Ibarat jatuh ditimpa tangga, Hassan Ali sekali lagi diserang oleh puak endorgan dalam PR ekoran pendedahan beraninya berhubung perjumpaan secara sulit dengan Mufti Perak bagi membincangkan isu perpaduan umat Islam. Walaupun beliau telah menjelaskan kepada media bahawa perjumpaan tersebut bukanlah untuk membincangkan bentuk kerjasama UMNO-Pas sebaliknya lebih kepada membincangkan mengenai kesejahteraan dan kemajuan umat Islam dikedua-dua buah negeri, beliau tetap di ‘belasah’.
Sebenarnya perjumpaan antara Hasan Ali dengan Mufti Perak ini telah menimbulkan rasa takut bukan saja puak endorgan tetapi para pemimpin Dap. Dap takut strategi ‘melembukan’ PKR dan Pas tidak akan tercapai menjelang PRU 13 nanti jika umat Islam negara ini bersatu padu dan UMNO-Pas berkerjasama. Kerana mereka sedar bahawa jika tanpa sokongan orang Melayu, Dap sudah pasti tidak akan dapat menguasai politik negara dan berjaya seperti hari ini.
Dap lebih memahami Perlembagaan negara berbanding PKR dan Pas. Perlembagaan negara jelas dan tidak tertulis didalamnya bahawa Perdana Menteri adalah mesti orang Melayu dan beragama Islam. Ini adalah kenyataan dan jelas dalam Perlembagaan negara kita kecuali negeri-negeri yang cerdik seperti Perak yang jelas berjaya menyelamatkan bumi Melayu di ‘jajah’ oleh Dap.
Oleh kerana Perlembagaan tidak menyatakan orang Melayu atau beragama Islam jadi Perdana Menteri, sebaliknya Perdana Menteri adalah dilantik dari parti yang memenangi majoriti kerusi Parlimen. Jadi inilah strategi yang digunakan oleh Dap ‘melembukan’ PKR dan Pas untuk menghapuskan UMNO atau dengan kata lain ‘menggali kubur’ untuk orang Melayu. Di Selangor, Melaka, Perak, P.Pinang, Sarawak dan Negeri Sembilan Dap sedang menyusun strategi untuk melebarkan kerusi mereka dalam PRU 13 nanti. Di negeri-negeri tersebut Dap akan menuntut kerusi Parlimen dan DUN lebih dari PKR dan Pas, alasan mereka kerana majoriti kawasan tersebut pengundi Cina atau pengundi Cina di kawasan tersebut adalah penentu kemenangan PR.
Seperti telah dinyatakan, Perlembagaan tidak nyatakan Perdana Menteri mesti orang Melayu atau beragama Islam, sebaliknya Perdana Menteri dipilih berdasarkan Parti yang mendapat majoriti dalam Pilihanraya Umum. Jadi, cuba kita renungkan, dalam PR parti manakah yang memperolehi kerusi paling banyak? Bukankah Dap? Jadi strategi-strategi yang dinyatakan di ataslah yang sedang digunakan oleh Dap untuk mengusai majoriti kerusi Parlimen dan seterusnya menafikan PKR dan Pas untuk menjadi penerajui utama.
Jika Dap memperolehi majoriti kerusi Parlimen, adakah sanggup mereka biarkan jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada orang Melayu dari PKR dan Pas? Bolehkah orang Melayu dalam Pas dan PKR menyekat hasrat Dap tersebut mengikut undang-undang? Cuba lihat apa yang terjadi di Perak. Dap cuba untuk memerintah Perak kerana mereka memenangi Dun dengan majoriti, tetapi undang-undang negerilah yang menyekat mereka dari ‘menjajah’ Perak. Jika Perak berada di bawah Dap, sudah pasti orang-orang Melayu Perak akan menerima nasib yang sama seperti orang Melayu di P. Pinang. Apatah lagi jika mereka menguasai negara, sudah pasti lebih dari itu mereka akan lakukan ke atas orang Melayu, mungkin sama nasib dengan orang Melayu di Singapura.
Untuk mengukuhkan lagi pengaruh mereka, selain dari negeri-negeri yang disebutkan tadi, Dap akan berusaha untuk meletakan calon Melayu/India bertanding di bawah parti mereka. Inilah muslihat dan strategi Dap untuk menguasai negara yang tidak disedari oleh PKR dan Pas.
Akok@Baulu
No comments:
Post a Comment