Tuesday, 14 July 2009

LIM GUAN ENG BONGKAK


Penduduk Kampung Buah Pala hampa dan kecewa apabila pertemuan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang ditunggu-tunggu sejak seminggu lalu gagal menyelesaikan masalah mereka. Sekumpulan 20 penduduk kampung yang hadir terkejut apabila dimaklumkan hanya lima orang dibenarkan naik ke pejabat Ketua Menteri dan hanya dibenarkan berbuat demikian seorang demi seorang. Selain itu, peguam yang mewakili penduduk, RSN Rayer turut tidak dibenarkan turut serta dalam pertemuan itu. Penetapan syarat-syarat itu menyebabkan suasana kecoh sehingga akhirnya hanya seorang penduduk sahaja yang naik ke pejabat Ketua Menteri. Malahan, Guan Eng turut merasa kesal kerana tidak dapat bertemu dengan penduduk kampung kerana penduduk tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.

Tingkah laku Lim yang meletakkan syarat bagi bertemu rakyat menggambarkan beliau seorang yang bongkak. Salepas menjadi ketua Menteri Pulau Pinang, sikap beliau berubah. Rakyat sudah dianggap menyusahkannya. Jika dia ikhlas untuk membantu rakyaat seperti mana yang beliau janjikan dalam PR Umum lalu dan di majlis-majlis ceramahnya dari mula dia masuk politik, di seharusnya tidak meletakkan syarat-syarat untuk berjumpa dengan nya. Orang macam ini ibarat kacang lupakan kulitnya. Sekarang dia merasai betapa susahnya untuk memerintah dan mentadbirkan sebuah negeri. Masa dia menjadi pembangkan, apa yang dia tak kata pada kerajaan dan segala cemuhan dan cacian dilakukanya. Nah sekarang baru dia tahu tinggi rendahnya langit. Padan dengan mukanya.

No comments: