di Perak.
Mungkin juga pada 26 Mei nanti, Nga Kor Ming akan mengarahkan ‘keldainya’ supaya mengarahkan para penyokong Pas dan PKR berbaring atas jalan raya. Nescaya, oleh kerana si ‘keldai’ terlalu kempunan dengan kuasa, sudah pasti penyokong nya akan dikerah dan akan berlumba-lumbalah menawarkan diri berbaring atas jalan raya. Mungkin kerana perjuangan DAP adalah perjuangan ‘amal makruf nahi mungkar’ dan ‘perjuangan fisabililah’ seperti yang dilaungkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang dianggap sebagai ‘seruan mati syahid’ jika berlaku kematian.
Ingat! Tiada dalam ajaran Islam istilah mogok lapar. Tiada sesiapa pun Tok Guru yang boleh mengatakan Islam membenarkan umatnya ‘mogok lapar’. Islam ada mengajar kita berpuasa, bukannya mogok lapar, bila terasa haus dibolehkan minum air. Kembalilah kepada Allah dan ajarannya jika menghadapi masalah dan kebuntuan. Janganlah pula terikut kita terikut dengan rentak si lucai dengan labunya, tapi kali ini si luncai terlupa membawa akan labunya.

Thursday, 21 May 2009
ANWAR'S MALAY DILEMMA
Terjemahanpost dari blog Rockybru:
Seorang kawan mengirim satu emel kepada saya kelmarin bertanyakan samada saya telah membaca artikelmengenai Malaysia yang tersiar dalam majalah The New Yorker. Artikel bertajuk'The Malay Dilema,' itu dipinjam daripada buku kontroversial penulisan DrMahathir.
Saya rasa artikel tersebut lebih sesuai diberi tajuk 'Anwar's Malay Dilema.' Jika diberdasarkan sepenuhnya pada artikel tersebut untuk menganalisa politik Malaysia, kemungkinan besar seseorang itu akan bertanggapan Malaysia sebuah negara yang tidak lagi mempunyai harapan, kerana masa depannya terletak hanya di tangan seorang individu.
Artikel berikut petikan daripada emel kawan saya itu:
Rocky,sejak sekian lama saya merenungkan kenapa sebagai seorang anak muda Melayu,semangat saya begitu lemah sejak pulang pada 2005. Rakan-rakan saya yang bukan Melayu secara terbuka berkata ia kerana 'orang yang mempunyai warna kulit macam awaklah' Malaysia semakin jauh terjerumus ke longkang bersama arus air limbah. Setelah membaca artikel ini, saya mula memahami kenapa. Inilah realiti yang berjaya diwarnakan oleh Anwar berhubung orang Melayu dan Malaysia. Menerusi blog dan media Amerika, dia telah berjaya menggambarkan realiti ini ke dalam pemikiran rakyat Malaysia dan dunia luar. Artikel ini dihantar kepada saya oleh seorang kawan di Amerika Syarikat yang menggunakan nama samaran 'Nasi Lemak,' berserta komen berikut. Sebaiknya anda membaca komen-komen tersebut selepas membaca artikel itu. Saya percaya ia akan menarik perhatian anda.
Komen yang menyusul;
Anwar tidak akan berjaya menjadikan dirinya seperti Aung San Suu Kyi Malaysia. Apa taknya? Lebih 2/3 pertama kariernya sebagai ahli politik dia dianggap personaliti paling kuat dalam Junta.
"Begitu banyak post blog dan komen telah disiarkan mengenai Anifah dan "mulut besarnya," tetapi tiada seorang pun tergerak untuk mengaitkannya dengan kempen perhubungan awam(PR) dan strategi Anwar menggoda Amerika, yang telah pun dilancarkan sejak sekian lama. Cuba baca artikel dalam majalah The New Yorker itu. Setelah membacanya, apa yang saya bayangkan ialah Malaysia sebagai sebuah negara neo-teokrasi begitu mundur, di mana para panglima perang UMNO memerintah menggunakan cara fundamentalis Islam hingga keadaan menjadi begitu buruk sekali. Apa yang tersirat pula ialah kononnya Anwar seorang tokoh yang ikhlas; yang sentiasa patuh kepada agama dan menganggap dirinya "pesuruh tuhan" bagi menyelamatkan negara. Semua ini karut belaka! Ia tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Ahmad Chelabi apabila dia berusaha meracun pemikiran awam Amerika hingga mempengaruhi negara itu menceroboh Iraq - dia melalukan ini dengan cara menggambarkan Iraq sebagai sebuah negara musuh ketat Amerika. Dan pengaruhnya itu begitu berjaya. BN kini mengalami masalah rasuah dan apati. Ya,begitu banyak dasar Malaysia yang ketinggalan zaman dan tidak berkesan,terutama berhubung isu kaum. Ya, memang benar rakyat dah naik jemu semuanya ya! Tetapi amat keterlaluan tindakan menyamakan kita dengan parti Baath Iraq yang buta kepada segala yang berlaku di dunia, dan mengandaikan kita satu bangsa yang membuta bersikap anti semitik. Fikirkanlah balik. Anwar seorang penderhaka dan pembelot negara yang sebenarnya. Dia dengan rakus dan licik memburukkan Malaysia di seluruh dunia, tetapi hairan mengapa ramai yang menyokong tindakannya. Mereka berkongsi pendirian dan sikap yang sama - sikap menderhakadan membelot kepada negara!
Orang ramai akan mempercayai apa yang mereka ingin percaya, dan mendapatkan apa saja yang mereka inginkan;itulah kehidupan. Anwar menjadikan dirinya pemangkin kepada segala tanggapan serong rakyat Malaysia - menggunakan segala rungutan sebagai wadah perjuangan songsang untuk menjadi Big Boss di Malaysia. Mungkin juga mereka ini memerlukan seorang petualang seperti itu untuk memperjuangkan segala kekecewaan mereka. Tetapi, demi Tuhan, ketahuilah apa bentuk wadah yang anda gunakan. Mungkin anda tidak menyedari ianya sebuah mangkuk tandas.
Apa yang diperkatakan Anifah bukan sesuatu yang baru - sesiapa saja yang mempunyai sedikit-sebanyak minat tentang Malaysia akan pernah mendengar mengenai tuduhan berhubung Altantuya (kawan-kawan Amerika saya pun pernah membacanya di beberapa laman web berita antarabangsa,dan sebenarnya mereka tak ambil pusing pun mengenai apa yang berlaku di dunia sebelah sini.)
Dengan tersiarnya artikel majalah The New Yorker itu, masyarakat intelek Amerika kini akhirnya disedarkan mengenai Malaysia. Negara ini semakin menonjol di skrin radar mereka sebagai sesuatu yang kotor dan tidak kena. Apa yang dilakukan oleh Anifah, dalam konteks ini, pada pendapat saya tidak salah. Baik juga Setiausaha Negara Amerika Hilary Clinton tidak begitu berminat terhadap apa yang dilakukan Anwar(sementara mempertahankan pegangan Amerika kepada kedaulatan dan proses undang-undang semasa perbincangan yang menyusul.) Saya rasa beliau menyedari sesuatu yang tak kena ketika itu, terutama memandangkan segala kaitan Anwar dengan petualang neo-con pencetus perang seperti Paul Wolfowitz. Saya berani bertaruh, beliau tahu bagaimana Chelabi menggunakan Wolfowitz (dan juga sebaliknya),dan tidak akan mengambil risiko untuk mengusahakan satu lagi agenda bodoh. Dan tidak mengambil kira segala usaha pincangnya, Anwar tidak mungkin akan mampu menyamakan dirinya seperti Aung San Suu Kyii Malaysia. Mana boleh? Kan sepanjang 2/3 kariernya dia tokoh paling kuat dalam Junta?
Saya memang telah menjangkakan komen ini, seperti juga komen-komen lain yang mempunyai maksud sama akan diketepikan dan dipersendakan. Tetapi, buat masa ini, tindakan dan trend paling popular ialah menghentam dan memperlekehkan kerajaan. Semua kawan saya melakukannya.
Wednesday, 20 May 2009
Kempen Satu Sekolah Untuk Semua
Tunjang Utama Masyarakat Malaysia Bersatupadu, Seia, Sehati dan Sejiwa
Target:
Untuk Mengadakan Satu Sistem Persekolahan di Malaysia
Sponsored by:
Blog Demi Negara
Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.
Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.
Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia, tiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.
Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.
Kami menyeru agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.
Komuniti Demi Negara
Note:-
Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) is a grassroot movement to reset one of the key foundations of our nationhood and create the essence of a united and cohesive Malaysia. There is no other way to forge national integration, national unity and to instill a sense of shared destiny except to vigorously push for a streamlined, singular School System for ALL Malaysians.
Every single one of us, of all origin and ethnicity, must speak in one tongue and undergo the same educational journey as Warganegaras of this land. No single Anak Bangsa Malaysia should be allowed to fall into the communal trap laid by selfish, irrational chauvinists and denied the same opportunity as Mainstream Malaysiana. Support SSS for our nation's future. Do sign the petition. Get your family and friends to sign as well. Lets collectively make SSS a reality for the future of our Tanah Air Tercinta.

Monday, 18 May 2009
Umno-BN tidak ikut rentak tarian sewel Anwar Ibrahim
JIKA mengikut perancangan Anwar Ibrahim yang sudah dibocorkan beberapa blog, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang enam lagi pilihan raya kecil melibatkan Adunnya yang akan meletakkan jawatan.
Mereka ini menarik diri kerana pelbagai sebab yang diatur oleh Anwar termasuk dimalukan secara berterusan seperti Elizabeth Wong selain dituduh gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Adun dan didapati mengkhianati parti.
Menurut rahsia dibocorkan itu antara yang bakal terlibat adalah Adun Sri Muda, Bakar Arang dan Lunas. Terbaru pula laporan dari Rembau memetik Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan sebagai berkata BN mempunyai maklumat dua wakil rakyat PKR iaitu Adun Sikamat dan Adun Ampangan juga bakal meletakkan jawatan.
Mengenai Elizabeth Wong, kita tidak perlu sangsi lagi betapa rendahnya moral Adun ini berikutan kerana kes gambar separuh bogel dan penyiaran gambar-gambar lucah selanjutnya oleh blogawan terkemuka beberapa minggu lalu.
Walaupun PKR, Anwar dan pemimpin Pas Nik Aziz Nik Mat cuba melindunginya, namun hakikatnya adalah seorang lelaki Melayu dibenarkan Elli masuk ke rumahnya. Perbuatannya itu menimbulkan pelbagai prasangka dan persoalan mengenai akhlaknya.
Apakah pula dosa dan kesalahan Adun lain hingga mahu dikorbankan Anwar tidak diperjelaskan namun semuanya tetap bakal dipinggirkan PKR.`
Tindakan melulu Anwar itu tidak syak lagi ingin mencapai matlamat jahatanya : Seboleh-bolehnya mahu Umno-BN bertanding di semua Dun dianggap kubu PKR hingga calon kerajaan kalah. Ini sekaligus menaikkan imej pembangkang terutama Anwar sendiri sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Namun sebagaimana dinyatakan oleh pemimpin Umno-BN, ia tidak akan terjebak dengan permainan politik kotor pembangkang yang bertujuan menaikkan imej mereka dengan mengadakan pilihan raya kecil di kubu kuat pembangkang.
Kini terbukti keengganan BN meletakkan calon pada pilihan raya kecil N.12 Penanti membuat Anwar bukan saja kecewa malah juga terlalu marah hingga melemparkan pelbagai tuduhan dan andaian termasuk ia menandakan permulaan zaman kejatuhan BN.
PKR dalam ulasannya disiarkan Suara Keadilan online menuduh Umno-BN sebagai dayus dan pemimpinnya kehilangan maruah diri selain takut kalah terus dalam siri pilihan raya kecil diadakan sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu.
Anwar sendiri seperti mati akal apabila BN tidak bertanding di Penanti kelak. Kempen ceramah di lubuk Pas itu seolah-olah terhenti dan lemah longlai tanpa pertandingan dinanti-nantikan Anwar mungkin untuk terus menimbulkan senarai apa dianggapnya sebagai kelemahan kerajaan Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Kini harapan Anwar untuk terus mempersalahkan kerajaan dalam setiap langkah diambil dan mungkin memperjuangkan nasib kononnya kaum India dan Hindraf, tidak tercapai.
Anwar Ibrahim kini semakin buntu. Dia sebenarnya mahu rakyat terus memperkatakan dirinya lebih-lebih lagi kes liwatnya akan dibicarakan tidak lama lagi.
Pemimpin PKR itu sudah hilang sengatnya. Tanpa tentangan hebat pada pilihan raya kecil di lima hingga tujuh kawasan DUN baik di Negeri Sembilan, Selangor mahupun Kedah, apatah lagi di Penanti, Anwar tergamam dan mungkin akan masuk ‘dalam bungkusan tong sampah sejarah saja’.
Beliau kini harus sedar Umno-BN tidak akan sama sekali mengikut rentak tarian sewelnya.

Sunday, 17 May 2009
WARKAH TERBUKA UNTUK NIZAR BINTANG TIGA
MONDAY, MAY 11, 2009
WARKAH TERBUKA UNTUK NIZAR BINTANG TIGA
Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri kerana berjaya menjadi Menteri Besar semula dengan keputusan Mahkamah Tinggi.
Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.
YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam. Tetapi kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.
Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat. Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair. Tahniah Dato Seri.
Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP. YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.
YAB Dato Seri saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Seri lah wira.
Dato Seri tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.
Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agar kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar.
Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran. Amin
Salam Hormat
Rahimi Ariffin
Kg Seri Kinta
Ipoh Perak

BENARKAH UMNO MASIH BERBULAN MADU DI AWAN BIRU?
Sejak alami Tsunami politik melanda UMNO pada Mac 2008 dan kekalahan demi kekalahan dalam 4 Pilihanraya kecil nampaknya mengiakan bahawa UMNO sebenarnya masih di buai mimpi indah dan masih seronok berbulan madu di awan biru. Apa yang diutarakan sebelum ini telah di sahkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam kenyataan akhbarnya hari ini. (Berita Harian: 16 Mei 2009)
Beliau menjelaskan bahawa hampir 60,000 jentera penerangan UMNO disetiap Bahagian, Cawangan dan sayap parti tidak aktif dan gagal dalam melaksanakan hala tuju parti. Jadi selama ini kerja apakah yang dilaksanakan oleh Jentera Penerangan UMNO? Mungkin inilah antara punca dan sebab UMNO dilanda Tsunami. Kenapa perkara seperti ini boleh terjadi pada jentera penerangan UMNO? Adakah selama ini jentera penerangan UMNO tidak berkerja?
Selain itu juga, adakah jentera pemuda, wanita dan puteri UMNO bergerak menerangkan dasar parti pada rakyat seluruh Negara dan mendekati dan beramah mesra dengan rakyat jelata? Atau sekadar bergerak atas nama parti semata-mata untuk meraih pangkat dan kedudukan? Bukan semua jentera penerangan di seluruh Bahagian, Cawangan dan sayap parti tidak melaksanakan tugasan mereka. Begitu juga dengan jentera pemuda, wanita dan puteri UMNO ada yang berkerja dengan tekun untuk memastikan kejayaan UMNO. Namun, tidak dinafikan adanya sesetengah ‘golongan’ yang hanya akan bergerak jika poketnya diisi penuh dan di tawarkan dengan projek-projek.
Dari kenyataan Ahmad Maslan terbukti bahawa jentera penerangan UMNO boleh dikatakan tidak berfungsi dan paling mendukacitakan ialah apabila jentera penerangan UMNO tidak pasti dengan tugas dan peranan mereka terhadap rakyat. Cukup jelas, Tsunami yang melanda adalah kerana kelemahan UMNO sendiri dan akibatnya rakyat beralih kiblatnya pada pembangkang.
Kenapa sampai begini sekali terjadi dalam UMNO? Walaupun sudah mendekati tahun kedua selepas Tsunami politik Mac 2008 nampaknya UMNO masih lena dan dibuai mimpi di awan biru. Atau inilah sebenarnya sikap UMNO selama ini? kerana mereka beranggapan jentera Kerajaan akan melaksanakan tugasan penerangan dan sebagainya untuk UMNO. Jadi tepatlah apa yang diteka selama ini, dengan penjelasan dan pendedahan Ahmad Maslan bahawa jentera penerangan UMNO hanya akan bergerak secara bermusim iaitu masa pilihanraya sahaja dan waktu lainnya akan diambil alih oleh agensi Kerajaan lain seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Berita Harian:16 Mei 2009)
Hakikatnya jentera UMNO dilihat ‘acuh tak acuh’ serta tidak mengambil ikhtibar dan pengajaran dari apa yang dilaksanakan oleh pembangkang. Jentera penerangan pembangkang setiap hari memainkan peranan mereka menjelaskan isu-isu semasa. Tapi dalam UMNO sebaliknya, jentera penerangan UMNO lena diulik mimpi indah dan segala penerangan dan penjelasan mengenai isu-isu berbangkit diserah bulat-bulat kepada jentera agensi Kerajaan. Tapi bila tiba musim pilihanraya kecil atau umum mereka akan ambil peranan kerana ‘durian runtuh’ akan turun pada saat tersebut.
Kenyataan Najib, ketika baru mengambil alih pentadbiran Kerajaan kepada Kabinetnya supaya bangun dan bukannya masih dalam bulan madu di awan biru sepatutnya direnungi juga oleh semua ahli UMNO. Disebalik seruannya kepada para Menteri Kabinetnya, Najib sebenarnya menyeru semua ahli UMNO supaya tidak lagi berada di awan biru sebaliknya hendaklah berkerja keras dan memenangi hati rakyat dan bukannya ‘berlagak’ pada mata rakyat.
Sepatuntya dalam gelanggang politik ahli UMNO perlu sedar bahawa kuasa hanyalah sementara tetapi rakyat adalah buat selama-lamanya. Tapi adakah apa yang Najib buat dengan turun padang diambil pendekatan oleh ahli UMNO lain? Jika ia difahami oleh UMNO nescaya rakyat akan kembali pada UMNO, tapi jika UMNO masih di buai mimpi indah di awan biru maka semakin jauhlah UMNO ditinggalkan rakyat.

Tuesday, 12 May 2009
GERAKKAN KOMUNIS UNTUK MEMPENGARUHI PENDUDUK TANAH MELAYU
Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan satu keputusan yang diterima dengan hati terbuka dan fikiran waras oleh BN dan semua penyokong serta ahlinya. Walaupun dengan hati yang berat, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hendaklah diterima, setelah Kerajaan BN di bawah Zambry berusaha kembali untuk memperbaiki kehidupan rakyat setelah diabaikan semasa di bawah pentadbiran Kerajaan PR.
Walaupun apapun Kerajaan BN di bawah Zambry sudah pasti tidak akan berdiam diri dan pasti akan berusaha kerana Mahkamah Persekutuan masih boleh mendengar dan meneruskan perbicaraan kes Menteri Besar Perak yang sah. Namun, sepanjang hampir 100 hari di bawah pentadbiran Zambry, pelbagai usaha telah dibangunkan oleh BN dalam menanggani kesusuhan dan keresahan sepanjang di bawah pentadbiran PR.
Namun, jika mengambil kira keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ini bermakna rakyat Perak akan kembali berada dan hidup dalam kesusahan disebalik kemewahan kehidupan para Exconya. Rakyat hidup dalam kesusahan, namu para Exconya menikmati kehidupan kemewahan yang melimpah ruah seperti bergaya dengan Toyota Camry untuk ke pejabat.
Jika benarlah juga ini keputusan buat Kerajaan BN di Perak dan juga Kesultanan Perak, maka Perak akan kembali berada seperti di bawah pengaruh ‘komunis’. Ada sumber menyatakan bahawa DAP sememangnya bercita-cita untuk mentadbir dan memerintah negara. Walaupun terpaksa menunggu lama, hingga berpuluh-puluh tahun lamanya, namun kesabaran itu ada hasilnya.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Nizar dan PR memberi sinar harapan baru buat DAP untuk meneruskan agenda mereka memperluaskan pengaruh dan agenda politik mereka. Dalam melebarkan pengaruh dan sokongan politiknya, DAP akan cari mereka yang boleh ‘diperbodohkan’. Melihat kelemahan Pas yang memang terkial-kial dan terlalu inginkan kuasa, DAP menggunakan sepenuhnya kelemahan tersebut untuk ‘mengkeldaikan’ Pas.
Pas mudah disogok dengan pangkat dan kedudukan, mereka tidak kisah jika dijadikan ‘keldai tunggangan’ asalkan mendapat pangkat dan kedudukan. Sebagai ‘keldai tunggangan’ mereka hanya menurut saja apa yang diarahkan oleh ‘tuannya’. Sang ‘tuan’ pula bijak menggunakan keadaaan dengan melontarkan perjuangan amal makruh nahi mungkar dan berjuang kearah fisabillillah.
Untuk menyakinkan Pas mudah ‘dikeldaikan’ pemimpin DAP mula menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk tarik perhatian. Dipertahankan oleh para pemimpin Pas, kononnya tidak salah jika pemimpin bukan Islam terutama pemimpin DAP membaca ayat suci Al-Quran. Apabila ada yang menentang, mereka mereka mendakwa ‘orang’ tersebut tidak faham pasal Islam, mereka lebih fasih dan faham pasal Islam. Sebab mereka lebih faham dan fasih lah dahulu mereka haramkan UMNO kerana berkawan dengan MCA dan MIC dan sebaliknya hari ini mereka adalah kawan rapat kepada DAP.
Pas mungkin tahu dan sedar kenapa dan apa tujuan pemimpin DAP menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan pendekatan Islam dalam kempen politik mereka. Namun, atas sebab pangkat dan kedudukan, semua itu tidak diambil pusing lagi oleh Pas. Sedangkan jika kita belajar sejarah dan menghayati sejarah, penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah dipratikkan oleh Parti Komunis untuk menyebarkan pengaruh mereka.
Jadi tidak mustahil apa yang DAP buat adalah berdasarkan apa yang telah dibuat oleh Parti Komunis sebelum ini. RTM dalam berita ringkasnya pada tahun 1983 adalah bukti kukuh bagaimana Parti Komunis menggunakan ayat suci Al-Quran untuk mempengaruhi perjuangan mereka (capaian berita ringkas RTM boleh didapati di(http://www.youtube.com/watch?v=Do5d7dBMtH8).
Kalau dilihat berdasarkan sejarah negara pun, para pemimpin Pas pernah berjuang dan menyokong perjuangan Parti Komunis semasa Tanah Melayu bergelut memperjuangkan Kemerdekaan negara. Kita tidak boleh menolak dan menafikan fakta dalam Sejarah.

Monday, 11 May 2009
TALAM DUA MUKA KETUA PENGARANG THE STAR.
Oleh MUNSYHI ABDULLAH.
Apabila BN mengambil alih kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat, maka itu adalah merupakan keputusan bersama antara parti parti komponen dan setiap parti itu dengan jentera masing masing mestilah komited untuk mempertahankannya.
Pandangan Tun Dr.Mahatir bahawa tindakan pengambilanalih itu dibuat secada terburu buru adalah merupakan pandangnya yang melupakan hakikat bahawa beliau sendiri telah terburu buru dalam kemarahannya kepada Abdullah Badawi sehingga meminta orang ramai mengurangkan kerusi BN dalam Parlimen yang kerana mendengar cakapnya itu mengakibatkan BN kehilangan beberapa kerajaan negeri dan juga ketidakstabilan kedudukan BN di Parlimen.
Maka itu belum tentu pandangan Mahathir seharusnya diterima sebagai pandangan Barisan Nasional. Yang penting ialah keputusan telah pun dilaksanakan dan tidak wajar bagi mana mana jentera BN atau orang kuat BN untuk menunjukan sikap berbelah bagi menerima kerajaan yang ditegakan menerusi ruang exploitasi demokrasi.
Maka itu kita sungguh heran bagaimanakah Akhbar The Star sebuah akhbar Inggeris yang paling berpengaruh di negara ini dan merupakan jentera MCA yang paling berkesan telah mengambil pendirian talam dua muka terhadap kerajaan Perak yang didukong oleh BN.
Sementera dalam media cetaknya The Star tidak menujukan tentangan yang jelas terhadap kerajaan BN Perak, tetapi dalam blog Ketua Pengarangnya Datuk Seri Wong Chun Wai telah menolak kerajaan ini dan seiring dengan DAP dan Pakatan Rakyat menyuarakan supaya kerajan Perak diserahkan kepada rakyat menentukannya dengan mengadakan pilihanraya semula di negeri itu.
Setelah dipanggil Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat,Wong Chun Wai tidak lagi menunjukan laporan Star yang terlalu bebas kepada pembangkang, Anwar Ibrahim dan DAP yang tetapi beliau terus menunjukan pendiriannya kepada mereka dalam blognya “aku sebenarnya orang bebas”
Ketua Pengarang akhbar akhbar yang didukong oleh Parti tidak boleh bebas, mereka boleh memberikan pendapat yang bertentangan didalam sesuau isu tetapi apabila parti telah membuat pendirian maka pendirian itu mestilah dimajukan atau dipromokan untuk penerimaan ramai.
Lain halnya dengan Wong Chun Wai oleh kerana hendak menunjukan pendiriannya yang bebas maka dalam blognya disamping mengutuk tindakan kacau bilau dalam Dewan Undangan Perak kerana perebutan mikrofon sebagai yang terjadi di Taiwan, beliau menyalahkan pembuat dasar di Perak yang menyebabkan peristiwa itu lebih hebat dari di Taiwan sehingga melibatkan semburan cecair pemedih mata. Kenaapa hanya pembuat dasar di salahkan?
Katanya lagi dalam blognya “ Saya tidak ingat ingat sama ada polis pernah dipanggil ke dalam DUN sebelum ini tetapi inilah yang terjadi”
Justeru itu, katanya, adalah lebih baik sekiranya kedudukan kerajaan Perak diserahkan kepada rakyat dengan mengadakan pilihanraya semula di negeri ini.Apakah ini yang di kehendaki oleh BN atau ini yang dikehendaki oleh MCA?
Inilah sikap bermuka muka atau talam dua muka Wong Chun Wai. Tulisannmya itu adalah untuk menunjukan kepada gulongan pembangkang bahawa beliu adalah tidak bersetuju dengan pendirian Star yang tidak lagi friendly kepada pembangkag .. Pendirian Wong adalah jelas sejalan dengan pendirian pembangkang yang mahukan supaya kerajaan negeri Perak di buburkan.
Apakah MCAatau Barisan Nasonal masih mampu untuk mempunyai orang yang mengendalikan jentera penting parti yang tidak komited dan dedikasi kepada dasar parti ?. Orang bagini tidak boleh diharapkan untuk membantu parti dalam krisis malah ketika itu dia akan turut menikam dari belakang.
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib dan juga Presiden MCA Ong Tee Keat tidak seharusnya menjadi seperti Pak Lah atau Ong Kah Teng yang mudah percaya kepada orang yang bertalam dua muka. Mereka telah membayar harga yang sangat mahal bagi dosa mereka kepada parti dan rakyat.
Ini adalah masa untuk membersihkan musuh dalam selimut.

Friday, 8 May 2009
POLITIK NEGARA SEMAKIN KEARAH ‘KEBIADABAN’
Sidang Dun Perak hari ini membuka satu lagi lebaran baru dalam politik tanah air. Tahap dan sikap pemimpin politik tanah air pada hari ini meletakkan maruah mereka serendah-rendahnya dan apa yang berlaku hari ini adalah berpunca dari kerakusan dan ‘kebangsatan’ sesetengah pihak yang sengaja ingin melihat Negara dalam keadaan huru-hara.
Sebelum Negara mencapai Kemerdekaan, seluruh rakyat memperjuangkan maruah bangsa dan Negara dari hasutan Parti Komunis Malaya (PKM) yang bercita-cita untuk menguasai Tanah Melayu. PKM menggunakan pelbagai dakyah dan taktik kotor dan ‘bangsat’ untuk merampas bumi Malaysia. Namun semua itu dapat diperangi oleh rakyat Malaysia apabila dapat menghalau pengaruh PKM jauh ke hutan belantara dan terpaksa menyorok disempadan Thailand.
Setelah maruah bangsa dipertahankan, timbul pula tentangan dari Indonesia untuk menawan Malaysia. Dengan di pengaruhi oleh Parti Komunis, Indonesia melancarkan ‘konfrantasi’ ke atas Malaysia setelah beberapa cubaan untuk merampas dan melumpuhkan Kerajaan Malaysia tidak berjaya. Ketika itu, semangat juang dan maruah rakyat begitu tinggi. Kesepakatan dan perpaduan begitu kuat sehinggakan tentera-tentera Indonesia yang mendarat di Tanah Melayu berjaya di tangkap. Walaupun terdapat bangsa sendiri ketika itu yang ‘bangsat’ melacurkan maruah bangsa dan Negara kepada Parti Komunis, tetapi maruah dan semangat juang bangsa Malaysia ketika itu sungguh tinggi.
‘Konfrantasi’ Indonesia ke atas Malaysia dapat dipatahkan dan ‘bangsat’ tanah air yang mendukung perjuangan Parti Komunis ditelanjangkan dengan maruah yang tidak ternilai pejuang bangsa Malaysia. Dugaan dan cabaran perjuangan Negara tidak berakhir disitu, Singapura yang pada ketikanya berada dalam peta Malaysia bertindak keluar kerana niat tersembunyi untuk melenyapkan bangsa Melayu. Modal perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ dijadikan senjata untuk mempengaruhi golongan bukan Melayu dan juga yang berhaluan kiri yang masih berjuang dibawah pengaruh Parti Komunis. Namun akhirnya, niat dan strategi Singapura pada masa itu tidak dapat mempengaruhi apa yang mereka hajati, mereka hampa.
Kesabaran itu ada hikmahnya, walaupun terpaksa mengambil masa yang lama, akhirnya perjuangan parti PAP di bawah Lee Kuan Yew ketika itu memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ telah menampakkan hasilnya. Wadah perjuangan PAP disambung oleh DAP dan akhirnya mendapat sokongan dari parti PKR dan Pas. Jika sebelum ini Pas lah yang lantang dan mengharamkan UMNO kerana berkawan dengan MIC dan MCA, tapi apa yang berlaku hari ini sebaliknya.
Jika sebelum ini Pas lah yang menentang kemasukan dan pemberian taraf kerakyatan oleh Kerajaan BN kepada orang-orang Cina dan India yang di bawa masuk oleh British, tapi hari ini mereka pula menuduh BN parti perkauman. Jika sebelum ini Pas memperjuangkan untuk menghapuskan arak, judi dan segala jenis kemaksiatan, kini mereka mendapat gaji bulanan dari punca pendapatan sedemikian dan lebih memalukan mereka mendokong dan menyokong maksiat sebelum kahwin.
Sejarah tidak boleh diubah dan apa yang diperjuangkan oleh Pas sebelum ini jelas bertentangan dan mereka kini menjilat apa yang mereka ludah selama ini. apa yang penting bagi mereka adalah kuasa, pangkat dan kedudukan, hakikatnya mereka tidak sedar mereka ‘dikeldaikan’ untuk impian dan cita-cita DAP.
Jika kita lihat, apa yang berlaku hari ini di Perak adalah bukti bagaimana, tangan maut DAP semakin menggengam kuat untuk mengoyang bumi Malaysia. DAP tidak akan duduk dihadapan untuk memperlihatkan mereka berkuasa, sebaliknya mereka menolak ‘keldai’ yang boleh dimereka ‘perbodohkan’ kehadapan. Mereka tidak akan berganjak dengan apa yang mereka lakukan, mereka tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan, mereka tidak akan mengalah dengan sebarang peraturan. Kerana mereka tahu, ada ‘keldai’ yang mereka boleh ‘perbodohkan’ dan mereka hanya menunggu peluang setelah berjaya laga-lagakan.
DAP telah belajar bagaimana nasib yang diterima oleh PAP dan mereka juga sedar tanpa sokongan dari kaum Melayu dan India susah untuk mereka mencapai cita-cita untuk menjadi pentadbir Negara. DAP akan bertopengkan ‘amal makruh nahi mungkar’ untuk mengkeldaikan golongan tertentu. Mereka ‘bermuka-muka’ semata untuk menarik sokongan sebelum merentap segalanya.
Buktinya cukup buat kita, di Selangor sebelum ini pun mereka telah mengarahkan supaya wang Zakat Selangor di agihkan kepada rumah ibadat agama lain. Surau dan masjid juga didakwa tidak boleh melaungkan azan kerana menganggu ketenteraman penduduk di taman-taman. Sudah dinyatakan dari awal, DAP masih memperjuangkan hasrat PAP dan buktinya bangsa Melayu di Singapura hilang maruah dan menagih di Negara sendiri. Masjid sudah dilarang untuk melaungkan azan seperti yang masih kedengaran dengan merdu di dalam Negara kita. Tidak mustahil, jika suasana politik pada hari ini tidak berubah, ia akan menjadi semakin parah.

Subscribe to:
Posts (Atom)