Monday, 13 July 2009

CUTI UMUM BENTENG TERAKHIR UNTUK PUJUK RAKYAT




Saat-saat akhir menjelang pilihanraya kecil Manek Urai melihatkan Pas terpaksa menggunakan strategi terakhirnya dengan mengistiharkan cuti peristiwa bagi negeri Kelantan. Nampaknya dalam keadaan terdesak dan semakin terhimpit, kerajaan Negeri Kelantan terpaksa menyogok para pengundi dengan memberi atau istiharkan cuti bagi seluruh negeri.

Ia sebenarnya tamparan buat Pas kerana konflik antara pemimpin tertinggi Pas sudah dihidu dan mendapat tempiasnya apabila penduduk dan rakyat Kelantan tidak selesa dengan situasi dalaman parti Pas yang dikatakan dikuasai dan dipengaruhi oleh kumpulan Endorgan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan pengikut kuatnya Husam Musa dan perancang strategi Lim Kit Siang. Manakala Nik Aziz yang telah terpedaya dan termakan kata-kata manis Anwar hanya digunakan sebagai batu lonjatan untuk tarikan sokongan penyokong Pas.

Sebenarnya tembelang Pas selama 20 tahun memerintah Kelantan dibuka seluas-luasnya oleh UMNO dan BN sepanjang kempen berlangsung. Keadaan penduduk dan pembangunan di Manek Urai amat daif dan tidak terurus di bawah pimpinan 20 tahun Pas. Walaupun saban kali tibanya musim pilihanraya, pelbagai janji manis disogokkan namun hakikatnya sehingga hari ini penduduk Manek Urai masih hidup ditahap lama tanpa pembelaan dari pemimpin Pas. Dengan kata lain tahap insfrastruktur di Manek Uaria amat menyedihkan dan inilah menjadi harapan pada penduduk Manek Urai supaya BN kembali untuk membangunkan Manek Urai.

Sepanjang kempen, boleh dikatakan pemimpin Pas dan juga PR langsung tidak menyentuh perihal pembangunan, mereka menyatakan pembangunan tidak penting dan sebab itulah mereka lebih menyentuh soal perjuangan Islam. Namun, walaupun isu perjuangan Islam dijadikan bahan kempen, penduduk Manek Urai juga minta penjelasan daripada pucuk pimpinan tertinggi Pas berhubung arah tuju perjuangan Islam Pas? Mereka bertanya jika Islam di perjuangkan kenapa Kerajaan Negeri Kedah sanggup mencari tapak baru untuk membina pusat ternakan babi termasuk juga ladaing ternakkan babi di Selangor? Jika dahulu ketika Selangor di bawah BN, Pas menggelarkan Selangor sebagai Negeri Darul Babi, tapi apa dah jadi dengan Kedah? Bolehkah kita gelarkan Kedah juga sebagai Negeri Darul Babi kerana terpaksa akur dengan kehendak Dap?

Bagaimana pula hasrat Presiden Pas untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan yang ditolak oleh Nik Aziz tapi Nik Aziz tekad untuk berdebat dengan UMNO mengenai Negara Islam, sedangkan Nik Aziz tidak pula berani membuat kenyataan dan mengutus surat secara terbuka untuk berdebat dengan Karpal Sigh atau Lim Kit Siang mengenai Negara Islam yang ditentang oleh Dap? Sebaliknya Nik Aziz sanggup berpeluk-pelukan dengan Lim Kit Siang dan menyokong supaya Elizabeth, Adun Bukit Lanjang dalam isu ‘ranjang’ baru-baru ini terus kekal dalam barisan Exco Selangor. Rakyat ingin penjelasan, kenapa barisan Exco Pas tidak bersuara dan membantah tindakan tersebut?

Sebenarnya dalam pilihanraya kecil Dun Manek Urai ini Pas terpaksa kerja seorang diri. Dap dan PKR langsung tidak peduli kerana mereka takut jika mereka turun di Manek Uria rakyat akan menolak Pas dalam pilihanraya kecil ini. Namun, kumpulan Endorgan yang diketuai oleh PKR dan Dap tetap menjadi dalang dalam percaturan strategi untuk mengekalkan kerusi Dun Manek Urai di bawah Pas. Tapi penduduk Manek Urai sudah ‘bukak mata’ dan sudah ‘celik’ dengan permainan jijik politik PR yang diatur oleh PKR dan Dap.

Akibat desakan dan kehendak penduduk dan penyokong Pas di Manek Urai, Nik Aziz terpaksa akur dan tunduk dengan egonya apabila terpaksa menjemput Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok turun padang untuk memancing penduduk Manek Urai. Tapi ia sudah terlambat, kerana penduduk Manek Urai tahu akan lakonan Nik Aziz terhadap Timbalan Presiden Pas dan juga Presiden mereka. Nik Aziz hanya berlakon mereka sudah berbaik semula, tapi hakikatnya perasaan marah Nik Aziz kepada Timbalan Presiden masih berbauk-buak. Apa tah lagi apabila Anaknya sendiri mengiakan bahawa tidak mustahil Pas dan UMNO akan bersatu kelak.

Penduduk Manek Urai juga perlu dijelaskan akan janji yang ditabur oleh Pas seperti pembinaan jambatan keretapi dan pasar awam di Pasir Mas yang mereka menuduh UMNO tidak laksanakan pembangunan. Hakikatnya penduduk di Pengkalan Pasir telah menikmati pembangunan setelah kawasan tersebut dimenangi oleh BN pada selepas pilihanraya kecil Dun Pengakalan Pasir pada 2005. Hakikatnya mereka tabur janji tapi bila tidak terlaksana mereka akan menuding jari kepada BN. Dan ia terbukti apabila penduduk Kampung Buah Pala akan mengedarkan DVD mengenai janji manis yang ditabur oleh pemimpin PR ketika pilihanraya umum lalu, jadi kita tunggulah nanti DVD tersebut.

Tapi tidak mustahil pemimpin tertinggi PKR dan Dap yang telah menabur janji semasa kempen pilihanraya umum lalu akan menabur wang yang banyak bagi menutup cerita dan dari tersebarnya DVD tersebut. Jika tersebar maka, sah lah para pemimpin PKR dan Dap hanya pandai menabur seribu janji tetapi tidak pandai untuk menunaikannya. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar permainan politik untuk berkuasa.

Temberang pembangkang hari ini sudah mula kelihatan dan mereka mula merasa kepanasan. Sebab itulah untuk dapatkan sokongan, mereka terpaksa menurunkan Timbalan Presiden Pas untuk berkempen dan juga mengumumkan cuti peristiwa bagi negeri Kelantan sebagai keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan.

Akok @ Baulu

1 comment:

daniel lee said...

Apapun PAS akan menang sebab UMNO parti duit. Duit boleh beli orang bodoh tapi tak boleh beli orang cerdik macam orang Manik Urai...