Konsep 1Malaysia yang diterjemahkan oleh Perdana Menteri boleh dikatakan berjaya menawan hati rakyat Malaysia tapi usahlah leka kerana ada golongan masih ‘tertutup hatinya’ kerana ikatan dan perpaduan mereka begitu utuh untuk pertahankan golongan ‘mereka’ berbanding satu golongan yang sudah terpecah dua. Jika konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan terus menjadi amalan, sudah pasti Kerajaan pimpinan Najib akan terus memperolehi sokongan padu rakyat di masa hadapan.
Namun, jika wujud ‘pelesit’ dan ‘langsuir’ dalam Kerajaan sudah pasti segala apa yang dirancang akan mendapat tentangan. Kerana ada saja perkara akan didedahkan atau ‘telanjangkan’ oleh ‘pelesit’ dan ‘langsuir’ ini untuk melemahkan Kerajaan. Tidak salah jika kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh Kerajaan didedahkan untuk pengetahuan rakyat bagi memberi pengajaran di atas kesilapan yang dilakukan supaya ia diperbaiki dan tidak diulangi. tetapi kadangkala sesuatu perkara yang didedahkan meruntuhkan keyakinan dan dilihat sengaja mendedahkan kelemahan pentadbiran Kerajaan.
Pendedahan mengenai isu rasuah, pembahagian projek dan salah laku lain dalam pentadbiran memang dialu-alukan tetapi jika kesalahan itu lebih kepada kesilapan akibat teknikal didedahkan ia seumpama cuba ‘menjatuhkan’ Kerajaan yang sedia ada ataupun hanya sekadar meraih populariti untuk mendapat lebih ‘kuasa’. Pendedahan demi pendedahan di Kementerian Pertahanan seperti kes kehilangan enjin pesawat pejuang, kapal selam yang tidak boleh menyelam dan terbaru kerosakkan enjin pesawat Sukhoi di Gong Gedak, Kelantan akibat kerosakan landasan yang dibina tidak mengikut spesifikasi seperti mendedahkan kelemahan Kerajaan.
Sedangkan kehilangan enjin jet dan kerosakan kapal selam dan enjin pesawat sukhoi akibat kerosakan landasan tidak perlu didedahkan kerana ia lebih kepada kerahsiaan ketenteraan negara. Kerana apabila didedahkan untuk umum, maka senanglah bagi musuh-musuh negara yang memang sentiasa mengintai kelemahan kententeraan negara merangka strategi jika ‘peluang’ ada untuk mereka. Buat parti pembangkang dalam negara ia seumpama ‘pucuk dicita ulam mendatang’ kerana inilah senjata yang mereka akan guna untuk meruntuhkan Kerajaan yang sedang dibina di bawah konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Ada orang berkata sejak pemerintahan Kementerian Pertahanan di bawah Zahid Hamidi, isu-isu yang disebutkan di atas didedahkan oleh pihak tertentu. Pendedahan pertama kehilangan enjin jet oleh Jabatan Audit Negara, namun ada yang menyatakan sebenarnya ia didedahkan oleh laman blog. Namun, akibat kecekapan Jabatan Audit dan Jabatan Peguam Negara ia dapat menyakinkan rakyat akan apa yang berlaku bukannya oleh kesilapan Kerajaan namun akibat sikap tamak individu tertentu.
Berbanding pendedahan kerosakkan kapal selam yang kononnya diselongkar oleh blogger, ia menunjukkan kelemahan Kerajaan dalam menguruskan dan mendapatkan aset negara. Begitu juga dengan kes terbaru kerosakan enjin pesawat Sukhoi akibat landasan yang dibina tidak bermutu didedahkan oleh blogger menurut menterinya. Adakah benar blogger yang mendedahkan kerosokkan teknikal ini atau ia datangnya dari sumber-sumber dalaman yang sememangnya mempunyai niat tersembunyi.
Ketiga-tiga kes yang berlaku ini semuanya adalah berlaku, diperolehi dan dilaksanakan semasa di bawah pemerintahan Perdana Menteri ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan. Kenapa baru sekarang ia didedahkan? Adakah ia sengaja untuk menjerat Perdana Menteri dengan apa yang berlaku setelah isu Altantuya tidak mendapat tempat di hati rakyat? atau mungkin ada ejen ‘Pak Syiekh’ dalam pentadbiran Najib? Tidakkah pendedahan demi pendedahan di Kementerian Pertahanan ini boleh memberi kesan dan impak kepada pentadbiran dan keperibadian Perdana Menteri?
Untuk dikongsi bersama, Zahid Hamidi naik jadi Pemuda UMNO kerana mendapat sokongan ‘Pak Syiekh’ dan sokongan padu pada ‘Pak Syeikh’ terbukti ketika isu 1998 dimana beliaulah antara orang kuat ‘Pak Syeikh’ yang turut lari meninggalkan negara namun pulang menyertai semula UMNO dengan harapan baru. Ketika pilihanraya umum 2008, beliau dikatakan dipanggil oleh pihak berkuasa kerana dikatakan menyalurkan peruntukan buat ‘Pak Syeikh’ dan beliau juga dikatakan telah memaklumkan ‘Pak Syeikh’ tarikh pembubaran Parlimen oleh Pak Lah sebelum Pak Lah umumkan pada umum.
Banyak persoalan timbul pada hari ini akibat pendedahan demi pendedahan dalam Kementerian Pertahanan. Adakah pendedahan ini perlu kerana ia adalah disebabkan masalah teknikal? Adakah pendedahan ini akan memberi kelebihan buat Kerajaan dan Najib? Atau adakah kelebihan ini hanya memberikan kelebihan buat Zahid Hamidi? Tapi persoalan yang paling besar ialah siapakah sebenarnya disebalik siri pendedahan ini? Yang nyata juga pembangkang sudah ada senjata untuk menggasakan Perdana Menteri terutama pada Mac nanti di Parlimen akan menjadi saksi.
Akok@Baulu
3 comments:
Semua org baru nampak ke? Inilah perangai org UMNO yang smpai sekarang tidak boleh ubah. Bila dah ada kuasa tapi tamak untuk dapat lagi kuasa. Apa yang mereka pedulikan hanyalah kuasa dan harta. Pedulikan anak bangsa yang penting selagi dirinya hidup semua benda seperti harta dan kuasa mesti dalam gengaman.
biasalah org main politik..kena cari makan. Bak kata orang tua, hutang budi di bawa mati, hutang body sendiri la jawab.Siasat saja Zahid tu.
anon
Siapa Zahid yang sebenarnya?
Post a Comment