Sunday, 17 May 2009

WARKAH TERBUKA UNTUK NIZAR BINTANG TIGA

MONDAY, MAY 11, 2009
WARKAH TERBUKA UNTUK NIZAR BINTANG TIGA

Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri kerana berjaya menjadi Menteri Besar semula dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.

YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam. Tetapi kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.

Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat. Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair. Tahniah Dato Seri.

Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP. YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.

YAB Dato Seri saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Seri lah wira.

Dato Seri tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.

Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agar kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar.

Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran. Amin

Salam Hormat

Rahimi Ariffin
Kg Seri Kinta
Ipoh Perak

2 comments:

Anonymous said...

ALAM UTK RAHIMI SBLUM APE2 KTE KENE BYK MMBACA...SYE INGAT ANDA NI DOK BCA UTUSAN JE KOT..TU YG TAK TAU MNGENAI TANAH 999 TH TU...ANDA PENAH TAU KE NIZA BG APE KAT SEK AGAMA RAKYAT?TENTU TAK TAUKAN...ANDA NI BOLEH LA DIIBARATKAN SPT KATAK DLM GELAS..BLH TNGOK TP TAK BOLEH KLUA.SYE ORG GUNUNG RAPAT...KESIAN KT AWK..MINDA AWK DIPERGUNAKAN OLH UMNO SECUKUP CUKUPNYE.AWK KENE INGAT NABI PUN TAK PENAH HIRAU DGN BANGSANYE...TAPI APE YG PENTING ISLAM MESTI TERTEGAK DIBUMI INI.

Anonymous said...

Assalamualaikum En Rahimi,
Sedarlah bahawa Nabi Muhammad itu tak pernah menegakkan Ketuanan Arab..hanya Islam sahaja yg ditegakkan..Islam mementingkan keadilan..kesamarataan..tidak ada buruk sangka dan bermacam sifat murni utk mencapai akhlak yg baik..harap2 En rahimi selidik dahulu dr membuat tuduhan melulu kpd YB Nizar..
p/s : saya adalah salah seorang pemilik tanah lot berbangsa melayu yg juga mendapat manfaat penukaran dr 99 tahun ke 999 tahun...saya juga adalah seorang melayu yg melihat bagaimana bukit2 batu kapur di keliling ipoh diberi kpd tauke cina dan diratah..saya juga adalah seorang melayu yg melihat tanah2 di tambun diberi kepada sunway...sedarlah jgn kuman di seberang lautan je yg nampak tapi dinasour kat depan rumah tu hang tak nampak..