Sunday 10 October 2010

Resolusi Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda MCA


Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-46 pada 9 September 2010 telah meluluskan 14 resolusi merangkumi empat bidang utama di bawah usul hal ehwal parti, politik, ekonomi serta pendidikan.

Dalam masa ucapan dasarnya, Ketua Pemuda MCA YB Dr Wee Ka Siong mengesa agar siapa yang menpersoalkan kewujudan sekolah Jenis Kebangsaan Cina hendaklah diambil tindakan undang-undang kerana menghasut. Dalam waktu yang sama, Pemuda MCA juga ada menyentuh banyak perkara dalam perlembagaan dan mempersoalkan perkara-perkara dalam perlembagaan khususnya hak orang Melayu. Kemasukan ke Universiti mengikut quota adalah manifestasi kepada hak orang melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita lihat kontradiksi beteraskan kepentingan kaum masing-masing hingga melukakan hati kaum lain. Apa pandangan anda?

14 resolusi Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-46 pada 9 September 2010 antaranya :

  1. Menggesa Kerajaan merangka garis panduan baru bagi mewujudkan sistem insentif dan hukuman terhadap semua pegawai awam. Mengikut sistem itu, Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil dan menyingkirkan pegawai awam bagi membendung rasuah, salah guna kuasa dan kepincangan dalam pentadbiran Kerajaan.
  2. Perwakilan bersetuju menyokong penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden parti dan timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  3. Memberi tumpuan keada Pelan Tindakan Lapan Perkara yang diputuskan oleh kepimpinan parti pusat serta menyatupadukan semua ahli dalam menghadapi cabaran pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
  4. Kepimpinan parti perlu memilih dan melatih tenaga muda dalam mewarisi kepimpinan masa depan parti.
  5. Meminta Kerajaan mengkaji semula sukatan latihan Biro Tata Negara dengan menghapuskan kemungkinan kandungan bercorak rasis, menyemaikan semangat kesetianegaraan di kalangan semua petugas awam serta badan itu menjalankan tanggungjawabnya secara adil tanpa mengira kaum dan agama.
  6. Semua pihak tidak mempolitikkan isu perkaumanan atau sengaja mendesak pemansuhan sekolah Cina.
  7. Pemuda MCA akan melindungi hak asasi semua kaum dan memastikan mana-mana individu atau pertubuhan yang cuba merampas hak-hak tersebut dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara ideologi kesederhanaan dan kepentingan semua warga dilindungi.
  8. Menyokong penuh konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan" yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
  9. Memberikan pengitirafan kepada UEM (sijil peperiksaan umun sekolah swasta aliran Cina) secepat mungkin untuk membolehkan penuntut-penuntut dengan kelulusan UEM yang sesuai masuk ke universiti tempatan, Maktab perguruan demi berkhidmat untuk negara.
  10. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan segera terhadap kakitangan awam yang membuat kenyataan berbaur perkauman.
  11. Meminta Kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tegas dalam pendirian menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan Kerajaan seperti Pertubuhan Pribumi Perkara Malaysia (Perkasa) bagi meredakan ketegangan antara kaum.
  12. Menyokong penuh Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi yang menggalakkan perkongsian kepentingan ekonomi nasional tanpa mengira bangsa dan mengukuhkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
  13. Melaksanakan system gaji minimum
  14. Tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu berdasarkan meritokrasi.

No comments: