Thursday 4 November 2010

NIK AZIZ BUAT APA YANG MAHATHIR BUAT.

Politik adalah kesenian untuk menjadikan pembohongan sebagai kebenaran dan menjadikan kebenaran sebagai pembohongan. Kesetiaan hanyalah dibibir dalam politik,tidak sahaja diperingkat bawah yang boleh dibeli tetapi juga di peringkat kepimpinan tertinggi.

Politik adalah untuk mencapai matlamat samada secara bersih atau secara kotor. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sanggup keluar parti untuk menghacurkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi dan mengembalikan kekuatan UMNO. Beliau berjaya dalam melakukan pembedahan yang paling nekat dan paling berani. Tidak ada bezanya antara kesetiaan Ibrahim Ali dengan kesetiaan Mahathir.

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz menghadapi ancaman paling besar terhadap kepimpinannya di Galas dan terhadap masa depan Pas di Kelantan . Maka itu beliau memberikan zakat dalam masa pilihanraya walaupun zakat boleh diberikan di luar masa pilihanraya supaya tidak timbul sebarang prasangka.

Tetapi bagi Nik Aziz menggunakan kesenian agama untuk mencapai matlamat politik tidak salah kerana perbuatan atas nama agama dapat melindungi penipuan dan kejahatan. Nik Aziz merasakan bahawa dia mesti mengambil langkah berani walaupun salah untuk menyelamatkan Pas seperti keberanian Mahathir keluar parti kerana hendak menyelamatkan UMNO.

Ketidaksetiaan Nik Aziz kepada agama juga untuk sementara sahaja. Politik adalah kesenian dan keberanian untuk mencapai matlamat sekalipun berolok olok dengan Allah.

Munsyi Abdullah

No comments: