Thursday, 21 January 2010

PENDEDAHAN DAN PENYELEWENGAN OSA AKAN DIGUNAKAN



Kerana kebaculan akibat menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan keluarga terbongkar, maka kaki-kaki ampu Nik Aziz mula mempertahankan dan juga mempersoalkan bagaimana penyelewengan kerajaa negeri boleh jatuh ketangan pihak tertentu dan didedahkan dalam media. lebih meloyakan dan memualkan apabila kaki ampu Nik Aziz mula mengeluarkan ugutan untuk menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menyiasat mereka yang mendedahkan penyelewengan tersebut.

Nampaknya akibat terdesak kerajaan negeri Kelantan akhirnya dilihat akan menggunakan OSA yang mereka tentang selama ini untuk menutup penyelewengan dan kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini juga dilihat kerajaan negeri takut dan cuba menghalang rakyat mendapat cerita yang sebenar.

Persoalannya kenapa OSA nak digunakan? Bukankah Pas semasa kempen PRU lalu dan dimana-mana ceramah yang mereka buat sentiasa menentang dan mengharamkan OSA dan juga ISA. Pas lah parti yang bersungguh-sungguh mahu ISA dan OSA dimansuh dan dihapuskan. Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, mereka pula ingin gunakan OSA yang mereka tentang sebelum ini.

Benarlah kata orang-orang di Kelantan, bagi Pas orang lain buat terutamanya UMNO semuanya haram, zalim dan sebagainya tapi kalau sesuatu perkara itu terkena pada batang hidung mereka, yang haram akan jadi halal dan yang zalim akan jadi adil. Bukti Pas menentang OSA dan ISA jelas dalam menifesto Pas pada PRU lalu (pru12.pas.org.my/manifesto/ManifesFinalDetail.pdf).

Menggunakan OSA juga bermakna ‘ugutan’ buat mana-mana Exco Kelantan yang cuba membongkar dan menjual maklumat mengenai apa-apa penyelewengan yang masih bertimbun tersimpan. OSA juga merupakan tindakan terdesak kerajaan negeri Kelantan untuk menutup segala penyelewengan yang dibuat oleh menantu Nik Aziz untuk mengisi kantong keluarga dan melebarkan empayar kronisme mereka.
Ada juga yang mendakwa usaha bersungguh-sungguh Nik Aziz membawa masuk menantunya dalam pentadbiran negeri selama ini adalah untuk melebarkan dan memperkukuhkan penguasaan empayar keluarganya dalam mempastikan kronisme keluarganya terus menguasai Kelantan. Maknanya antara mana-mana Exco usahlah berangan nak jadi Menteri Besar kerana jawatan tersebut sebelum ini sudah ditender dan sebab itulah Nik Aziz mati-matian tak ingin letak jawatan.

Sekarang ini barulah semua buka mata, sebelum ini Nik Aziz dan Pas selalu menghina dan mengutuk UMNO/BN mengamalkan kronisme, rasuah dan sebagainya. Kini semuanya sudah terbukti, apabila nafsu politik mengatasi perjuangan parti akhirnya terdedah memakan diri sendiri. Agama yang diperjuangkan selama ini tidak dipertahankan, sebaliknya menyokong sebarang tindakan rakan-rakan dalam politik yang menghina dan mampu mengelirukan rakyat beragama Islam. Rasuah sudah menjadi amalan sehingga amalan seks bebas dipertahan dan rasuah seks dianggap sebagai rezeki yang tidak boleh ditolak.


Akok@Baulu

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

hahahaha... nanti kalau perlu ISA PUN MEREKA AKAN PAKAI UNTUK SELAMATKAN DIRI DAN ANAK BERANAK DI KELANTAN TU.....itulah dunia