Orang Bodoh Sekali Lagi Berkata-Kata
Harakahdaily,
|
16 Sep 2012
|
KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu. “Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sekali lagi Idris Ahmad menjadi ‘badut’ dengan mengeluarkan kenyataan ‘membodohkan’ diri sendiri dan parti Pas. Kenyataan Idris ini ternyata bodohsombong dan tak pakai akal. Hakikatnya dia cuba menafikan dan malu dengan jasa dan bakti UMNO/BN yang telah membawa kemajuan dan kemakmuran kepada Malaysia serta melahirkan Melayu cerdik pandai. Idris Ahmad juga sedar bahawa kehidupan dan kemakmuran yang beliau kecapi adalah hasil titik peluh dan keringatperjuangan UMNO/BN dan bukannya Pas, PKR atau Dap.
Jika dibandingkan dengan Pas yang telah memerintah Kelantan selama hampir 22 tahun lamanya, tiada apa yang boleh dibanggakan, sebaliknya pembangunan di Kelantan terus ketinggalan. Bangunan-bangunan tinggi yang ada di Kelantan pada hari ini adalah hasil peninggalan dan penat lelah oleh pemimpin UMNO/BN.
Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.
Idris Ahmad hanya pandai memutarbelitkan kenyataan dan beliau cuba menafikan sumbangan dan penyaluran sumber kewangan oleh Kerajaan Persekutuan bagipembangunan Kelantan. Sebaliknya Idris cuba menutup kejahatan Pas yang telah merampas sumber pendapatan hampir 70 penduduk Lembah Sireh dengan membina pusat perniagaan yang dikenali sebagai Dataran Tesco. Petani-petani yang telah puluhan tahun mengusaha tanah pertanian di Lembah Sireh ditipu oleh ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ tanpa diperdulikan masa depan mereka. Bukan setakat itu saja, ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini juga telah menyempitkan periuk nasi peniaga-peniaga di Bangunan MPKB dan Bazar Uda dengan memindahkan peniaga ini ke ‘lubang kubur’ iaitu Bazar Tok Guru.
Ramai peniaga yang telah sekian lama meniaga di Bangunan MPKB dan Bazar Uda dinafikan hak mereka untuk mendapatkan ruang niaga di Bazar Tok Guru. Sebaliknya mereka yang mendapat ruang niaga berkenaan adalah yang terdiri dari penyokong Pas dan PKR. Akhirnya kejahatan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini dibalas oleh Allah yang Maha kuasa, apabila didedahkan penyelewengan dan rasuah dalam pembinaan Bazar Tok Guru. Bukan itu saja, ruang niaga atau‘lubang kubur’ di Bazar Tok Guru juga sehingga sekarang tidak mendapat sambutan.Bukan hanya kurang pembeli, ruang niaga tingkat 2 dan 3 kosong seperti rumah hantu.
Bukan itu saja, ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini juga tanpa segan terussilu menipu dan membohongi rakyat Kelantan. Jambatan kedua dari Kampung Laut ke Kota Bharu tidak tahu di mana bayangnya dan hari ini dijanjikan pula lebuh raya rakyat yang tiada penghujungnya.
Jika Pas dan Idris boleh membela orang Melayu, ramai yang bertanya kenapa kes jenayah dan buang bayi terus berlaku di Kelantan. Lebih menjijikan, Kelantan adalah ‘raja’ dalam penyalahgunaan dadah. Apakah yang dibuat dan dilakukan oleh Pas dan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ ini untuk membela anak Melayu? Apa yang mereka bela? Kalau bukan hanya periuk nasi mereka sendiri.
Selain itu, jika semasa di bawah pentadbiran UMNO/BN, orang luar dari Kelantan termasuk bukan Islam tidak boleh memiliki tanah atau bangunan di Kelantan. Tetapi sejak Idris dan ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ memerintah Kelantan, beratus ribu hektar tanah anak negeri di serata negeri dan hak milik kerajaan negeri telah tergadai kepada orang luar dan bukan Melayu. Ini tidak pernah berlaku semasa pemerintahan UMNO/BN. Idris dan Pas serta ‘syaitan berjanggut dan berkopiah putih’ bukan hanya sanggup menggadai tanah dan maruah bangsa, agama pun mereka sanggup gadai hanya kerana kuasa dan pangkat.
Bagaimana Idris dan Pas hendak membela bangsa Melayu, sedangkan merekalah yang menjadi batu api mewujudkan perbalahan dikalangan orang Melayu. Semua orang tahu, Pas lah yang mewujudkan sembahyang 2 iman, Pas lah yangmengistiharkan neraka dan syurga dalam politik, Pas lah yang menyebabkan laki bini bercerai berai, pemimpin Pas lah yang paling ramai ditangkap melakukan hubungan seks dan suka makan luar dengan bini orang.
No comments:
Post a Comment