Tuesday 12 May 2009

GERAKKAN KOMUNIS UNTUK MEMPENGARUHI PENDUDUK TANAH MELAYU

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan satu keputusan yang diterima dengan hati terbuka dan fikiran waras oleh BN dan semua penyokong serta ahlinya. Walaupun dengan hati yang berat, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hendaklah diterima, setelah Kerajaan BN di bawah Zambry berusaha kembali untuk memperbaiki kehidupan rakyat setelah diabaikan semasa di bawah pentadbiran Kerajaan PR.

Walaupun apapun Kerajaan BN di bawah Zambry sudah pasti tidak akan berdiam diri dan pasti akan berusaha kerana Mahkamah Persekutuan masih boleh mendengar dan meneruskan perbicaraan kes Menteri Besar Perak yang sah. Namun, sepanjang hampir 100 hari di bawah pentadbiran Zambry, pelbagai usaha telah dibangunkan oleh BN dalam menanggani kesusuhan dan keresahan sepanjang di bawah pentadbiran PR.

Namun, jika mengambil kira keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ini bermakna rakyat Perak akan kembali berada dan hidup dalam kesusahan disebalik kemewahan kehidupan para Exconya. Rakyat hidup dalam kesusahan, namu para Exconya menikmati kehidupan kemewahan yang melimpah ruah seperti bergaya dengan Toyota Camry untuk ke pejabat.

Jika benarlah juga ini keputusan buat Kerajaan BN di Perak dan juga Kesultanan Perak, maka Perak akan kembali berada seperti di bawah pengaruh ‘komunis’. Ada sumber menyatakan bahawa DAP sememangnya bercita-cita untuk mentadbir dan memerintah negara. Walaupun terpaksa menunggu lama, hingga berpuluh-puluh tahun lamanya, namun kesabaran itu ada hasilnya.



Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Nizar dan PR memberi sinar harapan baru buat DAP untuk meneruskan agenda mereka memperluaskan pengaruh dan agenda politik mereka. Dalam melebarkan pengaruh dan sokongan politiknya, DAP akan cari mereka yang boleh ‘diperbodohkan’. Melihat kelemahan Pas yang memang terkial-kial dan terlalu inginkan kuasa, DAP menggunakan sepenuhnya kelemahan tersebut untuk ‘mengkeldaikan’ Pas.

Pas mudah disogok dengan pangkat dan kedudukan, mereka tidak kisah jika dijadikan ‘keldai tunggangan’ asalkan mendapat pangkat dan kedudukan. Sebagai ‘keldai tunggangan’ mereka hanya menurut saja apa yang diarahkan oleh ‘tuannya’. Sang ‘tuan’ pula bijak menggunakan keadaaan dengan melontarkan perjuangan amal makruh nahi mungkar dan berjuang kearah fisabillillah.

Untuk menyakinkan Pas mudah ‘dikeldaikan’ pemimpin DAP mula menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk tarik perhatian. Dipertahankan oleh para pemimpin Pas, kononnya tidak salah jika pemimpin bukan Islam terutama pemimpin DAP membaca ayat suci Al-Quran. Apabila ada yang menentang, mereka mereka mendakwa ‘orang’ tersebut tidak faham pasal Islam, mereka lebih fasih dan faham pasal Islam. Sebab mereka lebih faham dan fasih lah dahulu mereka haramkan UMNO kerana berkawan dengan MCA dan MIC dan sebaliknya hari ini mereka adalah kawan rapat kepada DAP.

Pas mungkin tahu dan sedar kenapa dan apa tujuan pemimpin DAP menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan pendekatan Islam dalam kempen politik mereka. Namun, atas sebab pangkat dan kedudukan, semua itu tidak diambil pusing lagi oleh Pas. Sedangkan jika kita belajar sejarah dan menghayati sejarah, penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah dipratikkan oleh Parti Komunis untuk menyebarkan pengaruh mereka.

Jadi tidak mustahil apa yang DAP buat adalah berdasarkan apa yang telah dibuat oleh Parti Komunis sebelum ini. RTM dalam berita ringkasnya pada tahun 1983 adalah bukti kukuh bagaimana Parti Komunis menggunakan ayat suci Al-Quran untuk mempengaruhi perjuangan mereka (capaian berita ringkas RTM boleh didapati di(http://www.youtube.com/watch?v=Do5d7dBMtH8).

Kalau dilihat berdasarkan sejarah negara pun, para pemimpin Pas pernah berjuang dan menyokong perjuangan Parti Komunis semasa Tanah Melayu bergelut memperjuangkan Kemerdekaan negara. Kita tidak boleh menolak dan menafikan fakta dalam Sejarah.


Akok@Baulu

3 comments:

syauqie said...

Tuan Punya Blog ,

Bila rasa bengap, baghal , takut serta rasa tak selesa dengan keadaan semasa, maka apa yang terbaik untuk mendukung citra politik semasa selalunya akan jadi taruhan.

Melabelkan BN lebih baik berbanding PR adalah terlalu am. Melabelkan DAP seperti komunis juga adalah label am, melabelkan orang PAS senang dibeli juga terlalu general.

Yang nyata , bila takut berhadapan dengan realiti utk mengembalikan kuasa politik kepada rakyat....itu yang BACUL. Itu yang BN sedang hadapi kerana takut akan mendapat kekalahan yang paling besar dalam sejarah PRK.

Saya percaya BN tak kan mampu mendapat 28 kerusi mahupun lebih jika DUN Perak dibubarkan. Itu yang pasti.

BN berani gunakan saluran perundangan kerana percaya mereka ada peluang disitu, tapi yang lebih berani ialah PR kerana sedia memberikan mandat semula kepada rakyat.

Siapa yang ada TELOR sekarang ? BN ...... kah kah kah ... kah kah kah .... kah kah kah

Anonymous said...

Betul apa yang syauqie tulis,
Selama ini BN kata majoriti rakyat perak sokong mereka tapi kenapa takut untuk adakan pilihanraya.
Kalau berani buatlah, jangan jadi pondan memekak seluruh kampong tapi bila ajak lawan takut, yang tahu berselindung disebalik polis

WARIS PAHANG said...

Semasa sekolah dahulu cikgu ada bagi tahu, ancaman komunis telah berakhir tetapi fahaman komunis dan ideologinya belum berakhir.
Mereka tidak akan berputus asa.