Thursday, 4 November 2010

KEMELUT POLITIK NEGARA KEMANA HALA TUJUNYA


Nampaknya sekali lagi rakyat di Galas dan Batu Sapi akan keluar mengundi menentukan nasib bagi masa depan kawasan mereka. Boleh dikatakan penggal 2008-2013 merekodkan sejarah baru dalam pilihanraya negara kerana paling banyak pilihanraya kecil diadakan sejak pilihanraya umum pada Mac 2008. Walaupun begitu, situasi politik negara masih bercelaru dan tiada hala tuju, tapi apa yang dilihat ialah perpecahan dikalangan rakyat semakin ketara. Walaupun teguran dan nasihat dari kalangan cendiakawan dan juga Raja-Raja Melayu yang melahirkan rasa bimbang perkembangan politik negara tetapi ia tidak diendahkan.

Lebih membimbangkan situasi politik negara selain perpecahan dikalangan rakyatnya, pemain politik sanggup menjual agama hanya semata-mata untuk popular dan mendapatkan kuasa. Agama dijadikan alat dan lebih memilukan dipijak-pijak maruahnya hanya semata-mata kepentingan politik dunia. Bukan setakat agama, maruah negara juga dijual dan dijaja serata dunia. Mereka sanggup memburukan nama negara di luar negara dengan melemparkan fitnah secukup rasa tanpa rasa bersalah. Lebih memalukan mereka sanggup mengheret dan menghasut serta ‘membayar’ pemimpin-pemimpin luar supaya turut sama ‘menghentam’ negara demi kepuasan mereka semata-mata.

Situasi politik negara jauh berbeza dengan politik negara-negara maju. Jika di negara maju, selesai saja pilihanraya umum parti Kerajaan dan pembangkang lebih menumpukan kerja-kerja seperti apa yang dijanjikan kepada pengundi. Rakyat dibela, janji ditunaikan dan segala masalah rakyat didekati kerana itulah yang dijanji semasa kempen sebelum mengundi. Lebih menarik lagi apabila parti kerajaan dan pembangkang bersama-sama duduk semeja membincangkang agenda membangunkan ekonomi negara, menyelesaikan segala masalah yang timbul dalam negara dan sebagainya.

Tapi semua ini tidak berlaku dalam negara kita kerana pembangkang lebih suka melihat ekonomi negara jatuh merudum, rakyat berpecah belah dan sebagainya. Bilakah cerita politik kotor dan tidak bertamadun ini akan dihentikan? Bilakah semua pihak akan lebih matang untuk memajukan negara dan negeri-negeri di bawah tadbir masing-masing.

Jika diamati sampai bila cara berpolitik sebegini akan berhenti? Sedangkan kemelut ekonomi dan kesejahteraan rakyat perlu di utamakan dan bukannya hanya pandai bercakap politik seperti pendekar di kedai kopi. Pendekatan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hendaklah dijadikan panduan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi yang berterusan. Gendang pembangkang tidak usah dipedulikan kerana mereka hanya pandai menabur janji dan tidak pernah mereka tepati.

Akok@Baulu

No comments: