Monday, 24 September 2012
Sunday, 23 September 2012
Anwar Kencing PAS
Dipetik Dari Blog Apa kecoh-kecoh:
Aku kesian betul tengok nasib PAS dalam Pakatan pembangkang ni. Walaupun mereka kononnya parti yang memperjuangkan Islam, tapi di Selangor dan Pulau Pinang, Exco Agama Islam di pegang oleh PKR. Hatta, jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun dipegang oleh PKR.
Bila nak buat hudud pun DAP selamba je kutuk dan PAS langsung tak berani nak balas penghinaan DAP.
Nampak sangat PAS ni langsung tak dihormati oleh parti-parti lain dalam Pakatan pembangkang.
Dan terkini di Labuan, PAS terus dikencing oleh Anwar Ibrahim.
Sebelum ini pada 6 September, PAS WP dah umumkan bahawa calon PAS akan bertanding di Labuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua komponen Pakatan.
It’s decided – PAS for Labuan
LABUAN 6 Sept: PAS will contest in the duty free Labuan parliamentary constituency and the decision is ‘final’.
Speaking to reporters here, Federal Territories PAS Commissioner Mohamad Noor Mohamad said – in no uncertain terms – that the Presidential Council of Pakatan Rakyat “had decided on this”.
He said the party will field a candidate for the Labuan parliamentary constituency in the 13th general election and that the name of the individual will be submitted to the party president soon for approval.
“The Presidential Council of PR (Pakatan Rakyat) has decided that for state seats, the State PR (Pakatan) Councils will decide.
“The three leaders of the council from PAS, PKR and DAP had agreed for the Labuan seat to be contested by PAS,” he said.
Mohamad reiterated that the decision by the Presidential Council was made on Aug 18 and that a letter to effect was issued regarding the seat distribution.
“So it is clear that PAS will stand here in Labuan,” Mohamad said.
Muktamad - PAS akan bertanding di Labuan
LABUAN 6 Sept: PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan dan keputusan itu adalah 'muktamad'.
Bercakap kepada pemberita di sini, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata – dengan penuh kepastian - bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat "telah membuat keputusan mengenai perkara ini".
Beliau berkata parti itu akan meletakkan calon untuk kerusi Parlimen Labuan dalam pilihan raya umum ke-13 dan nama individu akan diserahkan kepada presiden parti tidak lama lagi untuk kelulusan.
"Majlis Presiden PR (Pakatan Rakyat) telah memutuskan bahawa bagi kerusi negeri, Majlis PR (Pakatan) Negeri akan menentukan pembahagian kerusi.
"Ketiga-tiga pemimpin majlis dari PAS, PKR dan DAP telah bersetuju kerusi Parlimen Labuan akan dipertandingkan oleh PAS," katanya.
Mohamad mengulangi pendirian beliau bahawa keputusan oleh Majlis Presiden mengenai perkara ini telah dibuat pada 18 Ogos dan surat yang mengesahkan mengenai pengagihan kerusi telahpun dikeluarkan.
"Jadi jelas bahawa PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan," kata Mohamad.
Tapi yang lawaknya, bila Anwar turun ke Labuan pada 15 September baru-baru ni, dia telah mengumumkan bahawa Ibrahim Menudin yang baru menyertai PKR adalah calon yang bakal bertanding kerusi Parlimen Labuan.
Haiiii…. Pada 6 September, beria-ia PAS bertegas bahawa mereka akan bertanding di Labuan. Kononnya perkara ini telah diputuskan oleh pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri, surat pengesahan pembahagian kerusi pun dah dikeluarkan, cuma tunggu pengesahan nama calon sahaja.
Tapi seminggu selepas tu, bila Anwar turun Labuan, lain pula jadinya. Orang PKR yang bakal jadi calon, bukannya orang PAS!!!
Kena kencing lagi PAS!! Dah bersetuju semasa perbincangan, dah keluar surat pengesahan tapi akhirnya ikut suka Anwar lah siapa dia nak jadikan sebagai calon. PAS jangan bising-bising, dok diam-diam cukup.
Mengikut sumber aku di Labuan, semasa Anwar buat pengumuman ni, berubah muka pemimpin PAS tempatan yang turut hadir dalam majlis tu. Geng-geng PAS yang tengah syok dengar ceramah pun ramai-ramai keluar sebagai tanda tak puas hati.
Berat nampaknya peluang Pakatan di Labuan. Nak pilih calon pun bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan rekod baik Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang sering turun padang ke Labuan.
Sekarang aku nak tengok, apa tindakan pimpinan PAS Pusat terhadap Anwar Ibrahim yang jelas langsung tidak menghormati kedudukan PAS sebagai rakan kongsi dalam Pakatan.
Kalau ikut rekod sebelum ni, aku yakin pimpinan PAS Pusat akan terus bersikap bacul dan berdiam diri sahaja.
Dan Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh akan terus ketawa besar melihat tingkahlaku PAS yang bagaikan lembu dicucuk hidung, sentiasa patuh dengan arahan PKR & DAP.
Politik Keterlaluan Menghancurkan Negara
Semakin hampir dengan PRU 13 semakin biadab strategi pembangkang menghuru-harakan negara. Jika strategi isu Hudud bagi memancing dan menguatkan sokongan kaum Cina ke atas PR, kali ini sekali lagi kerajaan Selangor sengaja mewujudkan suasana tegang pengundi Melayu dengan menafikan Sultan dalam sambutan Kemerdekaan di Selangor. Apabila isu ini mendapat perhatian maka media dan ultra Melayu dari BN akan terus menyerang PR dan sekali lagi semangat Kemelayuan akan dibangkitkan dan Dap dikaitkan.
Akhirnya, PR beranggapan strategi mereka mengena dan sudah pasti sokongan kaum bukan Melayu akan meningkat menjelang pilihanraya. Ini kerana mereka mendakwa sokongan kaum Melayu 50% dalam gengaman mereka dan dengan menakutkan kaum bukan Melayu dengan isu-isu tersebut, mereka berharap supaya mendapat 90% sokongan bukan Melayu memihak mereka.
Sebab itulah mereka meneruskan agenda ‘jahat’ mereka. Di mana pada saat mengira detik kemerdekaan negara, PR sengaja merangka strateginya bagi menjerat BN. Mereka telah mengupah beberapa ekor sang keldai membawa kain rentang yang memaparkan hasrat mereka menukar Jalur Gemilang. Selain itu, ada segelintir sang keldai memperlakukan kelakuan biadab ke atas gambar Najib dan beberapa pemimpin BN.
Perhimpunan Bershit dijadikan modal mereka menimbulkan huru-hara tetapi strategi mereka tidak ‘mengena’ kerana Kerajaan BN lebih bijaksana menangganinya. Tidak mustahil juga, isu pengibaran Jalur Gemilang di Selatan Thailand adalah hasil usaha dan strategi PR bagi menimbulkan huru-hura dan persengketaan dengan negara jiran tetangga. Jika di Indonesia sudah terbukti mereka cuba mempengaruhi dan mendapat sokongan pemimpin politik di sana. Tetapi mungkin di Tahiland mereka tidak mendapat perhatian akhirnya, mungkin mereka mengupah pihak-pihak tertentu mengibarkan Jalur Gemilang di Selatan Thailand. Dengan harapan, supaya mewujudkan ketengangan antara kedua-dua negara.
Jika ini berlaku sudah pasti rakyat akan resah dan akan menyalahkan Kerajaan BN. Kita perlu ingat, Singapura sudah lama menunggu saatnya, Indonesia pula sentiasa ada isu yang tidak kena antara kedua-dua belah negara. Kali ini Thailand pula cuba diherat sama dan Kerajaan BN perlu berhati-hati. Tidak mustahil ini adalah rangka dan strategi PR yang dibelakangnya adalah pihak-pihak yang ingin menghancurkan negara.Dap dari perilakunya sememangnya dilihat licik dalam agenda politik mereka. Singapura adalah kiblatnya dan Zionis adalah sifunya.
AGENDA ANWAR DAN DAP KANTOI
Setelah melihat reaksi kurang senang rakyat atas hasrat PR ingin menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera yang seakan-akan bendera Indonesia, Singapura dan komunis (Sang Saka Malaya), nampaknya pemimpin-pemimpin PR kini terkebil-kebil cuba mencari alasan bagi menjelaskan tindakan tersebut.
Walaupun pada mulanya pemimpin PR menafikan ia bukan rancangan untuk menukar bendera Malaysia tetapi di masa yang sama, sebaliknya mereka langsung tidak mengecam tindakan kurang ajar dan biadab membawa bendera yang lain dari Jalur Gemilang ke sambutan Hari Merdeka. Menyakinkan lagi ia sememangnya adalah agenda dan niat PR, Anwar dengan bangga dan angkuhnya bertindak membela tindakan pengkhianat dan biadad tersebut dengan menyatakan pendirianya bahawatiada salahnya kerana ia adalah kononnya bendera Sang Saka Malaya. Bukankah kenyataan Anwar ini lagi kurang ajar?
Bagi seorang pemimpin yang tergila-gila mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri, meng"tidak-apa"kan perbuatan mengibar bendera lain selain Jalur Gemilangdi Hari sambutan Hari Kemerdekaan Negara adalah pelik sekali. Hari Kemerdekaan adalah hari keramat di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat secara rasminya. Apa lagi yang boleh menjadi simbol utama kedaulatan itu selain dari Jalur Gemilang?
Hasrat dan niat sebenar PR yang diketuai oleh Anwar amat jelas, bukan hanya bendera Sang Saka Malaya dikibarkan malah ia disokong pula dengan risalah yang diedarkan menghasut rakyat menolak Jalur Gemilang. Persoalannya kini ialah, kenapa Anwarcuba menafikan niat sebenar mereka untuk menukar bendera ‘berdaulat’ yang menjadi lambang Malaysia adalah negara Merdeka? Kenapa mereka tidak mengakuinya saja sedangkan seluruh rakyat sedia maklum akan niat tersebut melalui tindakan pemimpin mereka sebelum ini yang menghina Jalur Gemilang.
Kenapa Anwar dan PR perlu gusar apabila bendera yand dikibarkan oleh pengkhianat dan biadab tersebut dikaitkan dengan komunis, Indonesia dan Singapura ? Sedangkan seluruh rakyat tahu bagaimana Anwar dan pemimpin Dap membela Mat Indera, malah Chin Peng sebagai wira mereka.
Nampaknya Anwar dan PR ingin terus berdolak dalih mengenai agenda mereka sendiri. Seharusnya, mereka berani menyatakan secara terus terang niat sebenar mengenai rancangan mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia. PR wajib menyatakan ideologi dan hala tuju sebenar perjuangan mereka dan tidak perlu lagi berselindung di sebalik perjuangan ‘hak asasi’, ‘kesamarataan’ atau pun ‘Negara Islam’.
Kini, Anwar dan Dap merangka strategi baru untuk menutup niat sebenar merekadengan tindakan biadab dan kurang ajar pengikut di amalam sambutan kemerdekaan. Arang yang tercalit dalam PR sedikit sebanyak menghantui Pas yang semakin resah akibat perbuatan penyokong PR dan Dap. Akibatnya kini Pas jenuh memikirkan hujah dan mencari dalil untuk membela apa jua penjelasan Anwar dan Dap mengenai isu bendera dan aksi ‘punggung’ di malam sambutan kemerdekaan.
Orang Bodoh Sekali Lagi Berkata-Kata
Orang Bodoh Sekali Lagi Berkata-Kata
Harakahdaily,
|
16 Sep 2012
|
KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu. “Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sekali lagi Idris Ahmad menjadi ‘badut’ dengan mengeluarkan kenyataan ‘membodohkan’ diri sendiri dan parti Pas. Kenyataan Idris ini ternyata bodohsombong dan tak pakai akal. Hakikatnya dia cuba menafikan dan malu dengan jasa dan bakti UMNO/BN yang telah membawa kemajuan dan kemakmuran kepada Malaysia serta melahirkan Melayu cerdik pandai. Idris Ahmad juga sedar bahawa kehidupan dan kemakmuran yang beliau kecapi adalah hasil titik peluh dan keringatperjuangan UMNO/BN dan bukannya Pas, PKR atau Dap.
Jika dibandingkan dengan Pas yang telah memerintah Kelantan selama hampir 22 tahun lamanya, tiada apa yang boleh dibanggakan, sebaliknya pembangunan di Kelantan terus ketinggalan. Bangunan-bangunan tinggi yang ada di Kelantan pada hari ini adalah hasil peninggalan dan penat lelah oleh pemimpin UMNO/BN.
Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.
Idris Ahmad hanya pandai memutarbelitkan kenyataan dan beliau cuba menafikan sumbangan dan penyaluran sumber kewangan oleh Kerajaan Persekutuan bagipembangunan Kelantan. Sebaliknya Idris cuba menutup kejahatan Pas yang telah merampas sumber pendapatan hampir 70 penduduk Lembah Sireh dengan membina pusat perniagaan yang dikenali sebagai Dataran Tesco. Petani-petani yang telah puluhan tahun mengusaha tanah pertanian di Lembah Sireh ditipu oleh ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ tanpa diperdulikan masa depan mereka. Bukan setakat itu saja, ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini juga telah menyempitkan periuk nasi peniaga-peniaga di Bangunan MPKB dan Bazar Uda dengan memindahkan peniaga ini ke ‘lubang kubur’ iaitu Bazar Tok Guru.
Ramai peniaga yang telah sekian lama meniaga di Bangunan MPKB dan Bazar Uda dinafikan hak mereka untuk mendapatkan ruang niaga di Bazar Tok Guru. Sebaliknya mereka yang mendapat ruang niaga berkenaan adalah yang terdiri dari penyokong Pas dan PKR. Akhirnya kejahatan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini dibalas oleh Allah yang Maha kuasa, apabila didedahkan penyelewengan dan rasuah dalam pembinaan Bazar Tok Guru. Bukan itu saja, ruang niaga atau‘lubang kubur’ di Bazar Tok Guru juga sehingga sekarang tidak mendapat sambutan.Bukan hanya kurang pembeli, ruang niaga tingkat 2 dan 3 kosong seperti rumah hantu.
Bukan itu saja, ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini juga tanpa segan terussilu menipu dan membohongi rakyat Kelantan. Jambatan kedua dari Kampung Laut ke Kota Bharu tidak tahu di mana bayangnya dan hari ini dijanjikan pula lebuh raya rakyat yang tiada penghujungnya.
Jika Pas dan Idris boleh membela orang Melayu, ramai yang bertanya kenapa kes jenayah dan buang bayi terus berlaku di Kelantan. Lebih menjijikan, Kelantan adalah ‘raja’ dalam penyalahgunaan dadah. Apakah yang dibuat dan dilakukan oleh Pas dan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini untuk membela anak Melayu? Apa yang mereka bela? Kalau bukan hanya periuk nasi mereka sendiri.
Selain itu, jika semasa di bawah pentadbiran UMNO/BN, orang luar dari Kelantan termasuk bukan Islam tidak boleh memiliki tanah atau bangunan di Kelantan. Tetapi sejak Idris dan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ memerintah Kelantan, beratus ribu hektar tanah anak negeri di serata negeri dan hak milik kerajaan negeri telah tergadai kepada orang luar dan bukan Melayu. Ini tidak pernah berlaku semasa pemerintahan UMNO/BN. Idris dan Pas serta ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ bukan hanya sanggup menggadai tanah dan maruah bangsa, agama pun mereka sanggup gadai hanya kerana kuasa dan pangkat.
Bagaimana Idris dan Pas hendak membela bangsa Melayu, sedangkan merekalah yang menjadi batu api mewujudkan perbalahan dikalangan orang Melayu. Semua orang tahu, Pas lah yang mewujudkan sembahyang 2 iman, Pas lah yangmengistiharkan neraka dan syurga dalam politik, Pas lah yang menyebabkan laki bini bercerai berai, pemimpin Pas lah yang paling ramai ditangkap melakukan hubungan seks dan suka makan luar dengan bini orang.
Jadi tak perlulah Idris mengeluarkan kenyataan bodoh sedemikian, kerana seluruh rakyat Malaysia tahu dan sedar yang mana intan dan yang mana pelesit atau syaitan. 55 tahun negara merdeka, kita dapat mengecapi nikmat kehidupan dengan penuh aman dan kemakmuran. Pembangunan negara diteruskan oleh UMNO/BN bagi memastikan rakyat mengecapi dan menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan selesa. Sebaliknya sejak puak Idris dan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ berkawan dengan kumpulan ‘gila kuasa’ maka negara yang aman dan harmoni dikucar-kacirkan oleh mereka.
Bersatulah PAS dan UMNO Demi Ugama dan Bangsa
PAS DISERU BUKA MATA
Alangkah bertuahnya bumi Malaysia ini jika para pemimpin dan penyokong Pas dan UMNO dapat duduk semeja membincangkan masa hadapan dan hala tuju bagi membina dan memperkukuhkan persaudaraan Islam dan ekonomi negara secara bersama. Jika beberapa perkara Pas dan UMNO mempunyai kesepakatan mengenainya dan beberapa program Pas dan UMNO boleh duduk bersama, apalah salahnya demi masa depan Islam dan bangsa Melayu, Pas dan UMNO bersatu menentang anasir subversif yang sedang menghakis ikatan persaudaraan sesama Islam, meruntuhkan ekonomi negara dan mengheret negara kekancah pergolakan.
Inilah antara luahan rakyat yang telah buka mata hatinya dengan apa yang sedang melanda dalam negara. Hanya kerana kerakusan mencapai cita-cita politik, ada sesetengah pihak sanggup menggadai maruah agama, bangsa dan negara. selama lebih 50 tahun hidup kita aman sejahtera dengan kaum yang berbilang bangsa, kini telah ada bibit-bibit gerakan untuk menghuru-harakan dan seterusnya menghancurkan negara.
Rakyat berfikiran waras melahirkan rasa resah, bimbang dan ketakutan dengan budaya berpolitik songsang yang di bawa masuk oleh pihak-pihak tertentu yang bermatlamat hanya untuk menjadi pemerintah.
Sepatutnya Pas memikirkan semula kerjasama yang terjalin dengan PKR dan Dap yang ternyata perjuangan mereka tidak sekata dengan Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Pas yang memperjuangkan Islam harus sedar bahawa rejim zionis adalah musuh utama Islam dan inilah yang diperjuangkan Pas sejak dahulu lagi. Sebaliknya apabila media dan seluruh negara didedahkan dengan jalinan kerjasama antara pemimpin PKR dengan pihak Zionis bagi mendapat dana dan bantuan kewangan untuk ‘menghuru-harakan negara’ Pas dilihat masih menutup mata mereka.
Hari ini juga, media mendedahkan bagaimana NGO yang ditaja PKR seperti SUARAM mendapat dana dan sumbangan dari pertubuhan luar negara seperti Soros bagi membiayai segala aktiviti dan gerakan menghancurkan negara. Tidakkah kita rasa takut dengan tindakan pemimpin PKR yang secara terangan mengundang malapetaka besar kepada kemakmuran dan keharmonian negara. Apakah janji yang telah dipersetujui oleh pemimpin PKR dengan pemimpin Zionis dan penyangak mata wang ini dalam usaha membantu mereka mencapai cita-cita menjadi pemerintah negara.
Mana ada orang yang sanggup bagi wang berbillion dollar jika tidak mendapat habuan yang setimpal dengan pelaburan yang dilakukan oleh mereka. Jika apa yang dipersetui dan dijanji tidak ditetapi, maka sudah pasti sesuatu akan dilakukan untuk mendapatkan kembali pelaburan mereka. Negara-negara yang telah menerima bantuan dari pertubuhan antarabangsa yang dibiayai oleh rejim Zionis jika tidak memenuhi kehendak mereka maka hancurlah negara, bangsa dan tambah-tambah lagi Islam adalah musuh utama Zionis.
Begitu juga dengan Dap, dari mana sumber kewangan yang mereka perolehi bagi membiayai gerakan politik mereka. Tetapi yang paling penting, Pas harus angkat kaki dari menjalinkan kerjasama dengan Dap kerana Dap terang lagi bersuluh menentang Hudud yang diperjuangkan oleh Pas. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Dap yang sanggup ‘mempelajari’ Islam hanya semata-mata sebagai helah menarik sokongan Melayu demi kepentingan politik mereka. Hari ini, sekali lagi pemimpin Dap Perak mempersenda perjuangan Islam dengan menyatakan bantahan umat Islam ke atas filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W adalah buang masa.
Jadi Pas dan UMNO harus duduk semeja, buang yang keruh kembalikan Islam ke landasan perjuangan. Rakyat sudah buka mata dan meluat dengan agenda politik yang busuk lagi meloyakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
New York charter company, New York-based operations, New York owner.
Close to the Washington-based National Endowment for Democracy (NED) that gave money to Suaram, Mkini Dotcom Sdn Bhd, Southeast Asia Centre for e-Media, Southeast Asian Press Alliance and the Centre for Independent Journalism, Bersih, Merdeka Center for Opinion Research, Lawyers for Liberty, Liberal Banter Sdn Bhd, International Republican Institute (see NST recent report) … Washington is only 40 minutes flight away from New York.
And New York-based Open Society Institute, the administrator for programmes under the Open Society Institute founded by Jewish currency speculator George Soros.
Well, the connections are there. Those are more likely the bastards who arranged for the jet, rather than a rich Malaysian bugger who’d risk his wings, if not his head, chopped when discovered and Anwar doesn’t get to Putrajaya at PRU13. Don’t underestimate the ability of our security agencies in tracing those buggers, though they may leave the matter of what action to be taken on the culprits to the political masters.
So, let us make as much noise as possible, so that some action will be taken. At least in terms of exposing in a big way their working in cahout with nasty foreign groups interested in destabilizing this country and/or in helping Anwar Al Juburi bring this country under the direct influence and control of the Jewish Zionists. Huge press conference, all MSM and foreign press agencies present, Bernama splashing the hot news everywhere – “interference in Malaysia’s internal affairs”, etc.