Saturday 11 July 2009

ANWAR IBRAHIM AUNG SAN SUU MALAYSIA




Nampaknya Jabatan Kehakiman dan Keadilan telah menghulurkan kail yang sangat panjang untuk menjerat Anwar Ibrahim sehingga orang ramai tidak lagi dapat mengingatkan sudah berapa kali umpan habis ditelannya.

Jabatan Kehakiman dan Keadilan masih belum mahu merentapnya talinya kerana percaya dengan acara ini ia dapat membuktikan bahawa Malaysia adalah benar benar sebuah negara yang demokratik yang membenarkan rakyatnya mengexploitasi undang undang sehingga keruang yang terakhir.

Dalam kes liwat Anwar orang ramai sudah fedup sehingga penyokongnya sendiri pun yang ingin melihat kes ini diselesaikan dengan segera sudah tidak yakin lagi kepada kesungguhan mahkamah untuk membicarakannya. Maka itu mereka memulaukan tunjuk perasaan sokong Anwar kerana kecewa untuk mendapatkan kepastiannya. Maka itu hanya 100 orang sahaja yang hadhir dari 10,000 yang di jangkakan.

Yang jelas ialah Anwar Ibrahim bermain surung papan tarik papan dengan mahkamah, dia tidak mahu kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan mahu di kekalkan perbicaraannya di Mahkamah Sesyen. Tentunya orang ramai bertanya adakah dia telah yakin bahawa jika dibicarakan di Mahkamah Sesyen maka beliau pasti mendapat keadilan dan Hakim Mahkamah Tinggi adalah penyokong kerajaan?. Inilah gambaran yang cuba diberikannya dengan menunjukan ketidakyakinanya itu bagi menghakiskan Imej Kehakiman dan Keadilan di negara ini..

Hakikat yang sebenar ialah beliau tidak mahu dibicarakan langsung kerana beliau tidak pernah melakukan dosa liwat. Dikenali sebagai orang yang suka mengambil anak anak muda lelaki yang “cantik” berkerja dengannya bukan berarti dia suka liwat.

Permohonannya yang terbaru untuk melewatkan lagi kesnya didengar kerana takut perkara perkara yang memalukan terdedah ialah beliau mengemukakan satu lagi permohonan meminta pasukan pendakwaan mengecualikan diri mereka daripada terlibat dan mengendalikan dakwaan terhadapnya. Dalam kata kata lain dia mahu batalkan sahaja semua tuduhan terhadapnya.

Hari Rabu lalu kes liwat ketua Pakatan Pembangkang itu di tangguhkan bagi kali keempat kerana Peguamnya Sulaiman Abdullah telah dimasukan ke Hospital Kuala Lumpur kerana tidak sihat , tetapi kabar angin yang bertiup kencang mengatakan Sulaiman sudah tidak yakin lagi untuk mempertahankan kes ini.Lagi pula beliau seorang converted muslim yang cukup beriman. Setakat ini tidak ada seorang pun peguam Melayu dan Islam yang mahu mempertahankan kes Anwar ini kerana takut menanggung dosa.

Kes Anwar akan didengar semula pada 15 Julai serentak dengan permohonanya yang terbaru . Bolehkah kita bayangkan seorang rakyat biasa yang dituduh merogol atau sekurang kurangnya berkhalwat dibatalkan tuduhan terhadapnya dengan begitu sahaja?.

Adalah jelas bahawa Anwar Ibrahim telah mengexploitasi apa juga ruang undang undang supaya kesnya tidak didengar langsung di Mahkamah atau dibatalkan. Usaha ini tidak sahaja di jalankan menerusi peguam tetapi juga menerusi media asing dan juga kerajaan kerajaan yang pro kebebasan dan homosexual.

Pihak British telah pun menggunakan agensi beritanya Reuter yang mempunyai orang upahan Anwar didalamnya dengan mempromosikan imej Anwar sebagai setaraf dengan pejuang demokrasi dan kemanusiaan Burma( Myanmar) Aung San Suu.

Agen Singapura di Malaysia, portal berita Malaysian Insider telah pun menggunakan sebuah rencana Reuter yang cuba menghakiskan keyakinan terhadap pimpinan baru Malaysia Datuk Seri Najib dengan mengaitkan kes Anwar sebagai tanda tiada kebebasan Mahkamah di Malaysia dan Najib sama dengan sikap Tun Dr.Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.

Rencana ini mengemukakan Anwar sebagai senasib dengan pejuang kebebasan,demokrasi dan kemanusiaan Burma Aung San Suu. Dari segi perjuangan untuk hak kemanusiaan memang penglibatan Anwar tidak boleh dinafikan kerana implikasi kesnya adalah beliau memperjuangkan kebebasan amalam homosexual di Malaysia yang menyebabkan beliau amat popular di kalangan Gay di Malaysia sekarang ini.

Bahawa hanya segelintir manusia sahaja yang datang untuk menjerit reformasi menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat di Makamah Tinggi termasuk beberapa orang Gay jelas menunjukan pada umumnya orang sudah muak dengan penangguhan kes Anwar dan disuatu pihak lagi mereka tidak lagi dapat menerima sikap Anwar mempermain mainkan mahakamah.

Ini juga menyebabkan umum bertanya apakah Jabatan Kehakiman dan Keadilan kita mempunyai penghormatan diri apabila ternampak ia berada dalam ketakutan menghadapi ugutan dari seorang ahli politik jalanan yang dari masa kemasa menggunakan unsur unsur kekerasan untuk membersihkan dirinya.

Adakah mana mana mahakamah atau hakim di Malaysia akan memberikan layanan yang istimewa kepada rakyat biasa atau kepada bukan orang politik seperti yang diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim?.

Adakah Jabatan Kehakiman dan Keadilan percaya bahawsa keadilan dan kebebasan Malaysia hanya akan diyakini oleh rakyat dan dunia dengan memberikan layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim tanpa memberikan perhatian yang berat dan adil kepada pengadu?.

Tidakkah Jabatan Kehakiman dan Keadilan sedar bahawa imej mereka sekarang ialah sebuah jabatan yang pengecut, penakut dan tidak berkuasa dan tidak mempunyai kewibawaan? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka dilihat sebagai telah tunduk kepada kuasa politik dan bukan kuasa rakyat dan tuntuan keadilan ?.


Sebanrnya Jabatan Kehakiman dan Keadilan Malaysia sekarang berhadapan dengan suatu cabaran terhadap integritinya yang meliputi imej kebebasan dan kredibiliti yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara kecuali dalam kes Anwsar Ibrahim.

No comments: