HELLO ALL !
JUST TO BREAK THE MONOTONOUS POSTINGS, DO CHERISH THESE CLEVER QUOTES SOME OF WHICH MAYBE FAMILIAR....
Sometimes, when I look at my children, I say to myself, 'Lillian, you should have remained a virgin.' Lillian Carter (mother of Jimmy Carter)
I had a rose named after me and I was very flattered. But I was not pleased to read the description in the catalog: - 'No good in a bed, but fine against a wall.' - Eleanor Roosevelt
Last week, I stated this woman was the ugliest woman I had ever seen. I have since been visited by her sister, and now wish to withdraw that statement. - Mark Twain
The secret of a good sermon is to have a good beginning and a good ending; and to have the two as close together as possible. - George Burns
Melayu mudah lupa!
- Dr.Mahathir
Be careful about reading health books. You may die of a misprint. - Mark Twain
By all means, marry. If you get a good wife, you'll become happy; if you get a bad one, you'll become a philosopher. –Socrates
I was married by a judge. I should have asked for a jury. - Groucho Marx
My wife has a slight impediment in her speech. Every now and then she stops to breathe. - Jimmy Durante
I have never hated a man enough to give his diamonds back. - Zsa Zsa Gabor
Only Irish coffee provides in a single glass all four essential food groups: alcohol, caffeine, sugar and fat. - Alex Levine
My luck is so bad that if I bought a cemetery, people would stop dying. - Rodney Dangerfield
Money can't buy you happiness. But it does bring you a more pleasant form of misery. - Spike Milligan
Until I was thirteen, I thought my name was SHUT UP. - Joe Namath
I don't feel old. I don't feel anything until noon. Then it's time for my nap. - Bob Hope
I never drink water because of the disgusting things that fish do in it.
- W. C. Fields
We could certainly slow the aging process down if it had to work its way through Congress. - Will Rogers
Don't worry about avoiding temptation. As you grow older, it will avoid you. - Winston Churchill
Maybe it's true that life begins at fifty. But everything else starts to wear out, fall out, or spread out. - Phyllis Diller
Celako! Celako! Celako
-Nik Aziz
Sunday, 31 January 2010
Friday, 29 January 2010
POLIS TRAFIK HANYA HANGAT HANGAT TAHI AYAM.
Oleh Munsyi Abdullah
Kita amat menghormati usaha polis untuk mengajar pejalan kaki supaya mematuhi peraturan lalulintas jalan raya tetapi oleh kerana usaha ini tidak berlaku secara konsisten atau sekejap ada sekejap tiada, maka orang ramai terperangkap dalam keadaan yang boleh menimbulkan kemarahan terhadap pihak polis apabila dikuatkuasakan dengan tiba tiba.
Contohnya ialah tindakan polis menahan dan menyaman orang ramai yang melintas jalan raya tanpa menggunakan jejambat menyambungkan Sungai Wang dan Lot 10 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sekalipun telah ada jejambat tetapi telah bertahun tahun orang ramai dibiarkan bermaharajalela melintas jalan di bawah.
Ramai orang terkejut bila melintas tiba tiba didatangi oleh anggota anggota polis trafik dengan wajah yang bengis terus meminta Kad Pengenalan dari mereka . Harus diingatkan kawasan ini adalah tumpuan pelancong. Bila orang ramai bertanya, mereka tidak di beritahu sebab dan polis terus meminta kad pengenalan.
Orang ramai sewajarnya menghormati usaha polis untuk mendisplinkan penjalan kaki tetapi di samping itu pihak polis trafik membiarkan teksi dan kereta kereta menunggu di jalan raya didepan hotel hotel lima bintang dan juga di hadapan pusat membeli belah Pavillion di Bukit Bintang terutama di sebelah petang yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Hal Ini telah menyebabkan pandangan serong orang ramai atau menimbulkan berbagai prasangka awam terhadap polis malah jika diperhatikan kelakuan pemandu pemandu teksi disini seolah olah mereka berkuasa ke atas polis.
Maka itu amat jelas nampak kepada orang ramai sikap “double standard” pihak polis dalam menjalankan tindakan untuk menguatkuasakan peraturan lalu lintas. Memang sudah sampai masanya untuk polis bertegas tetapi harus di ingatkan ramai orang yang lebih faham dengan budaya polis yang banyak bertolak ansur terutama dalam peraturan jalanraya.
.
Maka itu, tindakan yang mengenai orang ramai khususnya pejalan kaki supaya melintas di tempat yang disediakan hendaklah di jalankan dengan mengingatkan mereka lebih dahulu kerana mereka tidak ingat bilakah masanya polis biasa bertegas. Saya tidak fikir media terutama TV 3, RTM dan akhbar akhbar tidak boleh membantu menghebahkan usaha polis ini sebelum menjalankan penguasaan untuk sekali dan selama lamanya.
Pihak polis tidak lagi boleh bertolak ansur terhadap kenderaan awam, terutamanya pemandu pemandu teksi yang telah dikenali sebagai samseng di bandar Kuala Lumpur. Sikap Polis dan JPJ dalam hal ini adalah memalukan jika dibandingkan dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Singapura dalam mendisiplinkan pemandu teksi dan orang ramai awam.
.
Sikap hangat hangat tahi ayam ini Polis amat jelas di Jalan Chow Kit di mana polis membiarkan orang ramai melintas jalan raya disana sini setelah usaha untuk membetulkan displin mereka gagal. Kegagalan ini adalah oleh kerana Polis, Bandaraya dan JPJ tidak menampakan kesungguhan dalam tugas mereka dan orangramai telah pun melihat ini sebagai keperibadian Polis Diraja Malaysia..
Lebih buruk lagi kawasan ini di penuhi oleh pendatang pendatang asing dan tidaklah mengherankan jika polis kita tidak dihormati oleh mereka..
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah berkerjasama dengan pihak polis apabila hendak melaksanakan sesuatu peraturan atau untuk menjalankan kempen supaya pejalan kaki menghormati aturan lalu lintas.
Melaksanakan tindakan yang drastik tanpa menjalankan kempen lebih dahulu terhadap awam tentunya akan memberikan kesan buruk tidak sahaja kepada polis tetapi juga kepada kerajaan yang sedang menghadapi usaha bertubi tubi dari pihak pembangkang untuk memburukan imej polis. Polis tidak seharusnya dilihat tanpa sedar turut membantu usaha ini.

Thursday, 28 January 2010
Zahrain: Lim is a dictator
Media: The Star
Byline: SIRA HABIBU
Date: 28 January 2010
PENANG: Dissension within Pakatan Rakyat has spread and the simmering feud between DAP and PKR leaders broke into the open when Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim verbally attacked Chief Minister Lim Guan Eng.
Describing the DAP secretary-general as a “dictator, a chauvinist and communist-minded”, Zahrain who is the former state PKR chairman, said Pakatan should stop compromising with the leader who is from Malacca as Lim had failed to deliver its general election promises.
Stressing that he was not attacking the DAP, Zahrain said Lim would become a liability to Pakatan in the state if he continued the way he was now.
“Lim does not like to be criticised. He is quick to label those who criticise him as Barisan Nasional agents,” he said. “Even his own party colleagues do not have a say the moment Lim makes up his mind.”
Zahrain said among the election promises that were not kept were the introduction of local council election and an open tender system.
“Lim may be reluctant to push for local council election because it will diminish his power if Penangites use that as an avenue to pass verdict on the state’s performance.
“He also promised an open tender system, but he has made the process worse by personally chairing the tender board,” he said, adding that there was better check and balance during Barisan’s rule.
He said when he criticised Lim for his dictatorial ways of managing the state, he was accused of being an Umno agent.
“I am certainly not an Umno agent. I just do not want to see Pakatan going against its promises,” he said. “It is a shame for Pakatan and its principles when projects are awarded based on who knows who.”
Zahrain said Lim was not suitable to be Penang Chief Minister because he was not a local and did not understand local sentiments.
“He has failed to bring in foreign investments despite travelling all over the world to attract investments,” he said.
“Voters are watching. Penangites are very particular about economic progress.”
Zahrain also questioned why a third of Lim’s speech during the Pakatan convention was in Mandarin.
“As a leader of the Pakatan, he should respect people of all races and speak in a language understood by all.”
The attack by Zahrain comes in the wake of the open defiance of Kulim Bandar Baru MP Zulkifli Noordin against party orders over the ‘Allah’ issue.
This led to a feud between Zulkifli and PAS’ Shah Alam MP Khalid Samad when the former even lodged a police report against the PAS man.
Zulkifli even challenged his party disciplinary board which let him off with a slap on his wrist but this in turned angered PKR’s political bureau chief Datuk Zaid Ibrahim who had quit as an Umno member, minister and senator to join the party.
Zaid criticised the party for letting off Zulkifli lightly saying it was no more than a poor copy of Umno.
END

ADAKAH KENYATAAN INI TIDAK BERBAUR HASUTAN?
Natijah apabila umat Islam tidak bersatu dalam semual hal seperti isu khalimah ‘Allah’ telah mewujudkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu sehingga pihak tertentu mengambil tindakan yang boleh menghuru-harakan negara. Membakar gereja, merosakan masjid dan terbaru tindakan pihak tertentu melontar kepala babi di dua buah masjid di Taman Datuk Harun bukti bagaimana kerapuhan ummah umat Islam hingga mengundang tindakan di luar batasan.
Namun, paling mendukacitakan dan betapa bangsatnya sesetengah pihak sanggup melontarkan hasutan dan fitnah hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik.
Azmin: Saya ada maklumat ahli Umno terlibat bakar gereja
Nazri Abdullah
PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.
Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.
"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.
"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.
Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama. "Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi. (Harakahdaily.Net 28 Jan. 2010)
Bukankah kenyataan ini lebih kepada untuk mendapat habuan dan kepentingan politik semata-mata? Adakah benar tuduhan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Gombak ini? Tidakkah kenyataan ini ada berbaur hasutan dan fitnah yang boleh mengheret negara kepada kancah perpecahan? Tidakkah kenyataan ini boleh boleh menimbulkan jurang kecurigaan antara kaum?
Hakikatnya kenyataan Ahli Parlimen Gombak ini patut dipandang serius dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan ini. kerana kenyataan beliau ini boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara. Bukankah patut KDN mengenakan Akta ISA kepadanya?
Inilah natijahnya apabila politik melangkaui agama dan politik menguasai fikiran dan jiwa kita. Kerana apabila pemikiran politik menjangkaui pemikiran harian kita maka hancurlah bangsa kerana pemikiran politik yang bangsat seperti ini hanya akan merugikan dan menyebabkan bangsa dan anak cucu kita merana.
Akok@Baulu
Wednesday, 27 January 2010
NEGARA AKAN HANCUR JIKA PR MEMERINTAH NEGARA
Negara akan hancur jika PR memerintah negara. Ujian buat PR yang memerintah beberapa negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor telah membuktikan bagaimana mereka tidak berdaya membangunkan ekonomi negara dan mentadbir serta mengurus kerajaan. Sebaliknya kerajaan PR berjaya dan maju kehadapan dalam mencipta konflik dan suasana tidak tenteram dalam negara sehinggakan rakyat keliru dengan kenyataan-kenyataan diluar batasan fikiran manusia.
Kerajaan PR menganggap diri mereka ‘maksum’ namun akhirnya rakyat mula sedar akan penyelewengan seperti rasuah, kronisme, salah laku seks, salah guna wang kerajaan negeri dan sebagainya didedahkan. Begitu juga dengan usaha-usaha memecah belahkan rakyat yang giat dijalankan oleh kerajaan PR di dalam negara.
Penyelewengan dan salah guna kuasa inilah yang menyebabkan beberapa pemimimpin mereka ambil keputusan keluar parti. Namun, sebenarnya gerakan politik PR ini ada pemain atau pencaturnya. ‘Mereka’ hanya melontarkan idea, tapi kerja atau pelaksanaannya dilakukan oleh rakan-rakan ‘mereka’. Cuma rakan-rakan ‘mereka’ tidak sedar atau ‘buat-buat tidak sedar kerana gilakan kuasa’ bahawa mereka hanya diperbodohkan.
Kerana ‘mereka’ ini tahu, Melayu berpecah dua maka senanglah ‘mereka’ mengadu dombakan banyak perkara. Kini ‘mereka’ galak merencana dan menyusun rangka untuk menundukan kuasa yang ada. Hari ini ‘mereka’ boleh dikatakan melapangkan dada kerana apa saja isu yang timbul maka rakan-rakan ‘mereka’ akan pertahankannya. Dengan kata lain, rakan-rakan ‘mereka’ sudah ‘terpedaya’ dengan cara tolak ansur dan menghormati rakan dalam setiap tindakan.
Jika kita pelajari sejarah, bangsa Yahudi sejak sekian lama mengorak langkah menguasai dunia. Mereka bergerak secara halus, menguasai ekonomi, politik, sosial dan sebagainya, dengan kata lain mereka tidak menggunakan kekerasan sebaliknya akal mereka memainkan peranan. Ketika era penjajahan German, pemerintah German iaitu Hitler mengambil jalan singkat menjalankan ‘penghapusan’ buat kaum Yahudi. Jutaan bangsa Yahudi di negara-negara mereka takluk di bunuh. Dibunuhnya bangsa Yahudi oleh Hitler adalah kerana bangsa Yahudi pada masa itu sudah menguasi Amerika cuba menguasai dunia dan negara German juga dikatakan cuba dikuasai oleh bangsa Yahudi.
Akhirnya, setelah German dikalahkan, Hitler pula dibunuh kejam dan bangsa Yahudi meneruskan rancangan. Pada hari ini, setelah kuasa ekonomi, politik dan sebagainya di telunjuk jari mereka, negara German tidak pula mereka serang. Sebaliknya negara Islam menjadi mangsa dendam apabila bumi Palestine dihancurkan, Lubnan dihuru-harakan, Afghanistan dikuburkan, Iraq dicincang dan negara-negara Arab lain seperti Iran bakal menanti habuan. Tiada siapa boleh menentang kerana segala-galanya ditangan mereka dan Islam adalah musuh nyata mereka.
Itulah juga apa akan terjadi pada kita, jika kerajaan PR memerintah negara. walaupun ‘mereka’ tidak tidak boleh mewakili semua kerusi Parlimen dan Dun dalam negara, tapi cukup jika mereka menguasai majoriti dalam Kerajaan Pusat untuk merampas segalanya. Tindakan Pas yang ingin memberi ruang dan peluang kepada rakan ‘mereka’ yang bukan Islam bertanding atas tiket Pas dilihat strategi mereka yang sudah mengena. Apakah akan terjadi pada kita jika mereka ini berkuasa? Sedangkan hari ini, ekonomi hakikatnya ‘mereka’ lah yang menguasainya.
Sebuah negara Islam dan undang-undang Hudud sudah tidak diperjuangkan (kerana perlu langkah mayat Karpal Sigh jika nak laksanakan) sebaliknya mempertahankan penghinaan ke atas Islam oleh rakan-rakan pemimpin mereka dan ‘menghalalkan’ penggunaan khalimah ‘Allah’ hanya semata-mata untuk meraih sokongan bukan Islam. Jika sikap ini berterusan, rakyat semakin dikelirukan bangsa kita akan kerugian.
Akok@Baulu
Thursday, 21 January 2010
PENDEDAHAN DAN PENYELEWENGAN OSA AKAN DIGUNAKAN
Kerana kebaculan akibat menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan keluarga terbongkar, maka kaki-kaki ampu Nik Aziz mula mempertahankan dan juga mempersoalkan bagaimana penyelewengan kerajaa negeri boleh jatuh ketangan pihak tertentu dan didedahkan dalam media. lebih meloyakan dan memualkan apabila kaki ampu Nik Aziz mula mengeluarkan ugutan untuk menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menyiasat mereka yang mendedahkan penyelewengan tersebut.
Nampaknya akibat terdesak kerajaan negeri Kelantan akhirnya dilihat akan menggunakan OSA yang mereka tentang selama ini untuk menutup penyelewengan dan kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini juga dilihat kerajaan negeri takut dan cuba menghalang rakyat mendapat cerita yang sebenar.
Persoalannya kenapa OSA nak digunakan? Bukankah Pas semasa kempen PRU lalu dan dimana-mana ceramah yang mereka buat sentiasa menentang dan mengharamkan OSA dan juga ISA. Pas lah parti yang bersungguh-sungguh mahu ISA dan OSA dimansuh dan dihapuskan. Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, mereka pula ingin gunakan OSA yang mereka tentang sebelum ini.
Benarlah kata orang-orang di Kelantan, bagi Pas orang lain buat terutamanya UMNO semuanya haram, zalim dan sebagainya tapi kalau sesuatu perkara itu terkena pada batang hidung mereka, yang haram akan jadi halal dan yang zalim akan jadi adil. Bukti Pas menentang OSA dan ISA jelas dalam menifesto Pas pada PRU lalu (pru12.pas.org.my/manifesto/ManifesFinalDetail.pdf).
Menggunakan OSA juga bermakna ‘ugutan’ buat mana-mana Exco Kelantan yang cuba membongkar dan menjual maklumat mengenai apa-apa penyelewengan yang masih bertimbun tersimpan. OSA juga merupakan tindakan terdesak kerajaan negeri Kelantan untuk menutup segala penyelewengan yang dibuat oleh menantu Nik Aziz untuk mengisi kantong keluarga dan melebarkan empayar kronisme mereka.
Ada juga yang mendakwa usaha bersungguh-sungguh Nik Aziz membawa masuk menantunya dalam pentadbiran negeri selama ini adalah untuk melebarkan dan memperkukuhkan penguasaan empayar keluarganya dalam mempastikan kronisme keluarganya terus menguasai Kelantan. Maknanya antara mana-mana Exco usahlah berangan nak jadi Menteri Besar kerana jawatan tersebut sebelum ini sudah ditender dan sebab itulah Nik Aziz mati-matian tak ingin letak jawatan.
Sekarang ini barulah semua buka mata, sebelum ini Nik Aziz dan Pas selalu menghina dan mengutuk UMNO/BN mengamalkan kronisme, rasuah dan sebagainya. Kini semuanya sudah terbukti, apabila nafsu politik mengatasi perjuangan parti akhirnya terdedah memakan diri sendiri. Agama yang diperjuangkan selama ini tidak dipertahankan, sebaliknya menyokong sebarang tindakan rakan-rakan dalam politik yang menghina dan mampu mengelirukan rakyat beragama Islam. Rasuah sudah menjadi amalan sehingga amalan seks bebas dipertahan dan rasuah seks dianggap sebagai rezeki yang tidak boleh ditolak.
Akok@Baulu
Wednesday, 20 January 2010
PENDIRIAN PEMIMPIN PAS MENGELIRUKAN UMAT ISLAM
Isu pengunaan khalimah ‘Allah’ masih menjadi debatan orang ramai tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan rakyat semakin dikelirukan oleh kenyataan-kenyataan sesetengah pihak yang bersetuju penggunaan khalimah ‘Allah’ oleh the Herald Weekly dalam akhbar mereka. Rakyat sedar akan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin tertentu itu lebih kepada bermotifkan politik untuk meraih sokongan bukan Islam, tetapi ia dilihat kenyataan itu boleh meruntuhkan maruah agama Islam dan mengelirukan umat Islam terutamanya yang setia ‘membabi buta’.
Sebenarnya isu ini mula tercetus seawal tahun 2009 dan senyap seketika hinggalah penghujung tahun 2009 mula diperkatakan semula apabila keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan memihak kepada akhbar the Herald Weekly. Namun, mendapat bantahan dan kemuncaknya apabila umat Islam mengadakan demontrasi dan berlaku perbuatan-perbuatan merosakan rumah ibadat yang boleh menggugat perpaduan.
Secara konsisten umat Islam dan beberapa pemimpin politik dari pembangkang membantah penggunaan khalimah ‘Allah’ namun secara konsisten juga beberapa pemimpin politik dari pembangkang menyokong keputusan mahkamah membenarkan pengunaan khalimah ‘Allah’ oleh agama lain selain Islam.
Seperti pernah didedahkan sebelum ini, antara pemimpin politik pembangkang yang lantang menentang pengunaan khalimah ‘Allah’ ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu. Dalam sidang Dewan Rakyat awal tahun 2009, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu telah menjelaskan akan kekeliruan yang boleh terjadi jika khalimah ‘Allah’ ini dibenarkan digunakan oleh bukan Islam terutamanya Kristian dan niat sebenar serta tujuan penggunaan khalimah ‘Allah’ ini boleh menghancurkan Islam.
“Saya tidak mahu berhujah atau berbahas dari sudut teologinya, apa yang saya hendak
bangkitkan ialah kenyataan oleh Lawrence Andrew editor akhbar The Herald ini yang menyatakan bahawa nama Allah juga adalah nama tuhan bagi Kristian di dalam bahasa Melayu. Saya merujuk, saya mengajak saudara Lawrence Andrew dan lain-lain supaya merujuk contohnya ensiklopedia Britannica di muka surat 276 volume 1 di mana perkataan Allah ditafsir dengan kenyataan dengan izin Tuan Yang di-Pertua “Allah the one and only God in the religion of Islam. Allah is the pivot of the Muslim faith”. Di dalam Collins English Dictionary muka surat 37, “Allah - Islam the principle Muslim name for God the one supreme being”. Di dalam Ensiklopedia Hutchinson muka surat 27 “Allah - Islamic name for God. The Quranic concept of Allah littress on his uniqueness and his roll as the omniscience authority of human”.
“Jadi kalau kita tengok daripada tafsiran-tafsiran ini, jelas menunjukkan bahawa perkataan Allah merujuk kepada ketuhanan Islam. Terutamanya dalam konteks negara kita Malaysia ini. Jadi saya tidak faham apabila Lawrence Andrew editor akhbar The Herald menyatakan bahawa nama tuhan bagi Kristian dalam bahasa Melayu ialah Allah. Soalan yang saya ingin kemukakan, adakah nama tuhan ini berbeza mengikut bahasa atau mengikut bangsa.
Contohnya mengapa di dalam kitab Bible versi bahasa Inggeris tidak ada wujud pun perkataan Allah. Mengapa dalam Bible versi Perancis, tidak adapun nama Allah? Kenapa dalam Bible versi bahasa Tamil tidak ada nama Allah? Kenapa di Malaysia bahasa Melayu hendak digunakan perkataan Allah? Adakah nama tuhan itu berbeza mengikut bangsa atau mengikut bahasa sedangkan konsep kepada ketuhanan itu mestilah konsisten. Sama ada bahasa Perancis, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Melayu dan lain-lain bahasa.” (Kenyataan Ahli Parlimen Kulm Bandar Baru, dalam sesi pergulungan Titah Diraja:26 Feb.2009)
Kenapa dan apakah matlamat atau tujuan sebenar beberapa pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan Ahli Parlimen Shah Alam mempertahankan pengunaan khalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam? Bukankah tindakan kedua-dua pemimpin Islam ini boleh mengelirukan kerana seperti kita sedia maklum dan kita semua tahu siapa musuh Islam yang nyata?
“Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Mengulas lanjut mengenai penggunaannya kepada orang bukan Islam katanya, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi” (Utusan Malaysia:1 Mac 2009)
Itu kenyataan awal Nik Aziz berhubung isu khalimah ‘Allah’ namun ia diulang oleh Nik Aziz setelah Mahkamah Rayuan menerima permohonan Kementerian Dalam Negeri supaya Gereja Khatolik yang menerbitkan akhbar the Herald Weekly diarahkan menangguhkan penggunaan khalimah ‘Allah’. sebaliknya Nik Aziz juga mendakwa dan menuduh UMNO adalah dalang yang mencipta isu khalimah ‘Allah’ untuk membangkitkan sentimet perkauman.
Menurut ahli Parlimen Kulim Bandar Baru lagi dalam hujahnya semasa sidang Dewan Rakyat lalu, “Dalam bahasa Melayu God bermakna Tuhan. Allah adalah satu konsep ketuhanan yang unik bagi orang Islam terutamanya bangsa Melayu di Malaysia yang dikaitkan dengan tuhan yang satu seperti yang saya sebut yang ditafsirkan oleh ensiklopedia dan dictionary yang dirujuk sebentar tadi(kenyataan di atas)”
“Contoh yang saya bawa Tuan Yang di-Pertua, kita menemui risalah-risalah seperti ini.
Risalah yang dikeluarkan oleh beberapa kumpulan missionary. Yang ini kita jumpa di
Sekolah Kebangsaan Taman Kosas Ampang. Hampir 100% pelajarnya Melayu diberikan kepada pelajar-pelajar itu komik seperti ini bertajuk ‘Jalan Kepada Allah’ yang di dalamnya menceritakan satu konsep yang sangat berbeza mengikut fahaman Islam di sini iaitu konsep bahawa Allah mempunyai anak. Begitu juga kita menjumpai risalah yang disebarkan di sekitar Kuala Lumpur pada setiap malam minggu seperti di Dataran Merdeka. Ini diperolehi di Dataran Merdeka disebarkan oleh sekumpulan missionary.
Mereka mengeluarkan satu buku yang diberikan secara percuma dengan tajuk Al-Kitab. Kalau kita tengok dari segi nama, kita akan keliru sebab tidak disebutkan apa-apa pun di sini. Apabila kita buka baru kita perasan bahawa Al-Kitab ini rupanya nama baru Bible dalam bahasa Melayu yang penuh dengan perkataan-perkataan Melayu yang boleh mengelirukan kita. Ini termasuk yang kita temui komik disebarkan dalam dua tahun lepas dan sampai sekarang masih disebarkan di setiap rumah, disumbatkan di peti-peti surat dengan tajuk kisah paling menarik yang pernah diceritakan.
Yang diceritakan di sini dalam bahasa Melayu yang menyatakan bahawa saya baca
sedikit untuk kita lihat kesan dia.
“Allah memakai 40 orang budi, mereka menulis 66 kitab selama 1500 tahun. Semua cucuk satu dengan lainnya. Allah yang dapat membuat buku seperti ini. Allah kan tidak mengarang buku ya ayah? Allah itu seperti apa ayah? Allah mengasihi dan menolong kita. Kalau kita minta tolong daripadanyakita kudus, kita tidak dapat melihat dia tetapi dia melihat dan mengetahui semuanya. Dia dapat melakukan apa sahaja. Ayah akan ceritakan kisahnya.”
Kemudian diceritakan kisah tentang Allah yang berakhir dengan Allah menghantar anaknya untuk menyelamatkan manusia. Jadi risalah-risalah seperti ini yang kita khuatir. Kita tidak ada masalah, saya tidak ada masalah dengan mereka mahu menggunakan bahasa Melayu, mahu menyebarkan risalah bahasa Melayu, tetapi menggunakan perkataan Allah itu sendiri. Dalam konteks seperti ini, bukan sahaja sangat mengelirukan, boleh menyebabkan berlaku perasaan tidak puas hati”. (Kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, dalam sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat : 26 Feb.2009)
Rasanya kenyataan ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ini jelas dan sangat berbeza dengan kenyataan dan pendirian Nik Aziz dan Ahli Parlimen Shah Alam. Jadi apa yang di nyatakan oleh Ketua Pengarah JAKIM sebelum ini adalah tepat, maka Nik Aziz dan Ahli Parllimen Shah Alam perlu mengemukakan bukti dengan apa yang mereka nyatakan. Supaya umat Islam tidak keliru dan dikelirukan oleh politik sempit mereka semata-mata hanya untuk meraih sokongan bukan Islam dan untuk terus berkuasa.
“Wan Mohamad berkata, sekiranya penganut agama lain mengiktiraf dan berikrar bahawa tuhan mereka adalah Allah yang Maha Esa seperti yang diakui oleh orang Islam, maka beliau orang pertama yang paling gembira.
‘‘Allah adalah Tuhan yang tidak mempunyai anak atau diperanakkan, jika ini yang diterima, maka ia adalah satu kejayaan dalam dakwah kita.
‘‘Tetapi kalau dimaksudkan Allah itu adalah Tuhan yang mempunyai anak dan diperanakkan, yang mempunyai tangan dan kaki dengan sifat-sifat tertentu, maka itu bukan Allah, inilah jawapan Jakim,” jelas beliau.
Beliau menyatakan, pada peringkat awal jika perkataan Allah dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain, ia akan mengelirukan banyak pihak. (Utusan Malaysia: 2 Mac 2009)
Sebelum ini JAKIM telah memberi penjelasan tapi hari ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula tampil memberi penjelasan agar umat Islam tidak terpesong dengan dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam berhubung isu ini.
SHAH ALAM 16 Jan. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang membuat tuduhan tidak berasas apabila mengaitkan jabatan itu dengan sebarang agenda atau parti politik tertentu.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, Ahli Parlimen Shah Alam itu seharusnya faham bahawa keputusan tersebut dibuat berasaskan penyelidikan dan kajian oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Malah, katanya, larangan pengunaan kalimah tersebut telah pun termaktub dalam enakmen agama Islam negeri yang sewajarnya dipatuhi oleh semua pihak termasuk Khalid sendiri.
''Saya tak faham kenapa beliau mengaitkan JAIS, MAIS dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dengan agenda politik sedangkan tindakan kita berasaskan fakta yang jelas iaitu al-Quran, sunnah serta pandangan para ulama.
''Larangan ini telah difatwakan dalam undang-undang agama Islam negeri.
''Soalnya, siapa yang sebenarnya cuba mempolitikkan perkara ini. Sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau harus faham perkara ini dan tidak membuat tuduhan yang melulu sedangkan beliau sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada rakyat," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini. (Utusan Malaysia 17 Januari 2010)
Apakah yang akan berlaku jika perkara yang nyatakan oleh Ketua Pengarah JAKIM ini berlaku? Jika satu hari nanti disiar dalam akhbar The Herald Weekly yang menyatakan bahawa Allah yakni Jesus bagi kepercayaan agama Kristian di lahirkan oleh ibunya yang bernama Mariam, digambarkan pula Allah itu dengan rupa paras dan disalib? Adakah Nik Aziz dan ahli Parlimen Shah Alam akan menjelaskan apa yang mereka nyatakan sebelum ini? Atau hanya akan mencuci tangan dengan menyatakan seperti berikut;
“Akan tetapi masalah yang utama ialah bahawa umat Islam tidak diberikan kefahaman yang benar-benar kukuh berhubung dengan Islam itu sendiri…” (Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, dalam sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat : 26 Feb.2009)
Sementara itu, Khalid terus secara terang-terangan mengkritik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang kalimah Allah digunakan orang bukan Islam.
Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai kritikan kerana ia sebenarnya hanya bertujuan meminta penjelasan daripada MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kenapa larangan itu dilaksanakan.
''Saya tidak mempertikaikan, saya hanya mohon penjelasan. Puak-puak UMNO ini, dia tidak ada hujah untuk memberi penjelasan, jadi dia beri amaran keras dan ugutan.
''Kalau hendak kita akur kepada fatwa yang dikeluarkan, maka kemukakan dalilnya. Jangan sekadar beritahu fatwa sudah buat, maka kita kena dengar dan taat.
''Ini bukan budaya yang diajar oleh Islam kepada umatnya. Segala pegangan, kita kena yakin betul," katanya ketika menyampaikan ceramah umum isu-isu semasa di Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini malam tadi. (Utusan Malaysia 17 Januari 2010)
Adakah benar umat Islam di negara ini tidak diberikan kefahaman yang benar-benar kukuh berhubung Islam? Atau sebenarnya dan hakikatnya ia adalah politik Pas yang sempit hingga umat Islam semakin keliru dalam agama sendiri? Jika sebelum ini politik Pas lebih memperjuangkan Islam yang luhur tapi sekarang ini sejak berkawan dengan Anwar Ibrahim dan berjuang bersama Dap, semua itu sudah dilupakan. Sebaliknya agama dipermainkan hanya semata-mata menjaga hati rakan agar tidak terguris berdasarkan tindak tanduk para pemimpin Pas sejak kebelakangan ini. yang jelas JAIS juga telah mengadakan sesi penerangan ke seluruh negeri Selangor melalui ceramah, seminar termasuklah dalam sesi khutbah Jumaat.
Jika ke surau atau masjid umat Islam mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkara seperti ini, mereka juga mula mempersoalkan kenapa ada pemimpin beragama Islam sanggup berjuang mempertahankan kehendak bukan Islam? Bukankah tindakan pemimpin-pemimpin ini hanya boleh mengelirukan umat Islam?
Akok@Baulu
Wednesday, 13 January 2010
SIAPAKAH DISEBALIK ‘SAHABAT HOSPITAL’?
Ketika Najib merasmikan program Klinik 1Malaysia di Selangor baru-baru ini, terdengar suara dari pelbagai pihak yang melontarkan pelbagai reaksi dan pandangan berhubung Klinik 1Malaysia. Namun, rata-rata menyambut baik tindakan Kerajaan menubuhkan Klinik 1Malaysia kerana ia adalah salah satu dalam memenuhi tanggungjawab untuk memastikan rakyatnya sentiasa sihat.
Setelah Klinik 1Malaysia mula mendapat nama dan tempat di hati rakyat, tiba-tiba penulis (berada di kawasan wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor sementara menunggu untuk melawat saudara yang terlantar di hospital berkenaan) terserempak dengan beberapa orang lelaki dan wanita yang berpakaian terpampang di belakang vest mereka ‘Sahabat Hospital’ sedang bertanya khabar kepada pesakit dan pengunjung di hospital berkenaan.
Mungkin penulis sebelum ini belum pernah terserempak atau terjumpa mereka-mereka ini yang menggelarkan diri mereka ‘Sahabat Hospital’ di mana-mana hospital sebelum ini. Tapi dari pemakaian dan cara mereka memimbulkan pertanyaan, adakah mereka ini merupakan anggota atau agensi dari Kerajaan atau badan-badan bukan Kerajaan yang diketahui kewujudan mereka serta motif atau tujuan ‘Sahabat Hospital’ ini bergerak di Hospital Kerajaan.
Jadi untuk mendapatkan kepastian, penulis bertanyakan kepada beberapa kakitangan hospital akan siapakah ‘Sahabat Hospital’ berkenaan. Mengejutkan apabila rata-rata kakitangan hospital berkenaan tidak kenal dan menyatakan baru hari ini mereka nampak kumpulan yang mengelarkan diri mereka ‘Sahabat Hospital’ berkeliaran di hospital berkenaan. Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk melihat jika ada kelibat mereka ini ketika waktu melawat dibuka untuk orang ramai.
Tepat saja jam 12.30 tengah hari penulis mula melangkah kaki untuk melawat saudara yang sedang terlantar di hospital berkenaan. Setelah agak lama berada di wad, belum nampak kelibat mereka yang mengelarkan ‘Sahabat Hospital’ berkenaan. Tiba-tiba penulis ternampak sebuah buku mengenai panduan untuk mengerjakan ibadah bagi mereka yang terlantar sakit di atas ‘side table’ dan buku tersebut adalah dari JAKIM dan naskahnya adalah tertulis ‘Percuma’ di belakang buku tersebut.
Jadi penulis memberitahu saudara terlantar sakit itu bahawa buku tersebut bagus kerana kandungannya baik untuk mempelajari amal ibadah terutama apabila kita terlantar sakit. Lantas dia memaklumkan bahawa buku ini dia perolehi dari beberapa lelaki dan wanita yang mengunjungi beliau dan menggelarkan diri mereka ‘Sahabat Hospital’. Kedatang mereka adalah bertanya khabar dan beramah mesra dengan pesakit-pesakit di hospital berkenaa. Menurut saudara penulis lagi, ‘Sahabat Hospital’ ini akan menjelajah darim hospital ke hospital untuk berjumpa dengan bertanya khabar para pesakit.
Sememangnya tindakan ‘Sahabat Hospital’ ini bagus, namun persoalannya siapakah mereka ini sebenarnya? Adakah mereka ini dari NGO atau yang berselindung disebaliknya untuk kepentingan politik? Menjadi persoalannya adakah kegiatan mereka ini direstui oleh Kerajaan atau piphak hospital yang pandai-pandai mengambil pendekatan sebegini. Kerana ‘Sahabat Hopsital’ ini dibenarkan melawat dan berjumpa dengan para pesakit sebelum waktu melawat.
Dari pemerhatian, jika benar ‘Sahabat Hospital’ ini mendapat kebenaran Kerajaan tak mengapa, tapi jika sebaliknya. Ditakuti adanya elemen-elemen atau unsur politik yang bertopengkan disebalik lawatan yang mereka adakan. Kerana, setahu penulis, pihak pembangkang terutamanya Pas juga telah menubuhkan pasukan dikenali ‘Sahabat Hospital’. Dari sumber yang di perolehi, ‘Sahabat Hospital’ di bawah Pas dirasmikan oleh Dr. Halimah Ali (http://drhalimahali.wordpress.com/2009/08/26/aktivti-exco-pada-180409-majlis-malam-mesra-sahabat-hospital-di-goldcourse-hotel-klang/)
Dr Halimah Ali
Aktivti Exco pada 18/04/09: Majlis Malam Mesra Sahabat Hospital di Goldcourse Hotel Klang
In 1 on August 26, 2009 at 5:01 pm

Subscribe to:
Posts (Atom)