Thursday 28 January 2010

ADAKAH KENYATAAN INI TIDAK BERBAUR HASUTAN?





Natijah apabila umat Islam tidak bersatu dalam semual hal seperti isu khalimah ‘Allah’ telah mewujudkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu sehingga pihak tertentu mengambil tindakan yang boleh menghuru-harakan negara. Membakar gereja, merosakan masjid dan terbaru tindakan pihak tertentu melontar kepala babi di dua buah masjid di Taman Datuk Harun bukti bagaimana kerapuhan ummah umat Islam hingga mengundang tindakan di luar batasan.



Namun, paling mendukacitakan dan betapa bangsatnya sesetengah pihak sanggup melontarkan hasutan dan fitnah hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik.



Azmin: Saya ada maklumat ahli Umno terlibat bakar gereja

Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama. "Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi. (Harakahdaily.Net 28 Jan. 2010)

Bukankah kenyataan ini lebih kepada untuk mendapat habuan dan kepentingan politik semata-mata? Adakah benar tuduhan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Gombak ini? Tidakkah kenyataan ini ada berbaur hasutan dan fitnah yang boleh mengheret negara kepada kancah perpecahan? Tidakkah kenyataan ini boleh boleh menimbulkan jurang kecurigaan antara kaum?



Hakikatnya kenyataan Ahli Parlimen Gombak ini patut dipandang serius dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan ini. kerana kenyataan beliau ini boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara. Bukankah patut KDN mengenakan Akta ISA kepadanya?



Inilah natijahnya apabila politik melangkaui agama dan politik menguasai fikiran dan jiwa kita. Kerana apabila pemikiran politik menjangkaui pemikiran harian kita maka hancurlah bangsa kerana pemikiran politik yang bangsat seperti ini hanya akan merugikan dan menyebabkan bangsa dan anak cucu kita merana.







Akok@Baulu


No comments: