Salepas menonton debat antara Shabery dengan Anwar semalam, pengunjung cafe berbelah bagi tentang kekuatan hujah perdebatan kedua-dua pihak. Memanglah mudah bagi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melemparkan tuduhan kononnya wang hilang dan dibazirkan berikutan pengurusan wang kerajaan melibatkan rasuah dan kebocoran.
Kini beliau di luar kerajaan amat mudah membuat tuduhan. Kerajaan kini berhempas pulas memastikan turut ditahan adalah ikan besar dan tidak seperti dulu dituduh ikan bilis saja. Semua perlukan bukti kukuh.
Tetapi beliau sendiri sewaktu berada dalam kerajaan dulu seolah-olah membiarkan kegiatan rasuah khususnya di kalangan kroni-kroninya. Mereka ini terlibat dengan pelbagai cara agar semua dilakukan tidak terlalu ketara.
Bayangkan kroninya yang berpendapatan sekitar RM15,000 sebulan mampu membina banglo bernilai RM1 juta di tanah kawasan tinggi premiumnya di pinggir ibu negara. Kroni yang hanya seorang biasa itu sebelum ini turut mampu membina sebuah banglo lagi bagi ibu bapanya di kampung bahagian utara tanah air.
Semua ini adalah sebahagian daripada habuan dan sebagai persediaan sebelum yang empunya diri dipilih menjadi calon pilihan raya. Malang sekali hajat tidak tercapai apabila Anwar dipecat pada 1998.
Antara cara tumbuk rusuk membabitkan kroninya adalah setiap ahli perniagaan dan tokoh korporat yang mahukan projek daripada Anwar perlu melalui kroninya. Komisen dan rasuah ditabur golongan peniaga itu kepada kroni yang dengan bertindak sebagaiperantara begitu lumayan sekali.
Itupun tukang pembuka pintu pun perlu disogok dulu barulah sampai kepada perantara berkenaan.
Ada lagi kroni Anwar yang mampu membina banglo seperti mahligai juga menelan belanja berjuta ringgit di kawasan strategik. Tetapi oleh kerana ia diperolehi dengan cara syubhat, mahligai itu tidak dapat dihuninya.
Memang Anwar, ibarat kata pepatah Kata dulang paku serepih, kata orang dia yang lebih.
Amalan memberi habuan dan ganjaran kepada kroni sememangnya melibatkan ramai ahli perniagaan dan tokoh korporat lain hingga ada yang mampu memiliki sebuah rumah di KL, sebuah lagi untuk musim luruh di Down Under dan rumah musim panas di UK.
Kerja kroni hanya menjadi tukang kipas atau seperti lagu dendangan Alak dari kugiran underground Carburettor, Jilat..jilat jubur korporat.
No comments:
Post a Comment