Pada 20 Jun lalu, lidah rasmi Pas melalui HarakahDaily.Net telah memaparkan kenyataan yang mengenjutkan umat Islam diseluruh negara berhubung poster Nik Aziz yang bakal mereka gunakan sepanjang pilihanraya Kecil Manik Urai Julai nanti. Dalam artikel yang bertajuk ‘Poster Nik Aziz Punya Nilai Komersil Yang Tinggi Kata Wan Rahim’ (HarakahDaliy.Net) telah mengelirukan umat Islam.
Jika diamanati dari apa yang dipaparkan dalam penulisan tersebut ia seolah-olah meletakkan Nik Aziz pada satu tahap yang cukup tinggi dan agung. Kenyataan dalam lidah rasmi Pas adalah seperti berikut:
“Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.”
(20 Jun, HarakahDaily.Net)
Apakah ini ajaran Islam yang diajar oleh Pas kepada pengikutnya? Adakah dengan hanya tengok gambar Nik Aziz akan dapat pahala tanpa kita melakukan amal ibadat? Adakah ini akidah yang diajar oleh Pas? Tidak kah ini satu ungkapan yang amat keterlaluan dan boleh memesongkan akidah umat Islam? Jika begitu, tidak mustahil lah mereka agungkan Lim Guang Eng dan para pemimpin Dap kerana pandai bercakap mengenai Islam dan pandai mengungkap ayat-ayat suci Al-Quran walaupun mereka tidak beriman dengan Allah, Al-Quran dan Al-Hadis.
Tidak mustahil juga jika pemimpin Dap turun berkempen di Manik Urai, dalam kempennya mereka akan membaca lagi ayat-ayat suci Al-Quran dan lebih mengembirakan pemimpin Pas jika ada pemimpin Dap yang berkempen di Manik Urai memakai kain sarung dan serban atau kopiah. Puak-puak Pas pasti akan bangga dan akan mereka canang bahawa masyarakat Cina (Dap) boleh menerima kehidupan orang Pas.
Memang Dap boleh terima akan kehidupan dan perjuangan Pas pada hari ini, tapi kita lihatlah apabila mereka mendapat kuasa. Lihat saja apa yang berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Dap telah ‘mengkeldaikan’ Pas dan PKR dan mengikut segala telunjuk dan strategi Malaysia Malaysian yang mereka perjuangkan selama ini.
Berbalik pada poster Nik Aziz, kalau kita nak puji dan sanjung seseorang sekalipun, buatlah berpada-pada. Janganlah sampai ia mengelurikan umat Islam.
Namun, jika diamati, kita dapat tafsirkan sendiri tujuan akan berita ini ditulis. Kerana ada desas-desus mengatakan bahawa tulisan ini sebenarnya dilihat untuk menjatuhkan Nik Aziz gara-gara krisis dalaman Pas berhubung Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Haji Hadi. Dikatakan juga, dalam pilihanraya kecil Manik Urai nanti tiada satu pun poster Presiden Pas tersebut yang akan digantung, tanda protes penyokong Nik Aziz kepada Haji Hadi.
Dikatakan juga tujuan tidak mengantung poster Haji Hadi adalah semata-mata untuk ‘play safe’ kerana bahang kekalahan Pas untuk mengekalkan kerusi Dun Manik Urai telah dirasai. Salah satu pihak akan dipersalahkan, samada kesalahan tersebut pada Nik Aziz kerana ‘muka’ beliau saja yang akan terpampang di Manik Urai atau kerana tidak mengibarkan poster Haji Hadi.
Namun, hakikatnya inilah akibatnya jika mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Kerana sebelum ini lidah rasmi Pas dalam memaparkan pelbagai berita yang kononnya "benar-benar" belaka, kantoi dalam etika penyampaiannya. Berita-berita yang dipaparkan baru-baru ini mempunyai tajuk-tajuk yang cukup menjengkelkan, malah isi kandungannya pula kadang-kadang dilihat seperti "terdesak" dan akibatnya ia menggelirukan umat Islam.
Akok@Baulu
Wednesday, 24 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment