Monday 19 July 2010

PERPADUAN UMNO/PAS AGENDA PENYATUAN MELAYU


Isu perpaduan dan kesepakatan antara UMNO/Pas untuk penyatuan orang Melayu sudah lama diutarakan dan pada satu seketika kedua-dua pihak dilihat bersetuju untuk menubuhkan sebuah Kerajaan perpaduan. Namun terencat kerana tekanan yang diterima oleh pemimpin Pas menyebabkan usaha mewujudkan Kerajaan perpaduan terbantut. Sedangkan beberapa pemimpin tertinggi Pas bersetuju dengan hasrat menubuhkan Kerajaan perpaduan tersebut. Pas bukan saja menerima desakan dari dalaman, bahkan desakan dari rakan dalam pakatan terutamanya Dap.

Namun, atas semangat untuk mewujudkan perpaduan dan penyatuan orang Melayu, UMNO sekali lagi berusaha dan memulakan langkah menyuarakan hasrat untuk duduk semeja berbincang dan bermusyawarah demi kepentingan masa depan orang Melayu. Walaupun UMNO sudah membuka ruang dan sedia duduk semeja, pemimpin tertinggi Pas yang diketuai Nik Aziz menolak hasrat murni UMNO tersebut. Nik Aziz secara terangan menyatakan Pas tidak akan berkerjasama dengan UMNO dan sudah lama diputuskan sebaliknya hanya sedia bersemuka dengan UMNO untuk membincangkan isu royalti minyak di Kelantan.

Adakah Nik Aziz tidak sedar jika perpecahan orang Melayu dalam UMNO/Pas akan merugikan bangsa sendiri? Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa rakan mereka Dap secara jelas dan berulang kali menyatakan bahawa tidak akan wujud sebuah negara Islam jika PR berjaya ambil alih pucuk pentadbiran negara. Jelas bahawa perbezaan dasar kedua-dua belah pihak iaitu Pas dan Dap dalam hala tuju agenda politik mereka. Adakah Pas akan dapat menyekat kuasa Dap jika benar satu hari PR menguasai negara? Jika hari ini diperhatikan pun, Dap menguasai kerusi di Parlimen berbanding dengan Pas. Tidakkah Pas sedar akan strategi yang digunakan oleh Dap semasa proses pelantikan Menteri Besar Perak?

Jika Pas sedang mengembangkan sokongan mereka kepada bukan Melayu melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai sayap kanan parti, Dap juga tidak berdiam diri. Di Selangor dan Pulau Pinang, Dap sedang mengatur strategi memindah dan menyusun semua pengundi mereka. ada juga pihak menyatakan bahawa Dap juga akan meletak calon mereka berbangsa Melayu untuk menguasai Adun dan Parlimen di seluruh negara. Kenapa Dap meletakkan calon orang Melayu? Ini kerana pemimpin Dap yakin bahawa calon-calon mereka di Dun/Parlimen majoriti kaum Cina akan memihak kepada mereka, jadi untuk melebarkan penguasaan mereka untuk Dun/Parlimen terutama kawasan majoriti Melayu, calon Melayu adalah pilihan terbaik kerana selain mendapat undi Melayu, Dap yakin 80% undi bukan Melayu memihak kepada mereka.
Apabila Dap menguasai majoriti Dun/Parlimen, sudah pasti mereka akan menuntut untuk mengepalai jentera Kerajaan. Dengan kata lain, inilah antara strategi yang sedang disusun oleh Dap menjelang PUR 13 untuk mengusai pentadbiran negara.

Apabila Dap menguasai Kerajaan adakah Dap akan mendengar teguran/nasihat rakan dalam PR terutama Pas? Kita lihat apa terjadi pada Dato’ Hassan Ali, niat untuk perjuangkan Islam dinafikan sebaliknya perkara kufar dijulang dan pemimpin Melayu dalam PR terpaksa akur dengan kehendak Ronnie Liu dalam isu arak dan sebagainya. Orang Melayu di Selangor dilaga-lagakan oleh Dap dan perpecahan orang Melayu semakin ketara tetapi kaum mereka sedang mengaut untung dan walaupun baru 2 tahun menguasai Selangor, mereka sudah kaya raya. Begitu juga di Pulau Pinang, orang Melayu disingkirkan tanpa belas ehsan manakala pemimpin Melayu dalam PKR dan Pas diam seribu bahasa tidak berani berkata-kata.

Jika PR menguasai Kerajaan Persekutuan adakah Pas boleh menubuhkan negara Islam? Jika pun Pas ingin menubuhkan sebuah Kerajaan Islam mereka perlu mendapat persetujuan 2/3 Dewan Rakyat. Tapi Pas perlu melangkah mayat Karpal Sigh terlebih dahulu jika ingin tubuhkan negara Islam, sanggupkah Pas berbuat demikian?
Hari ini Pas hanya pada nama saja sebuah parti yang memperjuangkan Islam, hakikatnya tidak. Dengan kata lain, demi politiknya Pas yang ditunjangi oleh Nik Aziz sanggup gugurkan tuntutan menubuhkan negara Islam kerana Dap. Ini jelas dari beberapa kenyataan sebelum dan selepas Nik Aziz berkawan dengan Dap yang menunjukkan betapa politik menguasai Pas berbanding perjuangan asal mereka.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.” Hukum Dewan Ulama Pas Kelantan, Ogos 1993.
“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan Pas yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” Harakah, 23 April 1994.
“Menentang Pas adalah haram mengikut Al Quran.” Berita Minggu, 24 April 1994.
“Kita bersyukur dengan pendirian Dap sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas, asalkan tidak mendirikan negara Islam.” Berita Harian, 12 Mei 1999.
“DAP kalau nak hina Islam (tidak apa) pasal dia bukan Islam.”
Pada 30 Jun 2010, HarakahDaily melaporkan Nik Aziz sebagai berkata, “You (Karpal) sebut Islam tak betul dengan hujah yang tak pasti, tetapi selagi you tak boleh menyebut Islam ini tak betul sama ada dari segi akidah, muamalah, saya nak tinggal Islam pun tak boleh…”
Lebih memeranjatkan lagi ialah apabila New Straits Time melaporkan pada 9 Julai 2010 kenyataan Nik Aziz yang saya terjemahkan seperti berikut, “Saya sudah sebut banyak kali. Kalau mereka yang tak boleh terima polisi kita boleh tunjukan saya bukti terdapat kesilapan dengan Islam, saya sendiri akan tolak Islam. Kalau tidak kamu tidak boleh bagi bukti, maka saya tidak ada alasan untuk meninggalkan Islam, (kenyataan asal, I have mentioned this many times. If those who cannot accept our policies can show me what is wrong with Islam, then I personally will reject Islam. If you cannot give proof, the I have no reason to leave my religion,”.
Mengapa tidak boleh Pas terus berjuang ke arah menubuhkan negara Islam dengan UMNO? Sebaliknya Nik Aziz sanggup melacurkan Islam hanya kerana kepentingan politiknya dan menjaga rakannya Dap yang jelas menolak Islam.


Akok@Baulu

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa riuh rendah niiii? Rasa tersepit ke????