Sunday, 23 September 2012

Bersatulah PAS dan UMNO Demi Ugama dan Bangsa

PAS DISERU BUKA MATA

Alangkah bertuahnya bumi Malaysia ini jika para pemimpin dan penyokong Pas dan UMNO dapat duduk semeja membincangkan masa hadapan dan hala tuju bagi membina dan memperkukuhkan persaudaraan Islam dan ekonomi negara secara bersama. Jika beberapa perkara Pas dan UMNO mempunyai kesepakatan mengenainya dan beberapa program Pas dan UMNO boleh duduk bersama, apalah salahnya demi masa depan Islam dan bangsa Melayu, Pas dan UMNO bersatu menentang anasir subversif yang sedang menghakis ikatan persaudaraan sesama Islam, meruntuhkan ekonomi negara dan mengheret negara kekancah pergolakan.

Inilah antara luahan rakyat yang telah buka mata hatinya dengan apa yang sedang melanda dalam negara. Hanya kerana kerakusan mencapai cita-cita politik, ada sesetengah pihak sanggup menggadai maruah agama, bangsa dan negara. selama lebih 50 tahun hidup kita aman sejahtera dengan kaum yang berbilang bangsa, kini telah ada bibit-bibit gerakan untuk menghuru-harakan dan seterusnya menghancurkan negara.

Rakyat berfikiran waras melahirkan rasa resah, bimbang dan ketakutan dengan budaya berpolitik songsang yang di bawa masuk oleh pihak-pihak tertentu yang bermatlamat hanya untuk menjadi pemerintah.

Sepatutnya Pas memikirkan semula kerjasama yang terjalin dengan PKR dan Dap yang ternyata perjuangan mereka tidak sekata dengan Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Pas yang memperjuangkan Islam harus sedar bahawa rejim zionis adalah musuh utama Islam dan inilah yang diperjuangkan Pas sejak dahulu lagi. Sebaliknya apabila media dan seluruh negara didedahkan dengan jalinan kerjasama antara pemimpin PKR dengan pihak Zionis bagi mendapat dana dan bantuan kewangan untuk ‘menghuru-harakan negara’ Pas dilihat masih menutup mata mereka.

Hari ini juga, media mendedahkan bagaimana NGO yang ditaja PKR seperti SUARAM mendapat dana dan sumbangan dari pertubuhan luar negara seperti Soros bagi membiayai segala aktiviti dan gerakan menghancurkan negara. Tidakkah kita rasa takut dengan tindakan pemimpin PKR yang secara terangan mengundang malapetaka besar kepada kemakmuran dan keharmonian negara. Apakah janji yang telah dipersetujui oleh pemimpin PKR dengan pemimpin Zionis dan penyangak mata wang ini dalam usaha membantu mereka mencapai cita-cita menjadi pemerintah negara.

Mana ada orang yang sanggup bagi wang berbillion dollar jika tidak mendapat habuan yang setimpal dengan pelaburan yang dilakukan oleh mereka. Jika apa yang dipersetui dan dijanji tidak ditetapi, maka sudah pasti sesuatu akan dilakukan untuk mendapatkan kembali pelaburan mereka. Negara-negara yang telah menerima bantuan dari pertubuhan antarabangsa yang dibiayai oleh rejim Zionis jika tidak memenuhi kehendak mereka maka hancurlah negara, bangsa dan tambah-tambah lagi Islam adalah musuh utama Zionis.

Begitu juga dengan Dap, dari mana sumber kewangan yang mereka perolehi bagi membiayai gerakan politik mereka. Tetapi yang paling penting, Pas harus angkat kaki dari menjalinkan kerjasama dengan Dap kerana Dap terang lagi bersuluh menentang Hudud yang diperjuangkan oleh Pas. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Dap yang sanggup ‘mempelajari’ Islam hanya semata-mata sebagai helah menarik sokongan Melayu demi kepentingan politik mereka. Hari ini, sekali lagi pemimpin Dap Perak mempersenda perjuangan Islam dengan menyatakan bantahan umat Islam ke atas filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W adalah buang masa.

Jadi Pas dan UMNO harus duduk semeja, buang yang keruh kembalikan Islam ke landasan perjuangan. Rakyat sudah buka mata dan meluat dengan agenda politik yang busuk lagi meloyakan.

No comments: