Dengan pengumuman yang di buat oleh Majlis Pimpinan PR untuk tidak lagi duduk berbincang dan bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan yang diinginkan oleh Presiden Pas ia jelas menunjukan penguasaan Anwar dan pemimpin Dap ke atas Pas. Walaupun Anwar dan Dap kalah dalam percaturan meletakkan ‘anak didik’ mereka seperti Husam Musa dalam barisan tertinggi Pas, namun secara kasasrnya mereka telah berjaya menundukkan pengaruh Presiden Pas dan Timbalannya secara terbuka.
Niat murni dan baik Haji Hadi yang ditegaskan dan telah mendapat sokongan dan persetujuan para penyokongnya semasa Muktamar Pas baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung Kerajaan Perpaduan telah dinafikan oleh Anwar dan Dap.
Sepatutnya keputusan Majlis Pimpinan PR perlu diteliti oleh pucuk teringgi Pas atau di bawa kedalam muktamar atau mesyuarat tertinggi Pas sebelum pemimpin tertinggi PKR membuat keputusan. Ini jelas menunjukkan Anwar dan Dap telah menafikan hak dan sokongan penyokong Pas keatas Presiden mereka.
Anwar dan Dap sengaja mereka dan telah menggunakan perang psikologi mereka apabila mendakwa dan menuduh idea Haji Hadi adalah fitnah dan tohmahan UMNO untuk mengugat kekuatan PR. Strategi inilah yang ditanam oleh Anwar dan Dap untuk mengagalkan hasrat murni Haji Hadi yang mendapat sokongan penuh UMNO dalam usaha memperteguhkan perpaduan bukan saja dikalangan bangsa Melayu bahkan semua kaum berasaskan 1Malaysia.
Hakikatnya Haji Hadi semasa menegaskan hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan berhubung Kerajaan perpaduan adalah kerana demi bangsa dan negara dan tidak lebih dari itu. Sebaliknya Anwar dan Dap tidak melihat sedemikian, apa yang dilihat oleh Anwar dan Dap ialah kuasa, pangkat dan kedudukan.
Hakikatnya juga, Anwar dan Dap sudah melihat trend pengundi terutama bangsa Melayu yang semakin meningkat sokongan mereka keatas UMNO setelah melalui beberapa insiden-insiden terutamanya krisis di Perak. Anwar dan Dap juga sebenarnya bimbang jika cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilaksanakan ia sekaligus akan melenyapkan sokongan khususnya orang-orang Melayu terhadap Anwar dan Dap.
Dengan kata lain, Anwar dan Dap hanya menggunakan pengaruh Pas untuk meraih sokongan dan seterusnya mendapat tambahan kerusi bagi memperkuatkan pengaruh mereka dan juga untuk terus bertaktha dan berkuasa.
Namun, apa jua yang berlaku sebenarnya menimbulkan kerisauan dan kegusaran para penyokong Pas sendiri kerana dalam sekelip mata ketegasan yang diungkapkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden mereka semasa Muktamar baru-baru ini lenyap begitu saja. Mereka juga risau akan tekanan yang semakin ketara oleh Anwar dan Dap keatas Pas sehingga Pas terpaksa mengikut telunjuk Anwar dan Dap.
Perkara yang paling merisaukan penyokong Pas ialah apabila tindakan menolak Kerajaan Perpaduan seumpama menolak ajaran Islam yang menggalakkan umatnya hidup bersatu padu. Tindakan Anwar dan Dap ini dilihat seperti inginkan Malaysia menjadi sebuah negara yang tidak bersatu padu dan mereka juga melahirkan kerisauan dengan memberi contoh situasi dan keganasan yang melanda di Iran pada masa ini.
Jika di tanah Arab, anasir asing telah berjaya menghancurkan hampir keseluruhan negara Arab seperti Iraq, Afghanistan dan sebagainya, manakala hanya tinggal Iran saja yang masih kekal berkuasa dan mampu memberi ancaman kepada mana-mana kuasa yang menggugat kestabilan dan umat Islam. Tapi hari ini Iran menghampiri kehancuran apabila adanya anasir-anasir luar yang telah berjaya mewujudkan suasana tidak aman di bumi Iran.
Manakala di bumi Asia, Indonesia yang pengaruhnya Islamnya yang kuat telah dijinakkan dan bumi Selatan Thailand pula dilanda pergolakkan dan menitis ‘kelenyapan’, tidak mustahil apa yang dilakukan oleh Anwar dan Dap merupakan antara usaha anasir luar yang telah mempengaruhi mereka dan cuba menghuru-harakan negara. Sebab itulah mereka tidak mahukan sebuah negara perpaduan, kerana jika negara kita rakyatnya bersatu padu maka susahlah mereka menghancurkan pengaruh Islam.
Mungkin untuk menggunakan senjata tiada alasan, sama seperti di Iran, jadi gerakan secara halus telah digerakkan. Renungi dan hayatilah akan krisis dan persengketaan di Iran dan jadikanlah ia sebagai tauladan dan sempadan. Kekadang apabila dilamun kuasa dan ingin menjadi pemerintah, mereka akan lupa segalanya. Sehinggakan akan mengarahkan penyokong mereka bertindak di luas batas manusia, tapi ada pihak senyum dan ketawa menanti peluang yang yang ada.
Akok@Baulu
Wednesday, 24 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment