Sunday 10 October 2010

Rais dituduh Menyalahgunakan Kuasa oleh Rocky Bru

Blogger Big Dog atas arahan Rocky Bru yang kemudianya menyiarkan semula dalam blog Rocky Bru.com satu tuduhan melulu terhadap Menteri Penerangan DSU Dr Rais Yatim dan KSU KPKK. Kononnya anak-anak mereka mendapat habuan kontrak membekalkan komputer 1Malaysia. Kita lihatlah sekarang ni, pengamal media yang berwibawa seperti Dato Akhiruddin Atan aka Rocky Bru pun amat mudah meninggalkan amalan kewartawanan yang baik nya dan merendahkan martabatnya ke taraf blogger GOBLOK ( istilah yang icipta oleh Dato A kadir jasin terhadap blogger yang lempar batu sembunyi tangan). Adalah amat mudah untuk menuduh sesaorang rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Kalau benar dan mereka ada bukti kenapa tak buat saja laporan polis. Pastinya mereka tidak tahu akan proses tender kerajaan yang cukup telus dan teliti terutama yang melibat tender besar seperti ini.

latest Update: 11 Okt 2010

Khabarnya DSU Menteri KPKK telah membuat laporan polis terhadap tuduhan melulu Rocky Bru dan mengeluarkan kenyataan media menafikan tuduhan melulu tersebut. Syabas DSU Dr Rais Yatim, berani kerana benar.

3 comments:

Anonymous said...

hahahaha..blogger goblok pencacai Rais..follower baru ada 28 orang dah nak tunjuk hebat..compare dengan dato Rocky,tgk ada berapa

Anonymous said...

anda tersilap tafsir apa yg dato rocky tulis. Bacalah sekali lagi, mungkin pandangan akan berbeza but the thing is Dato' Rais making enemies with whom he shouldn't to.

tenno

Anonymous said...

Saya selalu mengikuti isu semasa yang diutarakan oleh blogger. Saya rasa mungkin saudara tersilap dalam menaksir apa yang di tulis oleh Rocky Bru. Itu pendapat saya. Saya rasa Datuk Rais telah melakukan tugasnya dengan baik berbanding dgn Zam sebelum ini. Tetapi isu - isu yg melibatkan media baru ni, rasa macam tak kena je, mungkin Datuk Rais di beri maklumat yang kurang tepat sikit.

Harap semuanya dapat diselesaikan secara baik

Wassalam.

Matthahail