Ketika Najib merasmikan program Klinik 1Malaysia di Selangor baru-baru ini, terdengar suara dari pelbagai pihak yang melontarkan pelbagai reaksi dan pandangan berhubung Klinik 1Malaysia. Namun, rata-rata menyambut baik tindakan Kerajaan menubuhkan Klinik 1Malaysia kerana ia adalah salah satu dalam memenuhi tanggungjawab untuk memastikan rakyatnya sentiasa sihat.
Setelah Klinik 1Malaysia mula mendapat nama dan tempat di hati rakyat, tiba-tiba penulis (berada di kawasan wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor sementara menunggu untuk melawat saudara yang terlantar di hospital berkenaan) terserempak dengan beberapa orang lelaki dan wanita yang berpakaian terpampang di belakang vest mereka ‘Sahabat Hospital’ sedang bertanya khabar kepada pesakit dan pengunjung di hospital berkenaan.
Mungkin penulis sebelum ini belum pernah terserempak atau terjumpa mereka-mereka ini yang menggelarkan diri mereka ‘Sahabat Hospital’ di mana-mana hospital sebelum ini. Tapi dari pemakaian dan cara mereka memimbulkan pertanyaan, adakah mereka ini merupakan anggota atau agensi dari Kerajaan atau badan-badan bukan Kerajaan yang diketahui kewujudan mereka serta motif atau tujuan ‘Sahabat Hospital’ ini bergerak di Hospital Kerajaan.
Jadi untuk mendapatkan kepastian, penulis bertanyakan kepada beberapa kakitangan hospital akan siapakah ‘Sahabat Hospital’ berkenaan. Mengejutkan apabila rata-rata kakitangan hospital berkenaan tidak kenal dan menyatakan baru hari ini mereka nampak kumpulan yang mengelarkan diri mereka ‘Sahabat Hospital’ berkeliaran di hospital berkenaan. Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk melihat jika ada kelibat mereka ini ketika waktu melawat dibuka untuk orang ramai.
Tepat saja jam 12.30 tengah hari penulis mula melangkah kaki untuk melawat saudara yang sedang terlantar di hospital berkenaan. Setelah agak lama berada di wad, belum nampak kelibat mereka yang mengelarkan ‘Sahabat Hospital’ berkenaan. Tiba-tiba penulis ternampak sebuah buku mengenai panduan untuk mengerjakan ibadah bagi mereka yang terlantar sakit di atas ‘side table’ dan buku tersebut adalah dari JAKIM dan naskahnya adalah tertulis ‘Percuma’ di belakang buku tersebut.
Jadi penulis memberitahu saudara terlantar sakit itu bahawa buku tersebut bagus kerana kandungannya baik untuk mempelajari amal ibadah terutama apabila kita terlantar sakit. Lantas dia memaklumkan bahawa buku ini dia perolehi dari beberapa lelaki dan wanita yang mengunjungi beliau dan menggelarkan diri mereka ‘Sahabat Hospital’. Kedatang mereka adalah bertanya khabar dan beramah mesra dengan pesakit-pesakit di hospital berkenaa. Menurut saudara penulis lagi, ‘Sahabat Hospital’ ini akan menjelajah darim hospital ke hospital untuk berjumpa dengan bertanya khabar para pesakit.
Sememangnya tindakan ‘Sahabat Hospital’ ini bagus, namun persoalannya siapakah mereka ini sebenarnya? Adakah mereka ini dari NGO atau yang berselindung disebaliknya untuk kepentingan politik? Menjadi persoalannya adakah kegiatan mereka ini direstui oleh Kerajaan atau piphak hospital yang pandai-pandai mengambil pendekatan sebegini. Kerana ‘Sahabat Hopsital’ ini dibenarkan melawat dan berjumpa dengan para pesakit sebelum waktu melawat.
Dari pemerhatian, jika benar ‘Sahabat Hospital’ ini mendapat kebenaran Kerajaan tak mengapa, tapi jika sebaliknya. Ditakuti adanya elemen-elemen atau unsur politik yang bertopengkan disebalik lawatan yang mereka adakan. Kerana, setahu penulis, pihak pembangkang terutamanya Pas juga telah menubuhkan pasukan dikenali ‘Sahabat Hospital’. Dari sumber yang di perolehi, ‘Sahabat Hospital’ di bawah Pas dirasmikan oleh Dr. Halimah Ali (http://drhalimahali.wordpress.com/2009/08/26/aktivti-exco-pada-180409-majlis-malam-mesra-sahabat-hospital-di-goldcourse-hotel-klang/)
Dr Halimah Ali
Aktivti Exco pada 18/04/09: Majlis Malam Mesra Sahabat Hospital di Goldcourse Hotel Klang
In 1 on August 26, 2009 at 5:01 pm
Akok@Baulu
Wednesday, 13 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sahabat hospital dah lama dah..
cuma tak dapat sambutan
ia adalah sukarelawan hospital.
di bawah naungan jabatan kerja sosial hospital itu...
sahabat hospital yang aktif adalah HUKM, IJN..
walaupun lama, kita kena ambik tahu juga niat sebenar mereka ini. Kalau setakat bermotifkan politik semata-mata haruslah dihentikan. Maknanya amal yang dilakukan lebih kepada politik dan bukannya kerana Allah.
almaklum lah sekarang ini ramai yang berjanggut dan bertudung labuh nampak Islam dari sudut berpakaian tapi jahil dari segi amalan hanya kerana ingin penuhi nafsu politik.
Assalamualaikum...
Nak buat kerja amal pun kena kaitkan dengan politik ker?
Ayuh kita berbaik sangka. Jelas melalui penulisan sdra mereka datang untuk berbuat amal kebajikan. Tentang niat biar Allah yang tentukan.
Saya sarankan sdr turut menyertai mana2 kumpulan sukarelawan. Berbuat amal jariah ini besar pahalanya dan lebih baik dari berburuk sangka.
"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati".
(an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)
Maaf atas teguran.
SAHABAT Hospital merupakan gabungan sukarelawan hospital yang sama sekali tidak bermotifkan politik. Tujuan diadakan adalah untuk membantu saudara sesama Islam dari apa juga bantuan yang diperlukan. Mengapa kumpulan sukarelawan beragama lain tidak dipersoalkan, tapi bila ada sukarelawan Islam sahaja pasti diragui bermotifkan politik. Kami bergerak bukan untuk mendapatkan populariti, kami bekerja kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang ganjaran kewangan. Ahli kami terdiri dari pelbagai latarbelakang dari kakitangan kerajaan, swasta, surirumah malah pegawai kerajaan yang telah bersara turut sama menyumbang bakti.
-Ahli SAHABAT Hospital-
Post a Comment