Apabila pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru bahawa wujudnya ‘firaun kecil’ yang didalangi oleh parti politik pembangkang dan juga beberapa NGO yang cuba menghapuskan Perlembagaan dan mewujudkan perselisihan faham antara umat Islam ia tidaklah mengejutkan. Walau bagaimanapun, kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ini harus diberi perhatian kerana ada kebenarannya terutama sejak PR mula memperolehi kuasa memerintah beberapa negeri.
Jika diperhatikan sebelum ini, iaitu ketika Kelantan dan Terangganu di bawah kendalian Pas tanpa pengaruh PKR dan Dap, tidak timbul isu-isu yang mewujudkan kekeliruan pada umat Islam. Sebaliknya setelah Pas mula mengikat tali perhubungan dengan PKR dan Dap, sudah banyak perkara, tindakan serta kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan prinsip sebenar perjuangan Pas sebelum ini mengelirukan umat Islam.
Dalam banyak perkara, tindakan dan kenyataan dari Pas sejak akhir-akhir ini lebih bermotifkan politik dan lebih kepada untuk menjaga kepentingan ‘persahabatan politik’ daripada menjaga kepentingan dan maruah Islam itu sendiri. Sudah banyak kali kenyataan terutamanya dari Nik Aziz menyebabkan umat Islam keliru, seperti membenarkan bukan Islam menghina Islam berdasarkan hujahnya bukan Islam tidak faham mengenai Islam. Jika begitu, tidak perlulah Nik Aziz dan penyokongnya membantah serangan Zionis ke atas Palestine kerana puak Zionis itu tidak faham dan tidak mendalami mengenai Islam.
Keduanya isu penggunaan khalimah ‘Allah’ juga direstui oleh Nik Aziz, beberapa pemimpin dan segelintir penyokong Pas. Sedangkan sebelum ‘bersama’ dengan PKR dan Dap, Pas begitu lantang memperjuangkan Islam dan mempertahankan kesucian Islam dari tercemar apabila mereka membantah keras cubaan menggunakan khalimah ‘Allah’ oleh agama bukan Islam. Sebaliknya pada ketika itu pemimpin Pas dan Nik Aziz menyalahkan Kerajaan BN kerana menolak Islam dan tidak menerapkan ajaran Islam dalam pentadbirannya dan terlalu menurut kehendak bukan Islam sehinggakan bukan Islam berani menggunakan khalimah ‘Allah’. Tetapi kini, Pas memperjudikan nasib agama Islam demi kerana ‘politik najis’ untuk menjaga hati dan menarik sokongan bukan Islam.
Terbaru apabila wujudnya pendedahan bahawa kerajaan P. Pinang membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, maka Nik Aziz sekali lagi tampil dengan kenyataan bahawa sambutan Maulidur Rasul tiada fadilat berbanding bulan Ramadhan. Walaupun jelas ia adalah strategi ‘firaun kecil’ untuk melaga-lagakan umat Islam secara terang-terangan, namun untuk menutup kejahilan, kepentingan ‘politik najisnya’ dan menghalalkan strategi ‘firaun kecil’, Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam malah merendahkan martabat Islam pada bukan Islam.
Oleh kerana ingin menyelamatkan ‘ikatan’ persahabatan dalam poilitik dan kemarahan umat Islam, maka Nik Aziz lah landasan untuk dipergunakan kerana kedudukannya sebagai ‘Tok Guru’ boleh menyakinkan umat Islam termasuk pemimpin dan penyokong Pas pasti akan mengiakan apa yang dikatakan oleh Nik Aziz walaupun menjatuhkan maruah dan martabat Islam.
Selain itu juga, kenyataan Nik Aziz ini sekurang-kurangnya akan menyebabkan perasaan marah dan benci sesama umat Islam akan semakin ketara dan jika strategi oleh ‘firaun kecil’ ini diteruskan, manakala Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin agama dipergunakan, maka tidak mustahil kebencian dan amarah sesama umat Islam tidak dapat dibendung dan pada satu masa ia akan meletup dan bercakaran sesama sendiri seperti apa yang telah berlaku di Pakistan, Iraq, Iran dan negara Islam lain.
Inilah strategi pihak ‘firaun kecil’ yang mungkin menjadi ketakutan buat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dan juga buat seluruh rakyat Malaysia. Strategi yang digunakan sangat halus dan mereka sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama semata-mata untuk menghalalkan tindakan mereka. Jika selama ini rakyat di bawah BN rakyat tidak merana, tidak keliru mengenai agama, tiada unsur hasutan dan fitnah, Islam tidak dipersendakan sedemikian rupa, tetapi sejak ‘firaun kecil’ mendapat kuasa rakyat mula bertelagah sesama mereka.
Ekonomi negara tidak mereka pedulikan untuk membantu nasib rakyat yang memerlukannya, sebaliknya ‘firaun kecil’ menafikan hak mereka. Mungkin pelbagai strategi dan rancangan sedang dirangka tetapi BN janganlah pula leka. Manusia yang tamak dan haloba dalam parti hendaklah dihapuskan sama sekali sejajar dengan slogan perjuangan parti.
Akok@Baulu

2 comments:
inilah hadiah apabila selalu kata kat orang. Dulu UMNO kafir sekarang? lu pikir lah sendiri.
perjuangan Pas sudah tunggang terbalik..sekarang ni bontot Dap mereka jilat dan apa yang mereka katakan dan buat seperti mereka dipukau oleh Dap.
Post a Comment