Tuesday, 9 February 2010

CEREKARAMA NIK AZIZ HANYA MENUTUP CERITA KEMUNGKARAN DALAM PR



Setelah pentadbirannya dilondehkan kerana amalan kronisme dalam kepimpinannya, Nik Aziz di lihat mula menulis skrip barunya bagi sebuah cerekarama untuk tatapan kita semua. Jika sebelum ini beliau begitu lantang menolak dan menentang keras hasrat Presiden Pas untuk mengadakan perundingan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO tapi hari ini beliau sendiri menulis skrip tersebut dan ingin menamatkan persengketaan 50 tahun dengan UMNO.

Apakah muslihat Nik Aziz disebalik ajakan beliau untuk duduk semeja dengan UMNO untuk membincangkan hal berkaitan Islam? Sedangkan sebelum ini beliaulah antara paling lantang menolak kerjasama tersebut. Sedangkan sebelum ini beliau menegaskan bahawa hubungan Pas dengan PKR dan Dap amat akrab dan tidak boleh dipisahkan. Namun, secara tiba-tiba beliau mengubah pendirian, ingin duduk semeja dengan UMNO. Tidakkah tindakan Nik Aziz itu akan menggores dan merobek hati rakannya, PKR dan Dap? Bagaimana pula pendirian pemimpin tertinggi Pas lain seperti Presiden dan Naib Presiden Pas? Sehingga kini masih belum ada mana-mana pemimpin tertinggi Pas mengulas kenyataan berhubung hasrat Nik Aziz ini?

Adakah disebalik ajakan Nik Aziz ke atas UMNO ini mempunyai agenda tersembunyi? Atau beliau mula merasakan ‘bahang’ akibat beberapa tindakan dan kenyataannya sehingga rakyat mula buka mata. Ataupun ia sekadar strategi Pas di Kelantan setelah pendedahan salah laku dan budaya kronisme dalam pentadbirannya mula dipersoalkan oleh rakyat. Tapi yang nyata, selain pendedahan salah guna kuasa dan wang dalam pentadbirannya, kenyataan Nik Aziz berhubung khalimah ‘Allah’ dan bayaran royalti punca sebenar beliau ingin duduk semeja dengan UMNO.

Berhubung pendiriannya mengenai khalimah ‘Allah’, sememangnya Nik Aziz mendapat tamparan hebat. Penyokong Pas yang terdiri dari ‘orang-orang lama’ dan guru-guru pondok disekitar Kelantan dengan keras membantah pendirian Nik Aziz berhubung isu tersebut. Rata-rata penduduk sekitar Kelantan dari bandar hingga ke pendalaman terkejut dengan pendirian Nik Aziz berhung isu khalimah ‘Allah’. Oleh kerana ingin membersihkan ‘dosanya’ jadi beliau menulis skripnya untuk duduk semeja dengan UMNO.

Silap haribulan, jika pelawaan dan ajakan ini ditolak UMNO, maka ‘dosa’ berhubung isu khalimah ‘Allah’ akan terhapus kerana beliau akan mencanang dan pukul gendang tarian bahawa UMNO lah yang menolak Islam.

Namun ada juga yang menyatakan kenyataan Nik Aziz ini hanyalah strategi politik pembangkang untuk mengalihkan perhatian. Menjelang perbicaraan Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya sehingga kes perbicaraannya yang sedang berlangsung kini, pelbagai isu dan cerita ‘lawak’ muncul menjadi tatapan. Bermula kes tanah milik YBK di Selangor, isu kritikan Y.B. Zahrain dan Y.B. Tan Tee Beng terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, pendedahan oleh Y.B. Wangsa Maju mengenai ikatan PKR dengan Dap dan terbaru hasrat Nik Aziz untuk duduk semeja dengan UMNO mengadakan perbincangan mengenai Islam.

Semua ini mungkin sudah dirancang dari awal kerana ingin mengalihkan perhatian rakyat mengenai cerita sebenar perbuatan Anwar dalam kes liwatnya. Kerana mereka takut rakyat terbuka mata akan siri pendedahan demi pendedahan yang akan mendedahkan temberang sebenar Anwar kepada pengikutnya. Inilah politik, untuk kekal berkuasa apa saja sanggup mereka lakukan.

Tapi inilah juga kelebihan politik negara kita, walaupun pilihanraya umum sudah hampir 2 tahu berlalu dan sepatutnya inilah masa untuk membangunkan negara, tapi semua itu hanyalah cakap mereka saja. Pemain politik lebih gemar meruntuhkan ekonomi negara dan mewujudkan huru-hara, kerana ini semuanya hanyalah kerana kuasa, pangkat dan harta.


Akok@Baulu


1 comment:

herokecik said...

politik Nik Aziz ketinggalan Zaman, takut menghadapi iklim politik masa kini..mempunyai talam 18 muka...Politik pakatan semakin haus ditelan zaman.. Masanya sudah tiba .. PAS harus berdiri dikaki sendiri...