Saturday, 12 December 2009

KEBENARAN DISEBALIK RENTETAN ‘BALA’ YANG MENIMPA NIK AZIZ


Pendedahan amalan neopotisme dan penyelewengan dalam pentadbiran Nik Aziz oleh blogger Kickdefella atau Syed Azidi sememangnya membuka mata rakyat bahawa Pas sememangnya parti yang bukan berjuang untuk pembangunan dan membantu rakyat pada erti kata sebenar.

Setelah pendedahan dan pergaduhan antara Kickdefella dengan menantu Nik Azizi mendapat perhatian media dan juga tumpuan para pemimpin politik, pergolakan dan pendedahan demi pendedahan oleh blogger Kickdefella ada menunjukkan kebenaran cakap-cakap politik rakyat Kelantan bahawa Kickdefella adalah ‘tukang karut’ bagi Husam Musa dan Anwar Ibrahim dalam menghalalkan suasana situasi politik Pas Kelantan.

Untuk menjatuhkan Nik Aziz secara direct amatlah susah kerana Husam dan Anwar sedar akan sokongan dan pengaruh Nik Aziz oleh rakyat Kelantan. Strategi sudah lama dirancang kerana Anwar dari awal sudah sedar bahawa Husam adalah prospek paling ‘berguna’ kepadanya kerana Husam adalah orang kepercayaan Nik Aziz sejak berjaya menawan Kelantan pada 1990 hinggalah pada 1998 ketika berlakunya gerakan reformasi apabila Husam merupakan orang ‘kanan’ ketika Anwar mengadakan road show di Kelantan.

Anwar percaya, sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas tidak sama seperti rakyat negeri-negeri lain. Sebab itulah kalau kita perhatikan, bukan saja Anwar tetapi Azmin Ali melantik orang Kelantan sebagai pegawai kanannya dan juga penasihat politiknya. Tujuannya adalah untuk memudahkan beliau mendapat input atau maklumat dari pemimpin-pemimpin Pas Kelantan dan seterusnya mendapatkan sokongan penyokong Pas atas perjuangannya. Dengan menguasai Husam juga bermakna langkah senang bagi Anwar untuk mendapatkan sokongan padu rakyat Kelantan kerana kedudukan Husam dalam politik Pas Kelantan.

Diamati tulisan-tulisan Kickdefella semasa era pentadbiran Pak Lah, beliau lantang mengkritik BN. Dengan kelebihan yang ada pada Kickdefella, Husam dipancing oleh Anwar dan menjerat Nik Aziz dalam permainan politiknya seperti apa yang telah Anwar rancangkan semasa beliau dalam UMNO telah beliau lakukan kepada Nik Aziz. Bagi Anwar, beliau akan mencantas siapa yang ‘lebih’ darinya kerana hasrat paling besar Anwar ialah merampas penguasaan Pas di Kelantan agar Kelantan berada di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat seperti di Selangor.

Dengan kata lain, strategi Anwar adalah untuk menjadikan PKR sebagai parti dominan kepada rakan-rakan dalam pakatan maka senanglah beliau memperoleh cita-cita yang diimpikan selama ini jika beliau berjaya merehatkan Nik Aziz dan dengan meletakkan Husam menjadi orang nombor satu di Kelantan.

Sehingga kini Kickdefella masih menyerang dan ‘membelasah’ menantu Nik Aziz dengan siri pendedahan demi pendedahan untuk menjatuhkan Nik Aziz pada hakikatnya. Sebaliknya beliau sentiasa mempertahan dan menyatakan bahawa insan terpilih yang beliau taat ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Husam.



Akok@Baulu

1 comment:

SSS Admin said...

Kepada e-Patriot SSS,

Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.

Salam Sejahtera,

“SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
Admin SSS