Tuesday, 10 November 2009

SEMINAR PAS: ADA YANG KECEWA TAPI RAKYAT TIDAK TERPEDAYA

Sebelum ini Nik Aziz membuat kenyataan bersandarkan ilham dari Aziz Bari supaya dipanggil EGM bagi bagi membincangkan masalah beberapa pemimpin Pas yang tidak ‘berdisiplin’ dan ‘pro-UMNO’. Namun EGM tidak mendapat ‘restu’ pemimpin tertinggi Pas sebaliknya hanya bersetuju supaya diadakan Seminar Memperkasakan Parti. Bukan saja Nik Aziz kecewa dalam seminar tersebut bahkan Aziz Bari juga tidak terlepas mendapat kritikan pedas dari pemimpin akar umbi Pas yang hadir dalam seminar tersebut.

Pemimpin-pemimpin yang dikritik oleh Aziz Bari dan disokong oleh Nik Aziz yang perlu ‘didisiplinkan’ itu langsung tidak ‘disentuh’ oleh pemimpin akar umbi Pas. Sebaliknya pemimpin yang dikritik oleh Aziz Bari iaitu Haji Hadi tetap mendapat sokongan majoriti ahli Pas supaya terus menerajui parti. Ternyata ‘hajat’ Nik Aziz untuk menyingkir Haji Hadi dan pemimpin-pemimpin lain yang dikatakan tidak ‘berdisiplin’ dan ‘pro-UMNO’ tidak kesampaian.

Buat julung kalinya Nik Aziz mendapat tamparan hebat kerana tidak berjaya memenuhi ‘kehendak’ Anwar Ibrahim yang ingin memperkasakan puak Endorgan dalam Pas. Buat julung kalinya ‘suara’ Nik Aziz ditepis oleh pemimpin akar umbi. Kecewa memang tidak dinafikan, tetapi sekurang-kurang Pas berjaya mengelak pengaruh puak Endorgan menular dalam partinya.

Rata-rata para pemimpin akar umbi Pas menentang keras penularan pengaruh puak Endorgan yang diterajui oleh Anwar. Terdapat perwakilan dalam seminar itu menyatakan bahawa mereka melahirkan kebimbangan akan sokongan rakyat yang semakin berpaling arah dengan apa yang berlaku pada Parti keadilan pada hari ini.

Pergolakan dan permasalahan dalam PKR sedikit sebanyak menyebabkan pemimpin Pas telah membuka mata untuk memikirkan kembali strategi kerjasama yang mereka jalin dengan PKR. Pas sejak sekian lama bersusah-payah untuk menarik sokongan dan keyakinan rakyat supaya menyokong mereka namun sokongan dan keyakinan rakyat hilang dalam sekelip mata gara-gara tindakan pempin-pemimpin PKR yang dahagakan pangkat dan kedudukan, menurut salah seorang pemimpin yang turut hadir dalam seminar tersebut.

Budaya lompat parti, meletak jawatan supaya diadakan pilihanraya kecil, amalan rasuah dan salah laku dalam pentadbiran, perjuangan Islam Pas dipinggirkan dan sebagainya antara punca utama pemimpin Pas akar umbi menolak pengaruh puak Endorgan dari mengelak menularnya ‘sikap’ sedemikan dalam parti Pas. Kekalahan Pas dan hilang majoriti dalam dua pilihanraya kecil di Bagan Pinang dan Manek Urai lalu adalah petanda sokongan Pas semakin merosot.

Ia dikuatkan lagi dengan kajian yang di buat oleh pemerhati politik dari UM. Prof. Abu Hassan menyatakan bahawa sokongan golongan muda ke atas Pas semakin merosot dan ramai yang ‘berdiri atas pagar’. Seminar tersebut juga berakhir dengan beberapa resolusi dan antaranya ialah ‘Pas Untuk Semua’.

Nampaknya kejayaan hasil dari konsep 1Malaysia yang diterjemahkan oleh Najib Razak sebenarnya memang mendapat perhatian. Sehinggakan Pas juga terpaksa memasang strategi baru mereka dengan konsep ‘Pas Untuk Semua’ bagi menyaingi konsep 1Malaysia. Cuma yang membezakannya ialah konsep 1Malaysia lebih menyeluruh dan berpaksikan kestabilan, kemakmuran, pembangunan ekonomi, kestabilan politik negara dan dengan kata lain kepentingan rakyat dan negara diutamakan.

Berbanding dengan konsep ‘Pas Untuk Semua’, jika dilihat ia lebih kepada perjuangan bagi kepentingan parti politik semata-mata dan bukannya perjuangan dan kepentingan rakyat dan pembangunan negara. Tujuan konsep ‘Pas Untuk Semua’ adalah untuk memperkuatkan parti Pas sebaliknya konsep 1Malaysia ialah agenda bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia majmuk dan berkembang maju.

Rakyat juga sudah semakin sedar akan perjuangan sebenar parti pembangkang baik Pas ataupun PKR dan DAP. Agenda mereka bukan untuk memperkasakan perpaduan rakyat dan membangunkan negara sebaliknya memperkasa kekuatan dan kepentingan serta kedudukan dalam politik mereka.



Akok@Baulu

2 comments:

Anonymous said...

Pas sudah tak ada idea kerana pemikiran mereka dicontrol oleh Anwar Ibrahim.
Nik Aziz pula diperkuda untuk menghalalkan apa saja yang di buat oleh Anwar Ibrahim.
Ada cerita mengatakan Nik Aziz bakal mengundur diri kerana Pas akar umbi sedar ikatan persahabatan Nik Aziz/Anwar.

Anonymous said...

Dulu Pas selalu kata apa jua yang dia orang buat semuanya UMNO/BN tiru. Kini 1Malaysia yang dikenalkan oleh Najib ditiru oleh Pas yang tengah nazak dengan slogan Pas Untuk Semua.