Sunday 24 May 2009

SI LUNCAI TERLUPA BAWA LABUNYA

Oleh kerana keputusan mahkamah tidak memihak kepada PR, DAP lantas mengajak semua penyokong mereka mengadakan mogok lapar selama 3 hari yang akan bermula pada 26 Mei nanti sebagai tanda membantah keputusan mahkamah. Sebenarnya budaya mogok lapar ini ditiru oleh DAP dari amalam rakayat Thailand, India dan dengan kata lain ia dilakukan oleh rakyat atau Negara bukan Islam.

Oleh kerana terdesak, manakala hidung sudah diikat macam lembu, Nizar yang telah ‘dikeldaikan’ oleh DAP dikatakan akan merasmikan mogok lapar tersebut bersama-sama V. Sivakumar. DAP menggunakan Nizar kerana si ‘keldai’ ini sememangnya tidak ada kuasa tapi hanya untuk meraih sokongan orang Melayu, manakala V. Sivakumar adalah ‘hero Tamil’ yang baru menerima oskar pelakon terbaik dalam drama panjang Persidangan DUN Perak, 7 Mei lalu.

Bukankah Nizar tahu, bahawa dalam Islam, kita diajar berpuasa dan doa orang yang berpuasa, insyaAllah akan dimakbulkan Allah. Tetapi mogok lapar yang dianjurkan oleh DAP amat berbeza, dari sumber terdekat, mogok lapar anjuran DAP ini membolehkan mereka minum air apabila terasa haus dan amat menyedihkan lah apabila Nizar dan juga beberapa pemimpin Pas dan PKR yang beragama Islam akan turut sama menyertai mogok lapar anjuran DAP ini. Seperti yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik Nizar dan penyokong Pas serta PKR puasa sunat dari menyertai mogok ‘minum air bila haus’ ini. Kalau benar-benar nak mogok lapar, buat apa minum dan tak perlu makan, barulah di namakan mogok lapar.

Hakikatnya mogok lapar ini dianjurkan oleh DAP hanyalah kerana keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Sebaliknya jika keputusan menyebelahi mereka seperti keputusan sebelum ini, mungkin mereka akan mengadakan parti sembelih ‘babi’ simbolik kepada Nizar yang mereka ‘keldaikan’. Tujuan adalah menghina orang Islam, sama seperti Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh semasa meraikan kemenangan DAP semasa PUR ke-13 telah ‘memanggang 5 ekor babi’ simbolik kepada negeri-negeri yang di tawan oleh PR melalui startegi DAP.

Tujuan mogok lapar ini juga adalah untuk menagih simpati rakyat dengan menyebarkan dakyah yang kononnya demokrasi di Negara ini sudah mati. Selain itu, tujuan mogok lapar ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendesak Kerajaan BN di bawah Zambry membubarkan Dun. Sejak keputusan mahkamah diumumkan dan memihak kepada BN, media-media PR dengan tanpa segan malu dan tidak bertamadun menidakkan keputusan mahkamah. Mereka seperti manusia yang hilang kewarasan fikiran sanggup melacurkan bangsa dan maruah diri hanya semata-mata keputusan yang tidak menyebelahi mereka.

Sebab itulah, Nga Kor Ming tanpa menggunakan akal fikiran waras terus menerus bercakap soal apa yang berlaku di Perak sebagai rampasan kuasa. Hakikatnya beliau perlu faham bahawa dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP meninggalkan parti masing-masing dan menyokong BN dengan rela hati dan inilah bukti tiadanya rampasan kuasa.

Hakikatnya DAP lah sebenarnya tidak dapat menerima hakikat kerana kecewa apabila BN dapat merampas kembali Perak, dan DAP tidak sempat untuk melebarkan agenda ‘Malaysian Malaysia’ untuk merampas hak-hak orang Melayu di Perak. Nga Kor Ming harus sedar, rakyat Perak bukan mudah untuk diperbodohkan dan rakyat Perak serta rakyat seluruh Negara sedar bahawa apa yang berlaku di Perak bukannya rampasan kuasa. Sebaliknya ia hanyalah permainan politik DAP untuk menjayakan agenda ‘Malaysian Malaysia’ mereka setelah ‘mengkeldaikan’ Nizar serta Pas dan PKR.

Kalau penyokong DAP, PKR dan Pas tidak tahu, mungkin kita semua boleh maafkan mereka, kerana mereka kalau boleh mahu membutakan mata mereka untuk dicinakan melihat kebenaran, memekakkan telinga mereka untuk mendengar kebenaran dan mereka akan menolak segala-galanya, kecuali dari, Nga Kor Ming.

Kalaulah rakyat Perak masih tidak faham permainan politik DAP, selama itulah sentimen rakyat ini akan dimainkan. Mereka menamakan pakatan tidak terikat mereka sebagai PR sedangkan pakatan mereka itu adalah pakatan pembangkang yang tidak layak menerima atau menggunakan nama PR. Tidak ada rakyat yang mahu berpakat untuk memusnahkan keharmonian, menyalakan lilin dan menentang polis yang mahu mengekalkan keamanan. Jadi, pihak polis perlu bertegas dan menguatkuasakan undang-undang, agar DAP tidak bermaharajalela di Perak.

Mungkin juga pada 26 Mei nanti, Nga Kor Ming akan mengarahkan ‘keldainya’ supaya mengarahkan para penyokong Pas dan PKR berbaring atas jalan raya. Nescaya, oleh kerana si ‘keldai’ terlalu kempunan dengan kuasa, sudah pasti penyokong nya akan dikerah dan akan berlumba-lumbalah menawarkan diri berbaring atas jalan raya. Mungkin kerana perjuangan DAP adalah perjuangan ‘amal makruf nahi mungkar’ dan ‘perjuangan fisabililah’ seperti yang dilaungkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang dianggap sebagai ‘seruan mati syahid’ jika berlaku kematian.

Ingat! Tiada dalam ajaran Islam istilah mogok lapar. Tiada sesiapa pun Tok Guru yang boleh mengatakan Islam membenarkan umatnya ‘mogok lapar’. Islam ada mengajar kita berpuasa, bukannya mogok lapar, bila terasa haus dibolehkan minum air. Kembalilah kepada Allah dan ajarannya jika menghadapi masalah dan kebuntuan. Janganlah pula terikut kita terikut dengan rentak si lucai dengan labunya, tapi kali ini si luncai terlupa membawa akan labunya.


Akok@Baulu

1 comment:

Anonymous said...

Nizar memang bukan PAS genuine..dia ni celup jer! Orang PAS tak buat kerja serah kereta rasmi pada security guard hari minggu. Mengapa tak boleh serah pada hari Jumaat selepas keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan? Buat lah macam Zambry kosongkan opis bila keputusan Mahkamah Tinggi hari tu! Tak sempat nak godek habis yea..atau petrol banyak lagi..ke smart tag belum transfer habis lagi..entah lah, memalukan kaum PAS saja kaldai nie.

Mengapa tak serah hari ni (Isnin)? Malu nak jumpa SUK yea? Hah tu lah bodoh..buat keputusan tak reti harapkan apek 2 ekor tu jer..namahai! Tau malu..

Takyah posa la..p Mekah buat umrah lagi bagus..minta ampun dan berserah pada Allah. Pi doa depan Ka'abah minta Tuhan buktikan kebenaran...gua cabar lu Nizar! Ajak bro de facto sekali pi umrah...berani ka depa...?