Thursday, 8 July 2010

RAHMAT UNTUK PENEROKA FELDA




Disebalik penipuan dan fitnah pihak PR kononnya FELDA bankrap disanggah apabila Najib mengumumkan ‘duit raya’ buat semua peneroka FELDA seluruh negara sejumlah 112, 635 peneroka. Itulah tanda FELDA bankrap sehinggakan FELDA boleh memberikan sumbangan sebegitu rupa untuk seluruh peneroka FELDA di seluruh negara. Bukan itu saja, mercu kejayaan FELDA semakin bertapak dan gah di persada negara apabila terbinanya MRSMF di Trolak dengan kemudahannya setaraf dengan universiti.

Adakah FELDA bankrap? Kalau dilihat seperti apa yang dijelaskan oleh Najib yang bankrap itu adalah pihak PR. Mereka bankrap idea dan isu untuk menjatuhkan BN dan pasti nanti isu lain akan timbul dan isu yang timbul itu lebih kepada serangan atas kepentingan Najib. Semua yang mempunyai kaitan dengan Najib seperti adik beradiknya, suadara maranya, anak-anaknya dan termasuklah isterinya diintai dan dicari apa saja perkara yang boleh dijadikan isu untuk diketengahkan oleh PR dalam usaha meraih sokongan rakyat.

Mungkin rakyat tidak sedar akan kejayaan FELDA bukan saja dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa. Dalam negeri saja peneroka FELDA perlu berbangga kerana FELDA sudah mempunyai sebuah Hotel 4 bintang di Kuala Terengganu. Itu belum lagi tempat-tempat peranginan dan resort yang dimiliki oleh FELDA diseluruh negara dan juga paling membanggakan FELDA mempunyai cateringnya yang bertaraf antarabangsa iaitu D’Saji yang semakin melakar namanya bukan saja di dalam negara bahkan di luar negara. Serta banyak lagi kejayaan FELDA dalam mermartabatkan dan memperjuangkan nasib orang Melayu dalam dunia perniagaan. Tapi Melayu dalam PR mudah lupa seperti apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir.


Namun disebalik pendedahan dan penjelasan isu FELDA bankrap ini sedikit memberi ruang kepada Dap untuk mengubah ceritanya. Jika penjelasan dan pendedahan kejayaan FELDA mampu mendedahkan penipuan PR, sebaliknya bagi Dap ia adalah isu yang mereka akan jaja untuk meraih sokongan bukan Melayu untuk terus menyokong mereka. Kenapa? Sebabnya ia telah mendedahkan betapa ‘sayangnya’ Kerajaan terhadap FELDA betapa FELDA adalah ‘anak emas’ Kerajaan. Inilah yang sudah didengari, mungkin agen-agen dari Dap yang sedang menjelaskan dan mengapi-apikan kepada bukan Melayu dengan sensitiviti perkauman sempit mereka bahawa bukan Melayu disisihkan, bukan Melayu tidak dijaga seperti Kerajaan menjaga FELDA dan sebagainya.

Sikap cauvanis dan perkauman sempit Dap memang tidak berubah dan strategi komunis yang diwarisi oleh pemimpin mereka diteruskan dan dijadikan alat untuk meraih sokongan bukan Melayu. Mereka ‘mengkeldaikan’ PKR dan Pas untuk menyerang BN dan melaga-lagakan orang Melayu bertujuan supaya Kerajaan mendedahkan segala kebenaran dan orang Melayu sudah pecah belah maka senanglah mereka meraih sokongan bukan Melayu dan seterusnya menguasai politik negara.

Jadi PR sudah pasti tidak akan senyap dengan isu-isu yang akan mereka bawa untuk memburukkan BN. Jika sebelum ini mereka gagal dalam isu Altantuya dan isu APCO, maka FELDA adalah target mereka. Tapi mengenai isu FELDA mereka tidak akan menyerah kalah kerana FELDA adalah institusi yang dekat di hati Najib. Peneroka FELDA harus buka mata dan telinga, pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu bahawa pembohongan, maki hamun, fitnah, hina orang dan sebagainya adalah cara dan strategi PR untuk melemahkan Kerajaan. Inilah yang dilakukan oleh PR tetapi tidak disedari oleh penyokong mereka.



Jadi bukan hanya peneroka FELDA tetapi seluruh rakyat Malaysia hendaklah keluar dari mentaliti PR dan hendaklah bersama-sama terus mempertahankan FELDA sebuah organisasi yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu dan juga mempertahankan institusi lain yang dimiliki oleh orang Melayu agar ia tidak lenyap dimuka bumi ini angkara firaun-firaun kecil yang sedang merangka strategi mereka.

No comments: