Friday 29 January 2010

POLIS TRAFIK HANYA HANGAT HANGAT TAHI AYAM.

Oleh Munsyi Abdullah

Kita amat menghormati usaha polis untuk mengajar pejalan kaki supaya mematuhi peraturan lalulintas jalan raya tetapi oleh kerana usaha ini tidak berlaku secara konsisten atau sekejap ada sekejap tiada, maka orang ramai terperangkap dalam keadaan yang boleh menimbulkan kemarahan terhadap pihak polis apabila dikuatkuasakan dengan tiba tiba.

Contohnya ialah tindakan polis menahan dan menyaman orang ramai yang melintas jalan raya tanpa menggunakan jejambat menyambungkan Sungai Wang dan Lot 10 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sekalipun telah ada jejambat tetapi telah bertahun tahun orang ramai dibiarkan bermaharajalela melintas jalan di bawah.

Ramai orang terkejut bila melintas tiba tiba didatangi oleh anggota anggota polis trafik dengan wajah yang bengis terus meminta Kad Pengenalan dari mereka . Harus diingatkan kawasan ini adalah tumpuan pelancong. Bila orang ramai bertanya, mereka tidak di beritahu sebab dan polis terus meminta kad pengenalan.

Orang ramai sewajarnya menghormati usaha polis untuk mendisplinkan penjalan kaki tetapi di samping itu pihak polis trafik membiarkan teksi dan kereta kereta menunggu di jalan raya didepan hotel hotel lima bintang dan juga di hadapan pusat membeli belah Pavillion di Bukit Bintang terutama di sebelah petang yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Hal Ini telah menyebabkan pandangan serong orang ramai atau menimbulkan berbagai prasangka awam terhadap polis malah jika diperhatikan kelakuan pemandu pemandu teksi disini seolah olah mereka berkuasa ke atas polis.

Maka itu amat jelas nampak kepada orang ramai sikap “double standard” pihak polis dalam menjalankan tindakan untuk menguatkuasakan peraturan lalu lintas. Memang sudah sampai masanya untuk polis bertegas tetapi harus di ingatkan ramai orang yang lebih faham dengan budaya polis yang banyak bertolak ansur terutama dalam peraturan jalanraya.
.
Maka itu, tindakan yang mengenai orang ramai khususnya pejalan kaki supaya melintas di tempat yang disediakan hendaklah di jalankan dengan mengingatkan mereka lebih dahulu kerana mereka tidak ingat bilakah masanya polis biasa bertegas. Saya tidak fikir media terutama TV 3, RTM dan akhbar akhbar tidak boleh membantu menghebahkan usaha polis ini sebelum menjalankan penguasaan untuk sekali dan selama lamanya.

Pihak polis tidak lagi boleh bertolak ansur terhadap kenderaan awam, terutamanya pemandu pemandu teksi yang telah dikenali sebagai samseng di bandar Kuala Lumpur. Sikap Polis dan JPJ dalam hal ini adalah memalukan jika dibandingkan dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Singapura dalam mendisiplinkan pemandu teksi dan orang ramai awam.
.


Sikap hangat hangat tahi ayam ini Polis amat jelas di Jalan Chow Kit di mana polis membiarkan orang ramai melintas jalan raya disana sini setelah usaha untuk membetulkan displin mereka gagal. Kegagalan ini adalah oleh kerana Polis, Bandaraya dan JPJ tidak menampakan kesungguhan dalam tugas mereka dan orangramai telah pun melihat ini sebagai keperibadian Polis Diraja Malaysia..

Lebih buruk lagi kawasan ini di penuhi oleh pendatang pendatang asing dan tidaklah mengherankan jika polis kita tidak dihormati oleh mereka..

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah berkerjasama dengan pihak polis apabila hendak melaksanakan sesuatu peraturan atau untuk menjalankan kempen supaya pejalan kaki menghormati aturan lalu lintas.

Melaksanakan tindakan yang drastik tanpa menjalankan kempen lebih dahulu terhadap awam tentunya akan memberikan kesan buruk tidak sahaja kepada polis tetapi juga kepada kerajaan yang sedang menghadapi usaha bertubi tubi dari pihak pembangkang untuk memburukan imej polis. Polis tidak seharusnya dilihat tanpa sedar turut membantu usaha ini.
.




2 comments:

herokecik said...

Bersyukur rasanya kalau dapat melihat polis memaki tali pinggang semasa memandu atau berada didalam kenderaan polis.....

Anonymous said...

NAK KATA BODOH DAH PANDAI MENAIP SILA KAJI KENAPA POLIS @ ANGGOTA KESELAMATAN DIBENARKAN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG BILA MENAIKI KENDERAAN PERKHIDMATAN... CARI DAN BACA BARULAH KOMEN