Thursday 5 August 2010

STRATEGI PR KE PUTRAJAYA SEMAKIN TERDESAK


BN pada 2008 PR seSejak Tsunami politik melanda hingga kini duduk menjaja cerita yang mereka akan ke Putrajaya menguasai pentadbiran negara. Bermula dengan September 2008 cita-cita PR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim sehingga kini tidak menampakkan hasil. Sebaliknya tindakan keluar parti pemimpin dan ahli PR terutamanya dari PKR telah mendedahkan dan melondehkan sikap Anwar betapa terdesaknya beliau sehingga sanggup menipu penyokong mereka hanya semata-mata mengejar cita-cita peribadinya.

Jika BN dilanda Tsunami, PR terutamanya PKR juga turut mengalami perkara sama. Semakin ramai para pemimpin dan penyokong mereka keluar parti jelas menunjukkan PKR adalah parti rapuh. Begitu juga isu-isu yang melanda Dap berhubung penyalahgunaan kuasa seperti isu pasir, isu penyelewengan wang/projek dan sebagai sedang melanda dan menanti tersungkurnya PR menyembah bumi. Sedar terdedahnya sikap buruk mereka kepada rakyat, PR melalui siri ceramahnya berterusan memperdaya penyokong mereka berhubung hasrat ke Putrajaya bagi menutup segala permasalahan dan keburukan sikap mereka yang terdedah kepada umum.
Jika sebelum ini mereka menabur pelbagai janji kepada rakyat jika mereka berjaya ke Putrajaya seperti menurunkan cukai pendapatan, tidak naikkan tol, harga petrol dan barangan keperluan harian tidak naik dan sebagainya kali ini mereka pergi lebih jauh. Lebih menyedihkan apa yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin PR dalam siri ceramah mereka langkah untuk ke Putrajaya berjaya memperdaya sesetengah pengikut mereka.

Oleh kerana terdesak dan takut dengan langkah pentadbiran Najib yang mesra rakyat dan menjaga kepentingan dan kebajikan pegawai-pegawai Kerajaan, apa yang dicanangkan oleh pemimpin PR ialah jika mereka menang, kuarters Kerajaan seperti rumah/apartment yang sedang diduduki oleh kakitangan Kerajaan di Putrajaya akan dijual kepada kakitangan Kerajaan yang menduduki kuaters tersebut dengan harga jauh lebih murah dan tidak membebankan kakitangan Kerajaan. Bahkan jumlah keseluruhan elaun rumah yang telah dipotong oleh Kerajaan selama kakitangan Kerajaan tersebut menetap di kuarters berkenaan akan di tolak dari harga kuaters berkenaan. Tumpuan mereka bukan hanya di Putrajaya tetapi dicanangnya ke seluruh negara.

Untuk menarik kembali sokongan dari golongan muda PR masih menggunakan isu PTPN untuk menarik sokongan. Pada 2008 isu PTPN yang mereka bawa boleh dikatakan antara sebab menarik sokongan muda menyokong mereka. Melihat Kerajaan di bawah Najib peka isu PTPN dengan menukar pinjaman PTPN kepada biasasiswa jika pelajar mendapat kelas pertama maka mereka mencanang lebih dari itu. Apa yang mereka tawarkan lagi hebat, jika mereka berjaya ke Putrajaya sesiapa yang telah dan masih menanggung hutang pinjaman PTPN akan dibebaskan. Mereka juga mencanangkan mereka akan bayar kembali jumlah yang telah di bayar oleh bekas peminjam PTPN tapi dalam jumlah tertentu yang akan ditentukan kemudian. Itulah wardah PR untuk ke Putrajaya untuk menarik sokongan dari kalangan kakitangan Kerajaan dan golongan muda.

Bukan setakat dua perkara di atas saja tapi banyak lagi yang mereka janjikan jika mereka berjaya ke Putrajaya tapi 2 benda yang dinyatakan di ataslah bakal penentu undi mereka kerana mereka sudah boleh berkira-kira pengundi Cina sudah dalam gengaman mereka. Isu menegakkan agama Islam tidak boleh lagi dijadikan senjata untuk menarik pengundi Melayu kerana Pas dan PKR sendiri telah jual agama. Sebab itulah mereka menggunakan cara terdesak untuk menarik sokongan dengan menjanjikan pelbagai omongan kosong yang boleh mengugat kerajaan.

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

bila mereka dapat undi cina maka mereka akan jadi boneka dan patung bernyawa la... PKR = PERLEMBAGAAN KENA ROMBAK

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

http://maharajablogger.blogspot.com/2010/08/menteri-kdn-masih-asyik-hisap-puting.html

BACA BLOG DI ATAS

KALU BETUL CAM NI MAKA KEMPEN SETIA TOK MAT RAHMAT WAJIB JADI ROH DAN JIWA GTP N 1MALAYSIA DS NAJIB !

August 7, 2010 7:41 AM