Wednesday, 24 June 2009

BANGUN SERENTAK MEMPERTAHANKAN IMEJ POLIS

Oleh Munsyi Abdullah.

Usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan imej polis sedang berlaku secara konsisten. Apa juga isu samaada sah atau tidak akan digunakan oleh mereka untuk mencapai matlamat ini. Ini adalah strategi untuk menunjukan ketidakadilan dan kekejaman polis yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu.

Terbaru ialah kes tindakan polis di Klang terhadap suatu majllis jamuan makan rmalam DAP. Seperti selalunya akhbar The Star memulakan laporan dalam pekara ini seolah-olah pihak polis telah menyekat majlis itu dari diadakan pada malam Ahad lalu tanpa sebab..

Sekalipun pihak polis telah menjelaskan bahawa polis telah membatalkan kebenaran kerana penganjur tidak mematuhi syarat dan juga sekatan tertentu tetapi yang terlibat dengan penganjuran itu anggota Parlimen Klang Charles Santiago menyatakan bahawa dia tetap akan menyaman polis.

Polis menjelaskan bahawa kebenaran diberikan untuk mengadakan majlis makan malam itu didalam pejabat tetapi pada saat terakhir khemah telah didirikan di kawasan kaki lima di jalan raya yang menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. Ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Polis tentunya dituduh lemah kerana tidak dapat mengawal keadaan jika terus membiarkannya..

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan beliau sendiri telah menasihatkan Santiago supaya memindahkan jamuan malam itu ketempat lain atau di dalam stadium yang boleh memuatkan lebih 3,000 orang. Tetapi mereka enggan untuk berbuat demikian.

Sementara itu Majlis Peguam juga akan mengambil tindakan undang undang keatas kerajaan kerana polis menangkap lima peguam di luar stesen polis Brickfields sekalipun kerajaan meminta maaf.
Secara logiknya bagaimana polis akan dapat mengenal antara peguam dan bukan peguam didalam sesuatu perhimpunan. Kehadiran peguam adalah lebih menyukarkan pihak polis dan bukannya memudahkan tugas mereka.

Nampaknya Majlis Peguam yang diketuai oleh orang India telah gagal untuk mengujudkan suatu jalinan kerjasama yang baik dengan pihak polis demi kepentingan undang-undang dan keselamatan negara. Majlis Peguam nampaknya hendak mengajar rakyat supaya menjadi liar dan memusuhi polis.

Sebenarnya apa yang sedang disaksikan oleh rakyat sekarang adalah provokasi terhadap pihak polis oleh pihak-pihak tertentu dengan mempunyai niat yang jahat berasaskan prejudis dan cauvinisme..


Malangnya keadaan ini berlaku ketika tugas dan tanggungjawab polis amat genting dan semakin berat dengan masalah pendatang haram dan jenayah yang semakin ganas, buas , agresif dan bersifat kebinatangan.

Polis telah banyak berjaya dalam tindakan memerangi jenayah tetapi pernahkah pihak pembangkang atau Majlis Peguam memuji mereka. Pihak yang sepatutnya seimbang dalam tindakan dan pemikiran membuktikan diri mereka sebagai golongan yang tidak taat pada undang-undang dan langsung tidak bertimbangrasa terhadap kepentingan sebenar orangramai. Tetapi lebih mementingkan kepentingan politik dan perkauman. .



Adalah sukar untuk polis menghadapi pihak yang menggunakan undang-undang untuk menghancurkan undang-undang dengan berusaha memberikan gambaran buruk terhadap polis dan menghasut orang ramai hampir setiap hari supaya jangan percaya kepada polis.

Apa yang harus disedari oleh rakyat bahawa tindakan undang undang yang sewenang-wenang terhadap polis yang semakin kerap berlaku sekarang adalah untuk bertujuan untuk memburukan pihak polis yang dianggap sebagai simbol kepada kuasa Melayu. Usaha ini akan digiatkan dan dipertingkatkan lagi dari masa kemasa.

Usaha ini lebih mudah digerakan oleh golongan chuavanis di negara ini sekarang kerana mereka telah mendapat sokongan dari pemimpin politik Melayu yang mempunyai kepentingan diri. Mereka mahu menghapuskan kredibiliti polis dari peringkat setinggi tingginya hingga ke bawah, dari Ketua Polis Negara hingga kepada polis biasa.

Kehilangan keyakinan rakyat kepada polis akan memberikan peluang kepada pihak pembangkang dan yang berkepentingan untuk menegakkan pembohongan sebagai kebenaran dan kes benar sebagai palsu dan matlamatnya ialah untuk memburukkan kuasa Melayu.

Orang ramai harus menyedari cabaran terhadap polis ini dari masa ke masa mungkin akan memberikan kesan menjatuhkan moral dan semangat polis. Maka itu orang ramai dari semua lapisan dari pelajar, guru, kerani biasa, pegawai kerajaan, kaum perkerja, petani, nelayan dan rakyat di luar bandar hendaklah bangun sekarang menunjukan sokongan kepada pihak polis.

Rakyat mestilah bersatu dan mengambil tindakan bersama dengan apa cara yang difikirkan sesuai untuk membela pihak polis dan untuk memberikan semangat kepada polis bagi meneruskan perjuangan dan tanggungjawab suci mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negara, agama dan bangsa.

Langkah mesti diambil untuk menyusun kebangkitan ini secara teratur dan berkesan.

No comments: